Apakah Perbezaan antara Matrikulasi, Asasi atau Diploma?


PERHATIAN: Artikel ini ditulis pada tahun 2013. Oleh itu kemungkinan terdapat perubahan semasa. Sebarang pertanyaan mengenai program Matrikulasi, Asasi atau Diploma, anda boleh bertanya di ruangan komen di bawah.

Keputusan SPM telah diumumkan dan semua pelajar telah memperolehinya daripada sekolah masing-masing. Dalam beberapa hari ini, semua pelajar lepasan SPM yang berjaya sedang berkira-kira dan memikirkan hala tuju seterusnya dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ikuti serba sedikit maklumat yang berkaitan pemilihan pusat pengajian tinggi yang ditawarkan di Malaysia.

Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun 2009. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.

Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

Asasi IPTA

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.

Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Diploma IPTA

Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Pilihan Anda

Ketiga-tiga program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Mereka yang mengikuti program asasi dan matrikulasi satu tahun merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan menamatkan program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka akan dapat mula bekerja lebih awal di usia yang muda.

Memandangkan program asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar. Banyak yang perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu fokus serta mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.

Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.

Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manakala program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.

Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar untuk asasi dan matrikulasi setahun.

Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.

About these ads

176 thoughts on “Apakah Perbezaan antara Matrikulasi, Asasi atau Diploma?

  1. Saya ingin bertanya mengenai asasi sains kolej MARA. Sila bagi maklum balas segera. Yang manakah yang lebih bagus(pada pandangan anda)? Asasi IPTA, matrikulasi atau asasi sains kolej MARA? Jawapan anda sangat di nanti-nantikan.

    • Pada mulanya terima kasih kerana bartanya. Pada pengetahuan saya, asasi sains kolej MARA terdapat di UiTM. Asasi Sains adalah program persediaan untuk menyediakan pelajar untuk masuk ke program ijazah Sains dan Teknologi di Institusi tempatan UiTM atau IPTA lain. Tempoh program ini adalah 2 semester dengan 50 kredit. Pelajar akan disediakan dengan latar belakang sains yang kukuh yang diperlukan untuk mengikuti program ijazah dalam kursus-kursus yang berkaitan.

      Setelah tamat program ini, anda mesti memperolehi PNGK sekurang-kurangnya 2.50 dan boleh mengikuti program ijazah di Fakulti Sains dan Teknologi yang berkaitan di UiTM seperti:
      1. Fakulti Sains Gunaan
      2. Fakulti Sains Kesihatan
      3. Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
      4. Fakulti Sains Komputer dan Matematik
      5. Fakulti Perladangan dan Agroteknologi
      6. Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur

      Selain itu, anda juga boleh meneruskan kursus ijazah dalam bidang berikut:
      1. Fakulti Perubatan
      2. Fakulti Pergigian
      3. Fakulti Farmasi

      Pada pendapat saya, yang manakah lebih bagus antara Asasi IPTA atau matrik? Kesemua program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Jika anda belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti, jadi saya nasihatkan anda supaya memilik matrikulasi kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Sekiranya anda yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki, saya nasihatkan anda supaya memilih asasi IPTA kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.

      • Maaf atas respons yang lambat. Ringkasnya, Sains Gunaan Diploma ataupun “Applied Science” merupakan bidang kursus yang sangat luas. Hal ini adalah kerana para pelajar yang mahu menyambung pelajaran dalam bidang tersebut akan mempelajari 3 subjek asas iaitu Biologi, Kimia dan Fizik. Namun, setelah tamat kursus tersebut, para pelajar boleh menyambung pelajaran dalam apa-apa bidang yang berkaitan Sains di peringkat ijazah seperti perubatan, farmasi, pergigian dan lain-lain.

      • Salam, saya mahu bertanya? Apabila saya mengikuti program asasi dan diploma bagi pelajar lepasan SPM 2013, bolehkah saya memohon pinjaman MARA?

      • Pinjaman atau tajaan MARA hanya akan diberikan kepada perlajar yang menyertai kursus pengajian yang telah ditetapkan sahaja. Hanya pelajar yang menyampung pengajian di institusi-institusi seperti di bawah akan diberikan tajaan:

        1. Institusi Pendidikan MARA (IPMa): KPTM, UniKL dan GMI.
        2. IPTS yang berdaftar dengan MARA.

        Syarat-syarat dan program yang ditaja adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa yang boleh diperolehi dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

  2. Assalamualaikum. Soalan saya, adakah para pelajar yang mengambil program asasi di UIAM akan diberi elaun?

    • Para pelajar yang mengambil program asasi sama ada di UIAM, UM, UiTM, UPM, USIM dan UPNM berkemungkinan akan ditawarkan elaun sebanyak RM1000 untuk satu semester. Walau bagaimanapun, untuk pengesahan lanjut saya galakkan agar anda menghubungi pihak UIAM.

      Sekian, terima kasih.

    • Terima kasih kerana bertanya. Mulanya, program Pra-Diploma Sains ialah satu program yang direkabentuk untuk melengkapkan para pelajar dengan konsep-konsep dan kemahiran sains dan matematik dan juga fasih dalam Bahasa Inggeris. Tempoh kursus ini adalah antara enam bulan sehingga dua belas bulan.

      Setelah tamat program ini, calon boleh melanjutkan pelajaran mereka dalam mana-mana program berasaskan teknologi diploma di UiTM yang ditawarkan oleh fakulti seperti Sains Gunaan, Kesihatan Bersekutu, Farmasi, Kejuruteraan, Senibina, Perancangan & Ukur, Teknologi Maklumat & Sains Kuantitatif dan Sains Sukan & Rekreasi.

      Pertanyaan anda mengenai antara Pra-Diploma dan Diploma, yang manakah lebih baik? Bolehlah anda layari laman web ini: zmd94.wordpress.com/2012/04/27/apakah-perbezaan-antara-pra-diploma-dan-diploma/

      Sekian, terima kasih.

    • Terima kasih kerana bertanya. Jika anda belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti, jadi saya cadangkan agar anda memilih program Matrikulasi KPM kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka . Manakala program Asasi pula sesuai sekiranya anda sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.

      Akhir kata, MINATLAH apa perkara yang bakal anda LAKUKAN. Kemudian, barulah MELAKUKAN perkara yang anda MINAT.

  3. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkaitan program asasi. Jika kita lulus dengan cemerlang semasa program Asasi, adakah saya boleh memohon mana-mana biasiswa seperti MARA/JPA sebab setelah saya melayari internet kebanyakannya hanya untuk lepasan matrikulasi. So, how about asasi leavers? Thanks.

    • Pelajar yang berada di bawah program Asasi juga boleh memohon biasiswa daripada MARA/JPA. Walau bagaimanapun anda mestilah mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 untuk melayakkan anda memohon biasiswa.

      Sekian, terima kasih.

  4. Assalam. Jika saya ingin mengambil ijazah dalam bidang perubatan nanti, yang mana satukah patut saya pilih antara matrikulasi atau asasi sains?

    • Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya sama ada program Matrikulasi atau Asasi Sains di IPTA, kedua-duanya BAGUS. Apa yang penting ialah apakah syarat MINIMUN yang membolehkan anda menyambung pelajaran anda di peringkat ijazah dalam bidang perubatan.

      Jadi, berikut ialah syarat-syaratnya:
      1. Gred B (3.00) dalam dua (2) mata pelajaran termasuk Biology / Physics / Engineering Physics dan Gred C (2.00) dalam satu (1) mata pelajaran lain.
      2. Lulus SPM / Setaraf dengan kepujian dalam Matematik / Matematik Tambahan dan lulus dalam Bahasa Inggeris

      MOGA-MOGA, anda akan dapat membuat pilihan yang TEPAT!

  5. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya kalau di asasi sains, peperiksaan yang dihadapi macam mana? Boleh terangkan sama ada perlu membuat karangan atau soalannya berbentuk objektif atau mengikut format SPM? Mohon membantu,terima kasih.

    • Terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan anda format peperiksaan di universiti adalah mengikut kehendak pensyarah. Pensyarah boleh membuat soalan yang berbentuk objektif atau subjektif.

      Sekian, terima kasih.

