Kehidupan di Institut Pendidikan Guru (IPG)


Apa khabar rakan-rakan? Pada kiriman kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kehidupan sebagai pelajar IPG. Mulanya, apa yang anda semua perlu tahu adalah apabila anda sudah memilih untuk memasuki ke IPG maka bermakna anda sudah mempunyai cita-cita yang tetap iaitu ingin menjadi guru. Untuk pengetahuan anda, hidup sebagai pelajar IPG mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

 Tujuan

  1. Mencari keredhaan Illahi.
  2. Bukan sahaja memberikan pengetahuan dan kefahaman, bahkan memberikan keyakinan kepada para pelajar.
  3. Berminat untuk menjadi guru dan ingin mengasah bakat serta membentuk personaliti sebagai seeorang guru.

Struktur Kursus

Bagi struktur kursus pelajar IPG terbahagi kepada 3:

  • Subjek Teras.
  • Subjek Akademik.
  • Kokurikulum.

1. Subjek Teras:

Terdapat 7 subjek teras yang akan dipelajari semasa Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Keistimewaan subjek teras ialah tiada peperiksaan akan dijalankan bagi ketujuh-tujuh subjek teras tersebut.Keseluruhan markah hanya berdasarkan kepada kerja khusus.

7 subjek teras itu ialah:

    • PendidikanIslam/Pend. Moral-(TAR)
    • English Language Proficiency-(TBI)
    • Bahasa Melayu Kontekstual-(TBM)
    • Kemahiran Generik:
      1. Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi-(TTM)
      2. Kemahiran Berfikir-(TKF)
      3. Kemahiran Belajar-(TKB)
      4. Kompetensi Kecerdasan Emosi-(KKE)
    • Pengantar Pendidikan-(TAP)
    • Basic Mathematics-(TMT)
    • Pendidikan Jasmani Asas-(TPJ)

2. Subjek Akademik:

Bagi subjek akademik, subjek-subjek yang akan diambil oleh pelajar IPG adalah berbeza mengikut opsyen/kursus yang akan diambil semasa di peringkat ijazah. Secara umumnya para pelajar akan mengambil 6 subjek akademik. Perbezaan yang ketara bagi subjek akademik ialah bagi setiap subjek akademik akan dijalankan peperiksaan. Di samping itu, markah keseluruhan juga akan diambil kira daripada kerja khusus yang dilakukan.

3. Kokurikulum:

Bagi saya, salah satu perbezaan yang utama apabila kita bandingkan pelajar IPG dengan pelajar-pelajar di universiti lain ialah para pelajar IPG mempunyai waktu khusus yang diperuntukkan khas untuk aktiviti kokurikulum dan dimasukkan dalam jadual pembelajaran seharian.

Untuk pengetahuan anda, aktiviti kokurikulum yang dijalankan terbahagi kepada 2:

    • Persatuan
    • Permainan

Suasana Pembelajaran

1. Ahli kelas:

Secara keseluruhan, ahli bagi setiap kelas adalah lebih kurang seramai 20 orang sahaja.

2. Panggilan:

Untuk pengetahuan anda semua, para pelajar IPG tidak dipanggil dengan gelaran ‘Pelajar’. Sebaliknya, para pelajar IPG dipanggil dengan panggilan ‘Guru’. Manakala para pensyarah yang mengajar di IPG dipanggil ‘Encik’, ‘Puan’, ‘Tuan Haji’, ‘Dr.’, ‘Ustaz’ atau ‘Ustazah’.

3. Kolej Kediaman:

Setiap pelajar IPG akan tinggal di kolej kediaman yang disediakan tertumanya para guru pelatih baharu. Memang tidak dinafikan terdapat juga para pelajar yang tidak tinggal di kolej kediaman terutamanya mereka yang berada di Semester 4 dan ke atas yang mengambil kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP). 

Setiap satu bilik akan ditempatkan seramai 2 orang sahaja dan kemungkinan terdapat bilik yang hanya untuk seorang guru pelatih sahaja.

4. Aktiviti Lain:

Seperti di universiti atau pusat pembelajaran yang lain, di IPG juga menyediakan persatuan/kelab/permainan untuk membolehkan para pelajar melibatkan diri. Dengan adanya aktiviti berpersatuan menunjukkan bahawa IPG bukan sahaja mementingkan prestasi akademik, bahkan prestasi kokurikulum juga.

Kelebihan Memilih Guru

1. Elaun:

Antara kelebihan utama apabila anda belajar di IPG ialah anda akan diberikan elaun pada setiap bulan sepanjang kurus PPISMP & PISMP (selama 5 1/2 tahun). Elaun yang diberi adalah mengikut tempat anda belajar.Contohnya apabila anda belajar di IPG Kampus Kota Bharu, anda akan diberikan elaun sebanyak RM430 sebulan(bagi pelajar kursus PPISMP). Bagi para pelajar yang tinggal di IPG yang terletak  di Kuala Lumpur pula, elaun yang diberikan akan lebih tinggi daripada RM 430 sebulan.

Para pelajar yang mengikuti kursus PISMP akan menerima elaun yang lebih tinggi daripada pelajar yang mengikuti kursus PPISMP. Contohnya, pelajar PISMP di IPG Kampus Kota Bharu akan menerima elaun sebanyak RM630 sebulan berbanding RM430 sebulan bagi para pelajar yang mengikuti kursus PPISMP.

