Jenis-jenis Tasybih


BeDAK (Belajar Dengan Akronim)

Pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai subjek bahasa Arab. Perhatikan nota dibawah dan cuba fahami dengan baik:

Daripada contoh-contoh di atas, menunjukkan bahawa tasybih ( التشبيه ) itu ialah perumpamaan di mana kita mengumpamakan sesuatu benda dengan sesuatu yang lain. Pada asasnya ia terbina dari 4 rukun:

  1. Benda yang dibandingkan ( المشبه ).
  2. Benda yang dibandingkan dengannya ( المشبه به ). 
  3. Sifat yang terdapat pada benda yang dibandingkan ( الأداة ).
  4. Perkataan atau huruf yang digunakan untuk menyatakan perbandingan ( وجه الشبه ). 

Namun, pembahagian jenis tasybih bergantung kepada wujud atau tiadanya 2 rukun iaitu ( الأداة ) dan ( وجه الشبه ).

Contoh 1: Ubat itu pahit seperti peria .

Huraian: dalam contoh ini terdapat ke semua rukun tasybih iaitu ubat ( المشبه ) pahit ( وجه الشبه ) seperti ( الأداة ) peria ( المشبه )

contoh 2: Ilmu itu cahaya .

Huraian: dalam contoh ini pula ia terbina dengan 2 rukun tasybih sahaja iaitu ilmu ( المشبه ) dan cahaya ( المشبه به ) manakala huruf tasybih ( الأداة ) dan huraian tasybih ( وجه الشبة ) tiada dalam ayat tersebut.

Secara ringkas, jenis tasybih terbahagi kepada empat:

  1. Muakkad mufassol.
  2. Mursal mujmal.
  3. Baligh
  4. Mursal mufassol.

Berikut adalah antara soalan-soalan yang boleh dikeluarkan dalam peperiksaan SPM bagi subjek bahasa Arab.

Arahan soalan (a): Tentukan jenis tasybih dalam ayat berikut.

Di sini calon dikehendaki menentukan jenis-jenis tasybih dengan tepat seperti jadual di atas.

Arahan soalan (b): Terangkan rukun-rukun tasybih bagi perkataan yang bergaris.

Jadi, calon mesti menguasai dan memahami dengan baik supaya tidak terkeliru.

Contoh soalan bagi kertas 2.

Arahan berbunyi: Letakkan huruf tasybih ( ) dalam ayat tasybih dengan cara/ayat anda sendiri. Manakala, soalan berikutnya berikan contoh untuk jenis tasybih berikut.

Untuk pertanyaan lanjut, anda boleh menanyakan soalan di sini atau sertai kumpulan BeDAK di Facebook. Untuk sertai, sila klik di sini.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s