  6. Salam. Jika memilih untuk memasuki matrikulasi, apakah perbezaan modul 1, modul 2 & modul 3?

    • Perbezaannya mungkin, modul 1 ialah sukatan pelajaran yang akan anda pelajari semasa di semester 1, modul 2 ialah sukatan pelajaran yang akan anda pelajari semasa di semester 2 & modul 3 ialah sukatan pelajaran yang akan anda pelajari semasa di semester 3.

      • Maaf, saya pelajar matrikulasi dan saya ingin memperbetulkan kekeliruan. Modul-modul tersebut melambangkan apa yang kita ambil di matrikulasi. Sama ada sains tulen, sains hayat and sains fizik.

        Subjek modul 1= Matematik, Biologi, Kimia & Fizik.
        Subjek modul 2= Matematik, Kimia, Fizik & Sains Komputer.
        Subjek modul 3= Matematik, Biologi, Kimia & Sains Komputer.

        Harap membantu. :)

  7. Saya ingin bertanya, saya meminati bidang pendidikan. Untuk pengetahuan saudara, saya telah mendapat tawaran daripada pihak UPSI(Diploma Sains) dan matrikulasi tetapi saya tidak tahu tawaran yang mana satukah patut saya terima? Please, I need your help!

    • Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, sekiranya anda berminat untuk menjadi guru dengan kadar yang segera, anda bolehlah memilih Diploma Sains di UPSI kerana program tersebut mengambil masa selama 4 semester(2 tahun). Selepas itu anda boleh menjadi guru tetapi guru yang hanya bertaraf diploma. Untuk mendapatkan gaji yang lebih baik saya galakkan anda menyambung ke peringkat Ijazah setelah pengesahan jawatan sebagai guru dibuat(kemungkinan mengambil masa 3 tahun daripada tarikh anda mula mengajar).

      Selain itu, anda juga boleh memlilih program matrikulasi untuk menjadi guru. Caranya:
      1. Menamatkan program matrikulasi selama 1 tahun dengan jayanya.
      2. Kemudian, menyambung pelajaran di peringkat ijazah selama 4 tahun(bergantung kepada jenis program yang dipilih).
      3. Selepas tamat program Ijazah, anda mestilah memohon untuk mengikuti program KPLI selama 1 1/2 tahun (18 bulan).

      Sekian.

  8. Perlukah saya mengambil STPM jika ingin menyambung pelajaran dalam bidang pergigian?
    Thanks for the very useful information anyway :)

    • Ya, anda boleh menyambung pelajaran di peringkat STPM sekiranya anda ingin berkerja dalam bidang pergigian dengan syarat anda memilih jurusan sains semasa di tingkatan 6 dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM.

  9. Sekiranya di matrikulasi, saya dimasukkan ke bahagian sains teknikal, jurusan apa yang boleh saya pilih di peringkat ijazah nanti?

  10. Assalamualaikum, saya ingin bertanya bolehkah lepasan asasi UIAM ingin memohon ke IPTA lain? Terdapat pihak yang mengatakan bahawa saya perlu mengambil diploma semula. Jadi, apakah penyelesaiannya? Sekarang saya baru 1st year degree di UIAM.

    • Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, tindakan yang patut anda lakukan ialah anda patut pergi ke bahagian Akademik atau berjumpa denga penolong pendaftar UIAM untuk mengetahui cara-cara yang betul untuk memohon pertukaran ke IPTA lain. Hal ini adalah kerana setiap universiti mungkin mempunyai prosedur yang berlainan apabila para pelajarnya ingin memohon pertukaran ke IPTA lain.

  11. Assalamualaikum, apakah perbezaan antara jurusan Sains Hayat/Fizikal/Perubatan? Program yang manakah lebih baik untuk mereka yang ingin mengambil ijazah dalam bidang perubatan? Kemudian, program manakah yang mempunyai lebih banyak peluang untuk belajar ke luar negara, Matrikulasi/Asasi/a-Level?

    • Waalaikumussalam. Perbezaannya hanyalah daripada segi subjek yang akan diambil. Bagi Jurusan Sains Hayat, anda hanya akan mengambil mata pelajaran Biologi, Kimia dan Matematik (Sains) sepanjang pengajian di Program Matrikulasi. Bagi Jurusan Sains Fizikal pula, anda hanya akan mengambil subjek Fizik, Kima dan Matematik sepanjang pengajian mereka di dalam Program Matrikulasi.

      Sekiranya anda ingin mengambil ijazah dalam bidang perubatan, saya cadangakan anda memilih jurusan sains hayat.

      Anda patut memilih program a-Level, sekiranya mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara.

  12. Assalamualaikum. Saya pelajar Asasi Sains Pertanian UPM 12/13. Saya bercita-cita ingin menceburi bidang perubatan di peringkat ijazah. Adakah saya layak mengambil ijazah di UKM? Jika tidak boleh disebabkan kekangan universiti asal, bolehkah saya memohon semula melalui UPU atau lain-lain? Terima kasih.

    • Waalaikumussalam. Dukacita saya ingin maklumkan bahawa anda tidak boleh menyambung pelajaran peringkat ijazah di UKM disebabkan kekangan universi asal. Sekiranya anda tetap mahu menyambung pelajar di UKM, silalah berhubung dengan pihak hal ehwal pelajar UPM untuk berbincang mengenai masalah anda.

  13. Saya ingin bertanya bolehkah seseorang pelajar memohon matrikulasi dan asasi sains UiTM sekali gus? Tetapi pada program matrikulasi saya memohon aliran perakaunan. Selain itu, adakah permohonan UPU akan ditolak, jika permohonan matrikulasi diterima?

    • Terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan saudara, anda bebas untuk mengisi mana-mana bahagian pada borang permohonan program matrikulasi. Selain itu, anda juga bebas untuk mengisi sama ada borang permohonan UPU atau matrikulasi. Apabila keputusan UPU & matrikulasi, anda berkemungkinan akan mendapat tawaran daripada kedua-dua program.

      Kenyataan yang mengatakan bahawa sekiranya kita sudah berjaya mendapat tawaran daripada salah satu program tersebut, maka permohonan kita untuk tawaran yang satu lagi akan ditolak adalah satu kenyataan yang tidak tepat.

      Sekian.

  14. Salam. Saya ingin bertanya, bolehkah jika saya ingin memohon pertukaran univeersiti? Sekarang saya sedang belajar di UMS dan saya ingin memohon pertukaran ke UiTM.

    • Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, tindakan yang patut anda lakukan ialah anda patut pergi ke bahagian Akademik atau berjumpa denga penolong pendaftar UMS untuk mengetahui cara-cara yang betul untuk memohon pertukaran ke IPTA lain. Hal ini adalah kerana setiap universiti mungkin mempunyai prosedur yang berlainan apabila para pelajarnya ingin memohon pertukaran ke IPTA lain.

  15. Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai Petroleum Geosains. Saya sukar mencari maklumat mengenainya di internet. Boleh saudara tolang cadangkan beberapa laman web yang berkaitan? Terima kasih.

  16. Assalamualaikumussalam. Boleh tolong kongsikan mengenai jurusan perundangan, mana satukah universiti Malaysia yang terbaik dalam bidang perundangan dan bagaimanakah cara pelajar yang mengambil matapelajaran sains agama ingin mengambil jurusan perundangan? Terima kasih.

  17. Salam. Jika kita mengambil program matrikulasi aliran perakaunan, apakah bidang yanng sesuai semasa kita ingin menyambung pelajaran di peringkat ijazah? Pada pendapat saudara, antara program matrikulasi dengan program asasi, yang mana satukah lebih bagus? Terima kasih.

  18. Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Bolehkah anda menerangkan dengan lebih lanjut mengenai asasi Sains di UM. Saya merupakan pelajar yg bakal menduduki SPM tahun ini.

  19. Assalamualaikum. Adakah pengajaran subjek-subjek bagi diploma pentadbiran awam di UiTM menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya? Apakah subjek-subjek yang terdapat dalam diploma pentadbiran awam? Bagaimana pula dengan diploma pengajian sukan di UiTM, adakah semua subjek diajar dalam bahasa Inggeris?

    • Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan anda, pengajaran subjek-subjek bagi diploma pentadbiran awam (DPA) & diploma pengajian sukan (DPS) adalah dalam bahasa Inggeris.

