Apakah Perbezaan antara Pra-Diploma dan Diploma?


Keputuasan SPM telah diumumkan dan semua pelajar telah memperolehinya daripada sekolah masing-masing. Dalam beberapa hari ini, semua pelajar lepasan SPM yang berjaya sedang berkira-kira dan memikirkan hala tuju seterusnya dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ikuti serba sedikit maklumat yang berkaitan pemilihan pusat pengajian tinggi yang ditawarkan di Malaysia.

Apakah itu Program Diploma?

Program Diploma ialah satu program yang diuruskan dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Apakah pula Program Pra-Diploma?

Program Pra-Diploma pula ditawarkan kepada sesiapa mendapat keputusan kurang daripada 5 kepujian yang menyebabkan pelajar tersebut tidak layak untuk menyambung pelajaran ke peringkat Diploma. 

Program ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar yang kurang berjaya, agar mereka juga boleh menyambung pelajaran ke peringkat Diploma dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Berikut adalah syarat minimun bagi sesiapa yang ingin mengikuti program Pra-Diploma:

  • Mendapat kepujian dalam matapelajaran Matematik/Matematik Tambahan.
  • Lulus dalam subjek Bahasa Inggeris.
  • Lulus (1) daripada mana-mana subjek yang berikut:
    • Fizik
    • Kimia
    • Biologi
    • Matematik Tambahan

Tempoh pengajian bagi program Pra-Diploma ialah antara 6 bulan sehingga ke 12 bulan.  Akhirnya, mana-mana calon yang berjaya/lulus dalam program Pra-Diploma bolehlah melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma.

Jadi, Manakah yang Lebih Baik?

Sebenarnya, program Diploma dan Pra-Diploma mempunyai kelebihan masing-masing.

Bagi mereka yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang dalam SPM (kurang daripada 5 kepujian), anda amatlah digalakkan untuk memohon program Pra-Diploma. Memang tidak dinafikan bahawa masa yang anda akan habiskan adalah lebih kurang 4 tahun kerana anda perlu menyelesaikan dahulu program Pra-Diploma (lebih kurang 1 tahun) dan program Diploma (lebih kurang 3 tahun), tetapi program Pra-Diploma ini adalah merupakan salah satu peluang untuk anda melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Siapa yang mengatakan pelajar yang kurang cemerlang dalam SPM tidak boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dan seterusnya ke peringkat? Hal ini adalah kerana dengan adanya program Pra-Diploma, perkara ini adalah tidak mustahil.

Bagi mereka yang mendapat keputusan yang minimum sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam SPM, saya galakkan anda memohon untuk melanjutkan pelajaran ke program Diploma. Hal ini adalah kerana anda akan dapat menjimatkan masa selama 1 tahun.

Akhirnya, janganlah jadikan KEGAGALAN itu sebagai satu HALANGAN untuk kita terus berjaya. Jadikanlah KEGAGALAN itu sebagai satu DORONGAN untuk kita menjadi lebih BAIK dan BERSUNGGUH pada masa hadapan.

Saya ucapkan semoga anda semua BERJAYA di DUNIA dan CEMERLANG di AKHIRAT.

About these ads

7 thoughts on “Apakah Perbezaan antara Pra-Diploma dan Diploma?

    • Maaf atas kelewatan. Saya mempunyai beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan sehingga saya tidak sempat untuk menjawab persoalan di blog ini. Sekiranya saudari tidak keberatan, bolehkah saudari nyatakan keputusan penuh. Hal ini bagi memudahkan saya membuat penilaian.

  1. Adakah terdapat kemungkinan bahawa para pelajar boleh ditawarkan program diploma dengan hanya menggunakan keputusan peperiksaan percubaan?

    • Terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, sebarang program diploma hanya akan ditawarkan setelah dimohon oleh pemohon. Keputusan peperiksaan yang digunakan mestilah keputusan peperiksaan yang sebenar bukan keputusan peperiksaan percubaan.

      Walau bagaimanapun, sesiapa yang memperolehi keputusan peperiksaan percubaan yang cemerlang, mungkin akan ditawarkan mengikuti program ‘Fast Track’ (laluan pantas) bagi sesuatu bidang di universiti tertentu seperti bidang Sains Pertanian di UPM.

      Program ‘Fast Track’ bermaksud jangka masa kursus yang akan kita lalui dalam sesuatu bidang itu akan dipercepatkan. Contohnya, pelajar ‘Fast Track’ di UPM, hanya akan mengikuti program Asasi selama 2 semester sahaja (1 tahun) berbanding pelajar Asasi UPM laluan biasa yang perlu melalui program Asasi selama 3 semester (1 1/2 tahun).

  2. Saya mahu bertanya bagi pihak kawan saya. Kawan saya aliran sastera, tetapi dia mahu mengambil bidang kejururawatan. Keputusan SPM dia agak cemerlang. Adakah apabila kita mengambil pra diploma, kita boleh mengambil bidang kejururawatan untuk diploma? Hal ini adalah kerana dia aliran sastera bukan aliran sains. Harap dapat membantu :)

    • Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, sekiranya kawan anda memang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang kejururawatan, adalah lebih baik dia memohom program
      Diploma Sains Kejururawatan (D2031) yang ditawarkan dalam UPU kepada kedua-dua aliran iaitu aliran sains dan aliran sastera.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s