      Secara ringkasnya, subjek-subjek yang akan dipelajari dalam kursus diplima pentadbiran awam (DPA) merangkumi aspek teori kerajaan dan pentadbiran, struktur dan operasi kerajaan serta kaedah pentadbiran dan pengurusan. Kursus ini juga mencakupi bidang-bidang lain seperti ekonomi, perakaunan, undang-undang, perhubungan perusahaan dan statistik/matematik perniagaan. Di samping itu, pelajar-pelajar juga dikehendaki mengambil beberapa mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi membantu meningkatkan kemahiran mereka dalam bahasa tersebut. Pendedahan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam membantu menambah kefahaman mereka mengenai Pengetahuan Islam.

      • Apakah subjek-subjek yang akan kita pelajari dalam diploma pengajian sukan di UITM? Terima kasih.

  20. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, jika kita sudah tamat mengikuti program diploma, kita sudah boleh bekerja? Adakah dijamin kita akan bekerja mengikut kos yang kita mohon? Apakah kelulusan minimum untuk diterima bekerja? Terima kasih.

    • Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Ya, selepas tamat mengikuti program diploma, anda sudah boleh bekerja. Walau bagaimanapun, anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan kerana tidak semestinya kerja yang akan kita perolehi mengikut kos yang kita mohon. Keputusannya bergantung kepada tahap kelulusan diploma anda. Pihak majikan akan menentukan, jenis pekerjaan yang sesuai untuk anda. Walaupun begitu, terus berusaha. Anda pasti akan berjaya.

      Secara umumnya kelulusan minimum untuk diterima bekerja ialah anda mesti lulus dalam pengajian diploma anda dan mendapat kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Syarat-syarat lain adalah bergantung kepada pihak yang ingin memberikan pekerjaan tersebut.

  21. Assalamualaikum. Saya pelajar Asasi Alam Bina UM. Saya ingin bertanya, bolehkah saya memohon untuk bertukar ke IPTA lain? Sekarang sudah semester 2.

    • Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, tindakan yang patut anda lakukan ialah anda patut pergi ke bahagian Akademik atau berjumpa dengan penolong pendaftar UM untuk mengetahui cara-cara yang betul untuk memohon pertukaran ke IPTA lain. Hal ini adalah kerana setiap universiti mungkin mempunyai prosedur yang berlainan apabila para pelajarnya ingin memohon pertukaran ke IPTA lain.

  22. Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai apakah sebenarnya yang dtawarkan dalam program matrikulasi & asasi sains? Adakah sijil atau diploma? Saya sebenarnya masih keliru dengan perjalanan pendidikan selepas SPM. Boleh anda terangkan?

    • Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan anda, program matrikulasi & asasi sains adalah sebagai satu persediaan untuk kita melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Para pelajar yang tamat mengikuti program matrikulasi & asasi sains masih belum boleh bekerja kerana sijil yang mereka perolehi tidak membolehkan mereka berbuat demikian. Sijil yang mereka perolehi hanyalah untuk membolehkan mereka menyambung pelajaran di peringkat ijazah.

  23. Assalamualaikum. Saya lepasan SPM, masih menunggu keputusan diumumkan. Saya amat berminat untuk menjadi guru TESL tetapi saya keliru sama ada ingin mengikuti program asasi TESL atau diploma pengajian BI. Boleh terangkan kepada saya?

    • Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan anda, sama ada mengikuti program asasi TESL atau diploma pengajian BI, anda tetap boleh bekerja sebagai berikut:
      • ESL Instrutor
      • Penulis Karya Kreatif
      • Pembaca Pruf
      • Eksekutif korporat

      3 perbezaan ketara antara program asasi dan diploma ialah tempoh masa pengajian & sukatan pelajaran. Bagi program diploma, tempoh masa pengajian ialah minimum selama 3 tahun (6 semester) & sukatan pelajarannya tidak terlalu padat dalam setiap semester. Walau bagaimanapun, bagi program asasi, tempoh masa pengajian ialah hanya selama 1 tahun (2 semester) & sukatan pelajarannya lebih padat.

      Perbezaan yang terakhir ialah para pelajar yang tamat mengikuti program asasi masih belum boleh bekerja kerana sijil yang mereka perolehi tidak membolehkan mereka berbuat demikian. Sijil yang mereka perolehi hanyalah untuk membolehkan mereka menyambung pelajaran di peringkat ijazah. Walau bagaimanapun, para pelajar yang telah tamat mengikuti program diploma boleh terus memohon untuk bekerja.

  24. Salam. Saya ingin bertanya. Saya merupakan pelajar aliran sains tulen tetapi saya sangat berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang akaun sedangkan saya tiada ilmu asas dalam bidang tersebut. Jadi apakah program yang patut saya ikuti selepas keputusan SPM diumumkan nanti? Antara matrikulasi & asasi manakah yang lebih baik bagi saya?

    • Terima kasih kerana bertanya. Pada pandangan saya, sekiranya anda benar-benar minat dalam bidang perakaunan, ketiadaan ilmu asas dalam bidang ini tidak boleh menjadi penghalang. Walau bagaimanapun, anda mesti berusaha dengan gigih untuk memahami dan menguasai ilmu asas dalam bidang perakaunan. Ikutilah mana-mana program perakaunan yang ditawarkan dalam UPU. Akhirnya, antara program matrikulasi & asasi mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Buatlah pilihan yang tepat.

  25. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, untuk mencapai cita-cita sebagai doktor, adakah saya lebih sesuai untuk menyambung pelajaran di pusat matrikulasi atau tingkatan 6 atau asasi? Hal ini adalah kerana saya ingin memilih yang lebih rendah kosnya. Jawapan anda sangat dinanti-nantikan. Terima kasih.

    • Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, sekiranya anda ingin menjadi doktor, saya galakkan anda memilih untuk menyambung pelajaran anda sama ada di pusat matrikulasi atau asasi. Daripada segi kos, kedua-duanya memerlukan wang yang agak banyak. Namun, anda tidak perlu risau. Wang kemasukan yang paling maksimun ialah RM1500(tertakluk kepada perubahan semasa). Walau bagaimanapun, saya amat menggalakkan anda memilih program asasi berbanding matrikulasi. Hal ini adalah kerana anda akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk melanjutan pelajaran di IPTA. Sekian.

  26. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada Januari tahun hadapan (praSPM MRSM) tetapi saya berasa rugi jika menerima tawaran tersebut kerana saya mendapat tawaran untuk diploma. Saya tidak berapa faham kerana terdapat mereka yang mengatakan kalau kita mengambil diploma maka kita akan mengambil ijazah hanya 2 tahun manakala jika kita mengambil asasi, kita perlu mengambil ijazah selama 4 tahun. Minta penjelasan.

    • Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Tempoh masa untuk anda mengambil ijazah sebenarnya bergantung juga kepada jenis bidang yang anda pilih. Sekiranya anda memilih bidang perubatan, tempoh pengajian anda ialah melebihi 4 tahun. Bagi mereka yang menyambung ijazah selepas mengambil diploma, tempoh pengajian ijazah mereka bergantung kepada keputusan diploma mereka. Sekiranya mereka berjaya memperolehi keputusan yang memenuhi kriteria-kriteria yang membolehkan mereka menyambung ijazah untuk masa yang singkat, maka tempoh pengajian ijazah mereka akan menjadi lebih singkat. Walau bagaimanapun, jika keputusan diploma mereka adalah sebaliknya, maka tempoh pengajian ijazah mereka ialah seperti biasa.

    • Ya. Hal ini adalah kerana apabila anda memasuki program asasi di UIAM, anda diwajibkan mengikuti Kursus Wajib Universiti iaitu:
      (a) Bahasa Inggeris
      (b) Bahasa Arab
      (c) Pengajian Islam

  27. Assalamualaikum. Jika kita gagal untuk mendapatkan gred yang diperlukan dalam program asasi bagi diterima ke jurusan yang kita minati, adakah kita terpaksa memulakan pengajian itu semula? Hal ini adalah kerana saya minat bidang pergigian.

    • Waalaikumussalam. Jika kita gagal mendapatkan gred yang diperlukan bagi diterima ke jurusan yang kita minati, kita tidak boleh memulakan pengajian program asasi semula. Anda hanya akan diberi pilihan untuk memilih atau ditawarkan kursus-kursus yang hanya bersesuaian dengan keputusan anda. Sekiranya anda betul-betul minat bidang pergigian, anda mestilah belajar bersungguh untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam program asasi.

  28. Salam. Terdapat segelintir yang berpendapat bahawa program asasi perakaunan hanya terdapat di UIA sahaja. Betulkah maklumat yang saya perolehi ini?

    • Maafkan saya. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, hanya USIM yang menawarkan program asasi perakaunan (Tamhidi Perakaunan & Muamalat). IPTA lain hanya menawarkan diploma perakaunan iaitu UniSZA & UiTM.

  29. Bolehkah anda terangkan mengenai tentang UTP? Bandingkan dengan matrikulasi dan asasi yang lain. Saya telah mendapat tawaran asas kejuruteraan dan akan mendaftar pada bulan Januari.

  30. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Saya berminat menjadi guru tetapi saya tidak mengetahui ke mana saya harus pergi untuk melanjutkan pelajaran. UPSI, matrikulasi atau IPG? Yang mana satukah lebih baik?

    • Waalaikumussalam. Pada pendapat saya, sekiranya anda betul-betul berminat untuk menjadi guru, saya cadangkan agar anda memilih untuk ke IPG. Hal ini adalah kerana sistem pembelajaran di IPG adalah berbeza dengan IPTA yang lain walaupun IPTA tersebut menawarkan bidang perguruan. Di IPG, akan terdapat program kokurikulum, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), program Bina Insan Guru (BIG) dan banyak lagi.

      • Permohonan Maktab Perguan Lepasan SPM atau dikenali sebagai KPLSPM 2013 hanya terbuka kepada pelajar cemerlang sahaja. Pelajar yang berjaya dengan cemerlang menduduki ujian M-Test akan ditawarkan KPLSPM sesi 2013. Ujian M Test bertujuan untuk menilai personaliti calon dan minat calon dalam profession perguruan.

        Oleh itu, calon tidak perlu memohon sebaliknya perlu menunggu tawaran maktab perguruan dari pihak kementerian pelajaran Malaysia.

        Pengambilan KPLSPM bagi semua pelajar lepasan SPM berdasarkan ujian M-Test diakhir peperiksaan. Apabila keputusan peperiksaan SPM keluar, kursus ini akan ditawarkan kepada 30 peratus pelajar yang memperoleh keputusan terbaik. Pelajar juga diberi peluang untuk menerima atau menolak tawaran yang diberikan nanti.

        Calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga kursus yang telah ditawarkan.

        Ya, IPG akan mengeluarkan guru yang akan mengajar di sekolah rendah.

  31. Salam, jika saya mahu menjadi pereka dalaman, perlukah saya mengambil subjek fizik, kimia & lukisan kejuruteraan? Bolehkah sekiranya saya hanya mengambil aliran akaun untuk menjadi pereka dalaman? Subjek apakah yang perlu diambil sekiranya saya mahu menjadi pereka hiasan?

    • Sekiranya anda ingin menyambung pelajaran selepas SPM dalam bidang hiasan dalaman di UiTM, anda perlu mendapat kepujian(C) dalam mata pelajaran berikut:
      1. Matematik / Matematik Tambahan
      2. Fizik / Kimia / Sains Tambahan / Sains / Sains Gunaan
      Lulus Bahasa Inggeris

      Sekiranya anda ingin menyambung pelajaran di KKTM Rembau dalam bidang hiasan dalaman, anda perlu lulus SPM dengan tiga (3) Kepujian subjek berikut:
      1. Bahasa Melayu
      2. Pendidikan Seni / Seni Visual / Lukisan Kejuruteraan
      3. Mana-mana satu (1) subjek lain dalam kumpulan Teknologi/Vokasional/Kemanusiaan
      Lulus Bahasa Inggeris

      Semua syarat yang saya nyatakan adalah bagi kursus diploma rekabentuk dalaman. Kursus ini mengambil masa selama 3 tahun (6 semester).

  32. Assalamualaikum. Saya lepasan SPM 2012. Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam asasi sains hayat. Kursus apakah yang patut saya ambil untuk menjadi pakar pemakanan selepas program asasi? Jika saya melanjutkan pelajaran di matrikulasi, bolehkah saya menjadi pakar pemakanan?

    • Waalaikumussalam. Anda tetap boleh menjadi pakar pemakanan walaupun anda melanjutkan pelajaran di matrikulasi.

      Sekiranya anda ingin menjadi pakar pemakanan, anda boleh mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Pemakanan & Dietetik (Kepujian) di UiTM. Syarat-syarat kursus bagi lepasan matrikulasi:
      1. Gred B (3.00) dalam dua (2) mata pelajaran Biology dan Chemistry
      2. Gred C (2.00) dalam satu (1) mata pelajaran lain
      Lulus SPM / Setaraf dengan kepujian dalam Matematik / Matematik Tambahan & lulus dalam Bahasa Inggeris

      Tempoh pengajian bagi kursus ini ialah selama 8 semester (4 tahun).

      Ataupun anda boleh mengikuti kursus Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Pengurusan Perkhidmatan Makanan) di UiTM. Syarat-syarat kursus bagi lepasan matrikulasi:
      1. Gred B- (2.67 ) dalam satu (1) mata pelajaran
      2. Gred C (2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
      Lulus SPM / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik / Matematik Tambahan dan lulus Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan

      Tempoh pengajian bagi kursus ini ialah selama 6 semester (3 tahun).

  33. Salam. Kerja kursus yang perlu dibuat oleh pelajar yang mengambil asasi adakah sukar dan rumit? Apakah kesannya jika gagal dalam bahagian itu?

    • Kerja kursus yang diberikan tidak terlalu rumit dan sukar.Kerja tersebut bersesuaian dengan tahap kita sebagai pelajar asasi. Walau bagaimanapun, semasa menyiapkan kerja kursus, sentiasalah berhubung dengan pensyarah sekiranya terdapat sebarang kemusyikalan. Sekiranya anda gagal dalam kerja kursus, keputusan keseluruhan bagi subjek yang anda gagal kerja kursus akan terjejas.

  34. Assalamualaikum. Jika kita masih tidak mahir dan fasih dalam bahasa Inggeris, adakah bahaya dan berisiko tinggi untuk melanjutkan ke asasi?

    • Waalaikumussalam. Dunia pada hari ini memang memerlukan kita untuk mengetahui bahasa Inggeris. Sekiranya anda masih kurang mahir, saya nasihatkan anda supaya menambah lagi kosa kata dalam bahasa Inggeris. Hal ini adalah kerana kebanyakan pengajaran subjek dalam program asasi adalah dalam bahasa Inggeris.

  35. Salam, apakah perbezaan antara jurusan matrikulasi sains hayat dan sains fizikal. Jika saya lemah dalam subjek biologi, perlukah saya memilih sains fizikal? Saya berminat menjadi ahli matematik. Jadi, apakah jurusan yang perlu saya pilih di peringkat ijazah nanti? Terima kasih.

    • Perbezaannya hanyalah daripada segi subjek yang akan diambil. Bagi Jurusan Sains Hayat, anda hanya akan mengambil mata pelajaran Biologi, Kimia dan Matematik (Sains) sepanjang pengajian di Program Matrikulasi. Bagi Jurusan Sains Fizikal pula, anda hanya akan mengambil subjek Fizik, Kima dan Matematik sepanjang pengajian mereka di dalam Program Matrikulasi.

      Pada pendapat saya, sekiranya anda lemah dalam subjek biologi, anda patut memilih jurusan sains fizikal.

      Selepas program matrikulasi, anda bolehlah menyambung pelajaran dalam apa-apa bidang yang berkaitan dengan matematik. Contohnya, Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Aktuari & Kewangan) di UM, Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) di UPSI & lain-lain.

  36. Terima kasih. Berapakah keseluruhan masa yang akan saya gunakan untuk mengikuti kursus diploma & ijazah dalam bidang hiasan dalaman?

  37. Saya pelajar lepasan SPM 2012. Saya sangat berminat dengan asasi kejururawatan. Apakah cara untuk memohon, syarat kelayakan & adakah UiAM sahaja yang menawarkan program ini?

    • Dukacita saya ingin maklumkan bahawa program asasi kejururawatan hanya ditawarkan di UiAM. Sekiranya anda kurang berminat untuk belajar di UiAM, anda bolehlah melanjutkan pelajaran di UniSZA (Diploma Sains Kejururawatan) atau di UiTM (Diploma Kejururawatan).

  38. Salam. Benarkah jika kita sudah menamatkan asasi sains fizikal di UIAM, kita hanya boleh memilih untuk menyambung peringkat ijazah dalam bidang sains & matematik sahaja?

    • Dukacita saya maklumkan bahawa anda hanya boleh menyambung pengajian dalam bidang sains & matematik selepas anda menamatkan program asasi sains fizikal di UIAM. Secara automatiknya selepas anda menamatkan program asasi sains fizikal di UIAM, anda akan ditawarkan untuk menyambung pengajian anda dalam program Sarjana Muda Sains Matematik (Kepujian) di UIAM.

  39. Saya tidak paham mengenai program asasi pintar yang ditawarkan di UKM. Boleh saudara terangkan, adakah program asasi pintar itu sesuai untuk saya meneruskan dalam bidang perubatan?

    • Program Asasi Pintar UKM merupakan program pra-siswazah yang mengambil masa 1 tahun sahaja. Program ini menggunakan khidmat tenaga pengajar pakar daripada UKM sendiri. Bidang pengajian adalah lebih tertumpu kepada bidang Sains, Teknologi & Matematik. Pelajar sekurang-kurangnya perlu mengambil sejumlah 40 jam kredit kursus. Pelajar yang berjaya menamatkan program asasi pintar dan mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan oleh UKM akan diterima masuk ke pelbagai fakulti di UKM. Salah satunya fakulti perubatan.

  40. Assalammualaikum. Saya ingin bertanya, saya daripada sekolah menengah kebangsaan harian biasa dan tidak mengambil subjek bahasa Arab, adakah saya layak memohon USIM ataupun UIAM ? Terima kasih.

    • Waalaikumussalam. Dukacita saya ingin maklumkan bahawa salah satu syarat kemasukan ke USIM ialah anda mestilah mendapat gred C dalam subjek Bahasa Arab Tinggi/ Komunikasi dalam SPM. Jadi, memandangkan anda tidak mengambil subjek bahasa Arab, maka anda tidak layak untuk melanjutkan pelajaran di USIM.

      Bagi kemasukan ke UIAM pula, salah satu syaratnya ialah anda mestilah memperolehi gred C+ dalam salah satu (1) mata pelajaran berikut:
      1. Pendidikan Islam
      2. Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
      3. Pendidikan Syari’ah Islamiah

  41. Salam. Saya bercadang untuk memilih diploma seni bina. Jadi, IPT manakah yang menawarkankan bidang ini? Adakal UniKL menawarkan bidang ini?

    • Saya cadangkan anda melanjutkan pelajaran di UiTM bagi bidang diploma seni bina. Dukacita saya maklumkan bahawa UniKL tidak menawarkan bidang diploma seni bina.

  42. Salam. Saya pelajar lepasan SPM 2012. Saya amat berminat untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dalam bidang kejuruteraan. Jadi, boleh senaraikan biasiswa yang sesuai?

      • Tetapi pihak JPA sudah tidak lagi menaja pelajar lepasan SPM. Jadi, adakah saya perlu melanjutkan pelajaran ke program matrikulasi dahulu?

      • Silalah sentiasa melayari laman web rasmi pihak JPA untuk melihat sebarang perkembangan mengenai biasiswa yang bakal ditawarkan.

  43. Sekiranya saya mahu mengambil ijazah kejuruteraan elektrik di UTM, kursus asasi/matrikulasi yang mana satukah perlu saya pilih?

    • Setakat maklumat yang saya perolehi pihak UTM tidak menawarkan program ijazah kejuruteraan elektrik. Walau bagaimanapun, sekiranya anda masih berminat untuk belajar di UTM, anda masih boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma kejuruteraan elektrik di UTM melalui UPU.

  44. Salam. Saya pernah terdengar bahawa kerja kursus yg dijalankan semasa program asasi/matrikulasi adalah di luar bidang yang dipelajari. Contohnya bidang perubatan, kerja kursus yang perlu dijalankan berkaitan patriotisme di kalangan pelajar. Adakah pernyataan ini benar?

  45. Salam. Antara diploma dengan asasi untuk bidang kejuruteraan, mana satukah yang lebih baik? UTM terkenal dengan bidang kejuruteraan, tetapi tidak menawarkan program aasi, hanya diploma. Jadi, antara UIA & UM yang menawarkan program asasi, yang mana satukah lebih baik?

    • Pada pendapat saya, program asasi adalah lebih baik daripada program diploma sekiranya anda mahu mendapatkan ijazah dalam bidang kejuruteraan. Hal ini adalah kerana sekiranya anda memilih program diploma, anda perlu menghabiskan masa selama lebih kurang 4 tahun kemudian 3 tahun lagi untuk program ijazah. Sebaliknya, jika program asasi, anda hanya mengambil masa 1 tahun & 4 tahun untuk program ijazah (tertakluk kepada perubahan semasa).

      Kedua-dua universiti, UIAM & UM mempunyai kelebihan & kekurangan masing-masing. Walau bagaimanapun, sekiranya anda daripada sekolah yang mengambil subjek agama seperti pendidikan Islam, pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan pendidikan Syari’ah Islamiah, saya nasihatkan anda supaya memilih UIAM. Hal ini adalah kerana salah satu syarat untuk memasuki program asasi di UIAM ialah anda mestilah sekurang-kurangnya mendapat gred C+ bagi salah satu daripada subjek agama yang telah saya nyatakan. Tujuannya adalah supaya peluang anda untuk memasuki program asasi lebih cerah kerana anda tidak perlu bersaing degan pelajar yang tidak mengambil subjek agama dalam SPM.

  46. Asalamualaikum. Saya merupakan pelajar lulusan SPM jurusan sastera tahun 2011. Adakah saya masih layak memohon untuk ke universiti? Dalam semua matapelajaran, 1 sahaja matapelajaran yang tidak kredit, yang lain semuanya cemerlang. Adakah saya masih boleh diterima masuk?

    • Waalaikumussalam. Ya, anda masih lagi layak untuk memohon kemasukan ke universiti asalkan anda memenuhi syarat am universiti (lulus peperiksaan SPM atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu) & syarat khas program (bergantung kepada program yang anda pilih).

  47. Salam. Saya berminat utk mengambil asasi dalam perakaunan, tetapi asasi perakaunan hanya ada di UIA atau USIM sahaja. Saya tidak berminat dgn bahasa arab, etapi di uni trsebut diwajibkan utk mengambil bahasa arab. Macam mana tu? Boleh bagi pandangan?

  48. Salam. Saya pelajar SPM 2012 aliran sains tulen tetapi saya berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina. Walau bagaimanapun, saya tidak mengambil subjek seni sebagai mata pelajaran tambahan. Adakah saya masih layak untuk memohon?

    • Ya, anda masih layak memohon sekiranya anda memenuhi syarat-syaratnya iaitu mendapat gred B dalam TIGA (3) mata pelajaran:
      1. Physics / Chemistry / Additional Science / Science
      2. Mathematics / Additional Mathematics
      3. Geografi / Sejarah/ Pendidikan Seni Visual / Lukisan Kejuruteraan / Reka Cipta / Perdagangan / Ekonomi Asas

      Selain itu, anda juga mestilah sekurang-kurannya mendapat kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran bahasa Inggeris dan tidak buta/ buta warna.

      Walau bagaimanapun, anda hanya akan dapat meneruskan pelajaran dalam bidang ini sekiranya anda lulus ujian khas lukisan dan ujian buta warna dalam temuduga yang dikendalikan oleh Fakulti.

  49. Salam. Apakah laluan yang sesuai untuk lepasan SPM yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang tetapi mahu meneruskan pengajian dalam bidang perubatan?

    • Anda boleh melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 dalam aliran sains. Kemudian lulus dengan cemerlang dalam STPM. Insya-Allah, anda akan dapat mencapai cita-cita anda.

  50. Salam. Saya ingin bertanya. Saya merupakan pelajar aliran sains kejuruteraan tetapi saya sangat berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang seni bina dalaman dan minat saya lebih ke arah seni. Walau bagaimanapun saya tiada ilmu asas dalam bidang tersebut. Apakah syarat kemasukan IPTA bagi diploma seni bina dalaman?

    • Syarat-syaratnya ialah mesti memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan sekurang-kurangnya mendapat kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran:
      1. Mathematics / Additional Mathematics
      2. Physics / Chemistry / Additional Science / Science / Applied Science

      Selain itu anda mestilah sekurang-kurangnya lulus (Gred E) dalam bahasa Inggeris. Anda juga perlu lulus ujian khas lukisan dan ujian buta warna dalam temu duga yang dikendalikan oleh Fakulti.

  51. Assalamulaikum. Untuk adik-adik yang sedang menunggu keputusan SPM. Anda pasti sedang buntu memilih UPU atau matrikulasi atau asasi. Setiap tahun, semua pelajar lepasan SPM pasti mengalami masalah yang sama. Jadi apa yang penting, setiap hari jangan tinggal solat istikharah. Moga Allah sentiasa memberi petunjuk ke jalanNya. Amin, Insya-Allah.

    Pertamanya, anda mesti tahu, apa kerjaya yang anda minati. Contohnya pelajar A ingin menjadi doktor. Adik-adik boleh memilih program asasi di universiti yang menawarkan bidang perubatan dan seharusnya berusaha keras daripada semester satu sehingga tamat program asasi untuk mendapatkan tempat dalam bidang perubatan di universiti tersebut. Atau adik-adik boleh memilih program matrikulasi. Apabila anda memilih program matrikulasi, anda perlulah lebih rajin dalam pelajaran kerana persaingan di matrikulasi lebih tinggi. Tolonglah belajar dengan bersungguh-sungguh demi masa depan anda. Walau bagaimanapun, sekiranya pelajar A ditawarkan bidang asasi sains aktuari atau sains kulinari yang tiada kaitan dengan bidang perubatan, janganlah menerima tawaran tersebut. Lebih selamat anda memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam program matrikulasi. Cuba dapatkan 4 flat untuk semester 1 & 2 dan insya-Allah pelajar A boleh melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti melalui UPU setelah tamat program matrikulasi nanti.

    Sekiranya mahu dibandingkan tahap kepayahan program matrikulasi dengan asasi, program asasi lebih mencabar untuk mendapatkan 4 flat. Contoh yang ke-2. Pelajar B berminat dengan bidang komputer dan tetap mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan walaupun memperolehi keputusan SPM yang kurang cemerlang. Maka, adik-adik bolehlah memilih program diploma. Jadual waktu pembelajaran tidak padat seperti program asasi atau matrikulasi. Oleh sebab itu program diploma mengambil masa lebih kurang 3 atau 4 tahun. Bahagilah masa dengan sebaik-baiknya. Sekiranya, adik-adik mmemasuki program asasi contohnya asasi di UIAM, adik-adik memang tidak boleh pindah ke universiti lain untuk menyambung ijazah melalui UPU (melainkan melalui pihak atasan universiti).

    Kesimpulannya, ALLAH sahajalah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat adik-adik. Jangan pernah menyesal dengan apa yang sudah berlaku dalam hidup adik-adik. Semua perkara tersebut, Allah sudah tentukan, tiada yang kebetulan. Semua perkara yang berlaku itu pasti terdapat hikmahnya yang tersendiri dan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Jadi, bertaubatlah sementara Allah memberi waktu dan kesempatan ini. Wallahualam.

    Sekian daripada kakak, terima kasih. Assalamualaikum.

  52. Sekiranya saya mendapat tawaran diploma sains di UPSI, adakah saya mempunyai peluang untuk memohon bidang seperti veterinar, farmasi, perubatan atau mikrobiologi pada peringkat ijazah?

  53. Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Selepas SPM, antara Matrikulasi, STPM, IPTS dan IPTA, yang manakah lebih baik? Apakah kelebihan setiap satunya?

  54. Salam. Saya lepasan tingkatan 5 (2012). Saya mendapat 5A 4B untuk keputusan saya. 5A itu adalah untuk BM, BI, Maths, Sej & Moral manakala 4B saya adalah untuk Addmaths, Chem, Bio & Physics. Sebenarnya saya tidak pasti sama ada hendak melanjutkan pelajaran ke matrikulasi atau ke asasi. Maafkan saya, tetapi saya masih tidak tahu apa yang saya hendak jadi untuk kerjaya saya pada masa hadapan. Saya telah berjumpa dengan guru kaunseling, tetapi tidak berjaya untuk mengetahui apa yang saya ingin jadi apabila besar. Jadi, tempat manakah yg harus saya pergi?

    • Mulanya, tahniah saya ucapkan kerana anda berjaya dalam SPM. Pada pendapat saya, saya lebih menggalakkan anda memilih untuk melanjutkan pelajaran ke program asasi iaitu program asasi Sains Pertanian di UPM. Hal ini adalah kerana selepas anda menamatkan program ini dengan jayanya, anda tidak semestinya melanjutkan pelajaran dalam bidang pertanian. Selainn bidang pertanian, anda juga boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, perhutanan, kerjuruteraan & lain-lain.

      Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut, silalah layari laman ini: http://www.asasi.upm.edu.my/degrees1.html

      Dengan itu, sepanjang tempoh 3 semester atau 1 1/2 tahun, anda bolehlah memikirkan bidang yang anda minati.

  55. Salam, saya mendapat 9A dalam peperiksaan SPM 2012. Saya telah membuat pmohonan UPU tetapi setelah menyemak panggilan temuduga, saya tidak berjaya. Adakah saya masih mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran di IPTA? Saya juga telah mendapat tawaran tingkatan 6. Cita-cita saya adalah ingin menjadi seorang doktor. Jadi, manakah pilihan yang lebih baik, adakah STPM atau matrikulasi?

    • Pada pendapat saya, apabila anda melanjutkan pelajaran dalam program perubatan di matrikulasi, anda mesti berusaha untuk memperolehi keputusan yang cemerlang bagi melayakkan diri anda melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di peringkat ijazah. Hal ini adalah kerana anda perlu bersaing dengan pelajar asasi dalam bidang perubatan.

      Anda boleh melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6, sekiranya bidang yang ditawarkan adalah bidang sains.

  56. Assalamualaikum. Saya pelajar tingkatan 5 di salah sebuah SBP. Saya bercita-cita ingin menjadi seorang doktor gigi, tetapi saya masih kabur untuk pemilihan melanjutkan pelajaran. Saya berminat untuk belajar di luar negara. Bagaimana untuk mohon belajar di luar negara? Bagaimana untuk mendapat tajaan untuk belajar di luar negara? Mohon pencerahan. Terima kasih.

    • Berikut ialah antara universiti temparan yang menawarkan bidang pergigian iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

      Terdapat juga peluang pengajian di luar negara bagi pelajar yang tidak mendapat tempat di dalam negara untuk mengambil jurusan pergigian. Namun, pelajar perlu meneliti dahulu universiti tersebut dibawah pengiktirafan JPA. Pelajar juga WAJIB mengambil Aliran Sains Tulen untuk mendapatkan tempat dalam jurusan pergigian.

      Terdapat beberapa universiti di luar negara yang diiktiraf untuk jurusan pergigian contohnya:
      1- Universiti Tanta, Mesir
      2- Universiti Alexandria, Mesir
      3- Universitas Airlangga, Surabaya
      4- Universitas Padjadjaran, Bandung
      5- Universitas Sumatera Utara, Medan
      dan sebagainya.
      Anda boleh ke http://pengiktirafan.jpa.gov.my/

      Salah satu bidang yang boleh menjamin masa depan juga ialah Doktor Gigi. Demi menuju ke arah negara maju, Malaysia memerlukan beribu-ribu lagi doktor gigi untuk menanggung jumlah 30 juta penduduk. Nisbah doktor gigi dengan penduduk sekarang ialah 1:7000.

      Kebanyakan wanita memilih jurusan ini kerana selain daripada minat yang mendalam, mereka juga boleh bekerja mengikut masa yang mereka inginkan iaitu dari jam 9 pagi hingga 5 petang atau mengikut waktu tugas mereka sendiri.

      Antara faedah wanita memilih jurusan ini ialah mereka boleh menjalankan tanggungjawab rumahtangga dengan lebih berkesan lagi kerana mereka tidak terlalu terlibat dengan kerja lebih masa atau on-call seperti di hospital. Begitu juga dengan lelaki.

      Selain lulus dan menerima ijazah sebagai seorang doktor pergigian am, pelajar boleh menyambung pengajian lagi selama 2 atau 3 tahun dalam kepakaran tertentu seperti:

      1- Pakar Ortodontik – Memperbaiki rupa bentuk dan fungsi rahang dan gigi.
      2- Pakar Bedah Pergigian – Merawat penyakit teruk seperti kanser mulut dan sebagainya.
      3- Pakar Kesihatan Pergigian Awam – Membantu mengawal penyakit gigi yang berleluasa.
      4- Pakar Pergigian Kanak-Kanak – Menjaga kesihatan gigi dikalangan kanak-kanak.
      5- Pakar Periodontologi – Memulih penyakit gusi dan periodontium.
      6- Pakar Patologi Mulut – Bertugas dalam makmal untuk memeriksa dan mengenalpasti penyakit merbahaya dari awal dengan tepat.
      7- Pakar Pemeliharaan Gigi – Mengetahui semua jenis rawatan tampalan yang terkini.
      8- Pakar Prostetik – Merawat gigi orang dewasa dan warga tua.
      9- Pakar Pergigian Forensik – Mengenalpasti mayat yang rentung dan reput.

  57. Salam. saya berminat terhadap ‘architecture’ dan ‘interior design’. Sekiranya saya memilih bidang ‘architecture’, adakah lebih bagus bagi saya menyambung pelajaran ke peringkat diploma atau asasi?

    • Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya sekiranya terdapat peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang asasi, maka pilihan tersebut adalah lebih bagus. Hal ini adalah kerana selepas berjaya menamatkan program asasi, maka anda boleh terus melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah.

      Sebagai nasihat, kebolehan untuk berfikir secara kreatif adalah amat penting dalam bidang ini. Bidang ini juga memerlukan ahlinya mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

  58. Salam. Saya pelajar lepasan SPM 2013. Keputusan masih belum keluar lagi. Saya keliru untuk memilih program matrikulasi atau asasi. Saya berminat dalam bidang perubatan dan bercita-cita untuk menjadi doktor tetapi saya takut tersilap dalam membuat pilihan. Pilihan manakah yang lebih baik? Program matrikulasi atau asasi? Adakah asasi untuk pelajar yang cemerlang sahaja? Saya juga takut tidak mendapat keputusan SPM yang bagus. Apakah bidang lain yang sesuai untuk saya mohon? Mohon pandangan.

    • Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya.

      Pertamanya, program asasi bukan untuk pelajar yang cemerlang sahaja. Bahkan sesiapa sahaja yang memenuhi syarat-syarat untuk memasuki program asasi dalam sesuatu bidang, maka dia mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam program tersebut.

      Selain itu, terdapat beberapa langkah yang saya cadangkan anda lakukan:

      1. Senarai semua bidang yang anda ingin pilih berdasarkan panduan bidang yang ditawarkan oleh UPU.
      2. Susun semua bidang tersebut mengikut tahap minat yang paling tinggi ke tahap minat yang paling kurang.
      3. Pilih 5 hingga 10 bidang yang teratas untuk dinilai.
      4. Lihat tahap kelayakan bagi bidang-bidang tersebut. Bandingkan dengan keputusan yang anda perolehi semasa peperiksaan percubaan. Bandingkan juga dengan keputusan yang anda yakin boleh diperolehi dalam peperiksaan SPM yang sebenar.
      5. Pilih 3 bidang terbaik yang anda yakini setelah anda membuat perbandingan berdasarkan minat dan tahap pencapaian anda.

      Mudah-mudahan dapat membantu.

      (Maklumat tambahan)

      Dalam proses memilih langkah yang seterusnya bagi melanjutkan pelajaran, adalah penting untuk menilai beberapa perkara. Pertamanya, bidang tersebut mestilah bidang yang kita minati.

      Keduanya, tahap kebolehpasaran siswazah dalam bidang tersebut mestilah tinggi ataupun tidak terlalu rendah. Hal ini bermaksud, graduan daripada bidang tersebut boleh memperolehi kerja setelah tamat pengajian bukan hanya menganggur dalam tempoh yang lama.

      Ketiganya, anda mestilah mempunyai matlamat yang lebih jauh. Rancang perjalanan kehidupan anda sebagai seorang pelajar. Hal ini bermaksud anda perlulah mempunyai matlamat selepas anda berjaya menamatkan pengajian anda di peringkat ijazah. Anda mesti mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi.

      Akhirnya dan yang paling penting ialah sentiasa bergantung harap dan berserah kepada Illahi. Sentiasa berdoa agar diberikan petunjuk dan bimbingan dalam memilih. Anda perlu yakin bahawa setiap yang telah Dia tetapkan mempunyai hikmah yang tersembunyi.

      Sekian.

  59. Salam, mana satu yang lebih bagus? Program Asasi Sains UiTM atau Asasi Sains Pertanian UPM? Cita-cita saya mahu menjadi saintis. Keputusan SPM ialah 8A. Saya berminat dengan rancangan National Geographic. :) Sekian, terima kasih.

    • Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, struktur pelajaran atau subjek bagi kedua-dua kursus di UiTM atau UPM adalah hampir sama. Kedua-duanya membolehkan anda menyambung cita-cita untuk menjadi saintis. Perbezaannya mungkin dari segi kemudahan tempat belajar, suasana dan lain-lain. Perbezaan ketara antara Asasi Sains UiTM dengan Asasi Sains Pertanian UPM ialah di UPM anda perlu mempelajari subjek berkaitan pertanian. Hal ini adalah keistimewaan sekiranya anda memilih Asasi Sains Pertanian di UPM.

      Satu lagi, sila perincikan saintis di bidang apa. Hal ini adalah kerana terdapat pelbagai bidang Sains yang wujud seperti bidang Terknologi Makanan dan lain-lain. Semua yang bekerja dalam mana-mana bidang tersebut, boleh dipanggil saintis.

      • Terima kasih! Agak-agak lepas atau tidak untuk saye menyambung pelajaran dalam program asasi Sains Pertanian UPM dengan keputusan SPM 8A…Bio A…Chem A-…Phy B+? Terima kasih kerana menjawab pertanyaan saya.

  60. Assalamualaikum, saya pelajar lepasan SPM 2013. Saya berminat memohon UPU di UniSZA dalam pengajian Islam bahagian Sejarah dan Tamadun Islam tetapi saya tidak mengambil subjek Bahasa Arab. Harap sudi membantu.

    • Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, sekiranya anda tidak mengambil subjek Bahasa Arab dalam SPM, maka anda tidak boleh memohon program Diploma Pengajian Islam(Sejarah & Tamadun Islam) di UniSZA. Hal ini adalah kerana berdasarkan syarat khas untuk memohon kursus tersebut anda mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Walau bagaimanapun, sekiranya anda memang berminat, saya galakkan anda menelefon pihak UniSZA bagi memohon jalan penyelesaian.

  61. Salam. Saya dari pelajar asasi UPM. Adakah boleh saya memohon bagi menyambung pelajaran pada peringkat ijazah di USM?

    • Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, tindakan yang patut anda lakukan ialah anda patut pergi ke bahagian Akademik atau berjumpa dengan penolong pendaftar UPM untuk mengetahui cara-cara yang betul untuk memohon pertukaran ke IPTA lain. Hal ini adalah kerana setiap universiti mungkin mempunyai prosedur yang berlainan apabila para pelajarnya ingin memohon pertukaran atau menyambung pelajaran ke IPTA lain.

  62. Salam. Saya adalah lepasan SPM 2013. Saya meminati kerjaya sebagai kaunselor. Saya ingin bertanya, kursus apa yang patut saya ambil dan universiti malaysia yang mana menawarkan kursus ini. Terima kasih.

    • Terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, setelah saya menyemak semula bidang pengajian yang ditawarkan di IPTA, Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA, tiada terdapat kursus yang berkaitan kaunseling ditawarkan. Oleh sebab itu, saya mencadangkan agar saudari memohon kursus Bimbingan dan Kauseling (SK/ SJKC/ SJKT) yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP).

    • Bergantung kepada diri anda sendiri. Diploma Bahasa Inggeris di UPSI adalah selama 4 semester iatu 2 tahun. Namun, sekiranya keputusan SPM anda cemerlang, kemungkinan kos yang sama iaitu bidang Bahasa Inggeris di matrikulasi akan ditawarkan kepada anda hanya selama 2 semester iaitu satu tahun. Walau bagaimanapun, anda perlu ingat bahasa apabila masa pengajian semakin singkat maka sukatan yang diajarkan dalam suatu masa juga menjadi semakin padat.

  63. Adakah lepasan Asasi Sains Hayat boleh memohon untuk menyambung pelajaran dalam bidang perguruan yang ditawarkan KPM? :)

  64. Sekiranya saya sudah membayar yuran pendahuluan bagi program Matrikulasi RM550, adakah boleh diambil semula duit itu kerana saya ingin menyambung pelajaran bawah permohonan UPU?

    • Setakat pengetahuan saya, duit tersebut tidak akan dikembalikan melainkan yuran MUET sahaja yang akan dipulangkan semula. Bagi mendapatkan kepastian, saya menggalakkan saudara menghubungi pihak Matrikulasi.

      Sekian.

  65. Assalamualaikum. Sekiranya saya menyambung pelajaran dalam peringkat diploma di UiTM, selalunya biasiswa apa yang saya boleh mohon? Setahu saya, MARA tidak boleh.

    • Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, MARA tidak menaja para pelajar yang menyambung pelajaran di UiTM. Saudari mungkin boleh memohon biasiswa daripada JPA. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, saya menggalakkan saudari menghubungi pihak JPA. Harap membantu.

  66. Assalamualaikum. Mohon jasa baik untuk menjawab soalan saya. Alhamdulilah anak saya telah mendapat tawaran Matrikulasi dan Asasi kejuruteraan tetapi dia telah membuat pilihan untuk ke asasi. Anak saya telah mendapat 8A dan 2 B dalam SPM 2013 dan BMnya B+ yang menyebabkan beliau tidak layak dapat tajaan seperti MARA ke luar negara.

    Adakah selepas program asasi nanti dia masih berpeluang untuk mendapat biasiswa tajaan ke luar negara? Adakah banyak peluang tajaan? Terima kasih.

    • Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Mulanya, tahniah saya ucapkan atas kecemerlangan anak anda dalam SPM 2013. Setelah saya membuat kajian, anak saudara masih boleh memohon biasiswa seperti JPA atau lain-lain. Walau bagaimanapun, bagi lepasan Asasi tawaran biasiswa yang disediakan hanya bagi menyambung pelajaran di dalam negara. Saya masih belum berjumpa dengan tawaran yang disediakan bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara melainkan hanya bagi pelajar lepasan STPM, IB atau A-Level sahaja.

      Namun, bagi mendapatkan kepastian, saya mencadangkan agar anda menelefon sendiri mana-mana pihak yang menawarkan biasiswa bagi mengemukan persoalan. Harap membantu.

    • Ya, anda masih boleh menyambung pelajaran dalam bidang Psikologi. Bagi lepasas Asasi Sains Hayat, terdapat hampir jenis kursus yang ditawarkan oleh UPU berkaitan bidang Psikologi:

      1. IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI DENGAN KEPUJIAN (AA16).
      2. IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PSIKOLOGI SUKAN) DENGAN KEPUJIAN# (AS20).
      3. IJAZAH SARJANAMUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (PSIKOLOGI) (KA16).
      4. SARJANA MUDA PSIKOLOGI (PSIKOLOGI INDUSTRI DAN ORGANISASI) (TA13).
      5. SARJANA MUDA SAINS KEMANUSIAAN – PSIKOLOGI (KEPUJIAN) (YA16).

      Tertakluk kepada perubahan. Harap membantu.

  67. Salam. Anak saya telah mendapat 10As SPM tahun lepas dalam jurusan Sains Teknikal dari SM Sains Tun Azlan Shah, Taiping. Beliau mendapat tawaran Matrikulasi di Kelantan dan Asasi Sains Fizikal di UM. Manakah yang lebih baik untuk beliau kerana ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan.

    Pada waktu yang sama masih mengharap tawaran biasiswa dari MARA/ JPA/ Maybank kerana beliau telah dipanggil untuk sesi ujian dan temuduga. Terima kasih.

    • Terima kasih kerana bertanya. Mulanya, tahniah saya ucapkan atas kecemerlangan anak anda dalam SPM 2013. Pada pendapat saya, saya mencadangkan agar saudara memberikan cadangan kepada anak saudara supaya memilih pengajian Asasi Sains Fizikal di UM. Hal ini adalah kerana beberapa faktor terutamanya dari segi struktur program.

      Struktur program yang disediakan oleh UM bagi para pelajar Asasi Sains Fizikal telah direka khas bagi menyediakan pelajar-pelajar untuk menyambung pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektronik, kejuruteraan kimia dan kejuruteraan mekanikal. Kursus ini akan diadakan selama 2 semester (1 tahun).

      Berbanding dengan matrikulasi, adakah telah ditetapkan sama ada anak saudara akan menyambung pelajaran dalam bidang Sains Fizikal? Hal ini adalah kerana jika anak saudara menyambung pelajaran di Matrikulasi tetapi dalam bidang selain Sains Fizikal, kemungkinan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan adalah tipis.

      Persoalan kedua. Saya berpandangan sekiranya keputusan biasiswa atau tajaan JPA/ MARA/ lain-lain adalah selepas tarikh pendaftaran di UM, saudara cadangakan anak saudara menyambung pelajaran di UM terlebih dahulu. Sekiranya anak saudara berjaya mendapat tajaan, dia boleh membuat keputusan semula sama ada mahu berhenti belajar di UM atau sebaliknya.

      Kesimpulannya, bimbinglah anak saudara agar dia dapat membuat keputusan yang terbaik dalam hidupnya. Semoga dia mendapat keberkatan, berjaya di dunia dan akhirat.

      Sekian.

  68. Saya lepasan SPM 2013. Saya dapat 6As dalam SPM. Saya telah mendapat tawaran Matrikulasi (Program 2 Tahun) dalam bidang Sains. Jadi, saya ingin bertanya, apakah bidang seperti Undang-undang ditawarkan ketika pengisian semula UPU bagi pelajar matrikulasi? Atau lebih baik saya teruskan pengajian Tingkatan 6 untuk menyaambung pengajian saya dalam bidang undang-undang di peringkat ijazah? Mohon penjelasan.

    • Terima kasih kerana bertanya. Setelah saya menyemak semula dengan UPU, terdapat hampir 6 jenis kursus berkaitan undang-undang yang ditawarkan oleh UPU bagi lepasan Matrikulasi (Sains) iaitu seperti:

      1. IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG DENGAN KEPUJIAN (DL00).
      2. SARJANA MUDA PENGAJIAN UNDANG-UNDANG (KEPUJIAN) # (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA) (EL00).
      3. IJAZAH SARJANAMUDA UNDANG-UNDANG DENGAN KEPUJIAN # (KL00).
      4. SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG# (ML00).
      5. SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG DENGAN KEPUJIAN (UL00).
      6. IJAZAH SARJANA MUDA FALSAFAH, UNDANG-UNDANG DAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN # (UL05).

      Tertakluk kepada perubahan semasa. Harap membantu.

  69. Salam. Anak sulung saya akan menyambung pelajaran dalam kursus Asasi Sains Pertanian di UPM. Dia akan mendaftarkan diri pada 23/5/14. Soalan saya, selepas habis setahun asasi, bolehkah dia memohon untuk menyambung pelajaran di universiti lain yang menawarkan kursus Pergigian dengan keputusan asasi UPM (sekiranya keputusannya ialah score 4 flat)? Please reply ASAP.

    • Maaf kerana lambat memberikan jawapan. Selepas tamat program asasi di UPM, anak saudara boleh menyambung pelajaran di universiti lain yang menawarkan kursus Pergigian. Hal ini adalah kerana setiap pelajar asasi akan dimintan untuk mengisi semula UPU dengan menggunakan keputusan asasi bagi menyambung pelajaran di peringkat ijazah. Sekian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s