Jadi, apabila tamat pengajian para pelajar IPG tidak perlu risau mengenai masalah pinjaman yang perlu dijelaskan. Sebaliknya, hanya perlu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara lain.

2. Sesi Pembelajaran:

Sesi pembelajaran di IPG bermula pada 7.45 pagi sehingga 1.00 petang. Hal ini adalah kerana ingin mendidik para pelajar IPG membiasakan diri dengan waktu pekerjaan sebenar yang akan ditempuhi semasa sudah bergelar guru. Para pelajar tidak dibenarkan keluar daripada kawasan sekolah (di IPG tempat belajar dipanggil ‘Sekolah’) antara waktu 7.45 pagi-1.00 petang.

Walau bagaimanapun, terdapat juga para pelajar yang masih mempunyai sesi pembelajaran sehingga 6.00 petang (kebiasaannya hanya para pelajar yang mengambil kursus PPISMP).

3. Jaminan Pekerjaan:

Antara kelebihan utama apabila anda memilih untuk belajar di IPG ialah anda akan mempunyai jaminan pekerjaan di masa hadapan. Anda tidak perlu risau mengenai masalah pengangguran apabila sudah menamatkan pengajian. Hal ini adalah berbeza dengan graduan daripada universiti lain yang perlu berani untuk menceburi bidang pekerjaan yang berbeza dengan bidang pengajian yang diambil semasa di universiti disebabkan kemungkinan bidang pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian diambil sudah pun penuh. 

4. Peperiksaan MUET:

Bermulanya pada tahun 2012, para pelajar yang belajar di IPG tidak perlu menduduki peperiksaan MUET. Para pelajar hanya perlu menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat IPG.

4. Waktu Cuti:

Waktu cuti para pelajar IPG ialah sama dengan waktu cuti para pelajar yang belajar di sekolah menengah/rendah. Hal ini adalah berbeza dengan waktu cuti para pelajar yang belajar di universiti lain. Mereka kebanyakan hanya mempunyai cuti akhir semester atau cuti peristiwa-peristiwa tertentu.

5. Peluang untuk Melanjutkan Pelajaran:

Untuk pengetahuan anda semua, mana-mana guru layak untuk melanjutkn pelajaran di bawah satu program khas iaitu:

  • Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB).
  • Program Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa (CBTG TB)
Program khas ini membolehkan para guru melanjutkan pelajaran dengan lebih mudah daripada peringkat Ijazah Sarjana Muda sehingga ke peringkat Doktor Falsafah. 

Bidang Pengajian 

Terdapat beberapa bidang pengajian yang disediakan sekiranya anda ingin menjadi guru. Berikut ialah senarai bidang-bidang tersebut:

1. Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah
  • Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
  • Bahasa Cina Pendidikan Rendah
  • Bahasa Arab Pendidikan Rendah
  • Bahasa Kadazan Dusun Pendidikan Rendah
  • Bahasa Iban Penddikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

2. Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah

3. Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Penddikan Rendah
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
  • Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
Bentuk Pengajian yang Ditawarkan
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Kursus Persediaan Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan
3 semester
Pengajian Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian) Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan
8 semester
Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Ke Universiti Terkemuka Luar Negara
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Kursus Persediaan Kolej Persediaan KPM
2-4 semester (mengikut kolej pengajian)
Pengajian Ijazah Pertama (Matematik, Fizik, Kimia,Biologi, Pendidikan Khas) Universiti Terkemuka Luar negara (UK, Australia atau New Zealand)
6-7 semester (mengikut kolej pengajian)
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Institut Pendidikan Guru Malaysia yang akan ditetapkan oleh KPM
2 semester
Institusi yang mengendalikan Kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik, Fizik, Kimia, Biologi dan Pendidikan Khas) :
a. International Education Centre (INTEC), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Kampus Seksyen 17, Shah Alam, Selangor
b. Taylor’s University, Subang Jaya, Selangor
c. Kolej Yayasan United Engineers Malaysia (UEM), Lembah Beringin, Tanjung Malim, Perak.
Program Penghantaran Pelajar Cemerlang Bagi Bidang Bahasa Cina
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Kursus Persediaan Beijing Foreign Studies University,Beijing, China
2 semester
Pengajian Ijazah Pertama (Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina sebagai Bahasa Kedua) Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan
8 semester
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Institut Pendidikan Guru yang ditetapkan
2 semester
Program Kembar Bahasa Perancis
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Kursus Persediaan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
2 semester
Pengajian Ijazah Pertama (Bahasa Perancis) Universiti Terkemuka Negara Perancis
6 semester
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
2 semester
Program Kembar Bahasa Jerman
Bentuk Pengajian
Tempat
Tempoh
Kursus Persediaan Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
4 semester
Pengajian Ijazah Pertama (Bahasa Jerman) Universiti Malaya
6 semester
Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa
2 semester

Catatan : Bentuk pengajian yang ditawarkan tertakluk kepada perubahan.


Cara Memohon
Berikut ialah cara memohon:
  1. Permohonan untuk memasuki Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) hanya boleh dibuat secara atas talian (online) melalui laman web Kementerian Pelajaran Malaysia atau terus sahaja ke portal Permohonan Dalam Talian KPLSPM.
  2. Permohonan ini hanya boleh dibuat dengan menggunakan nombor pengenalan individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 6.00 selepas keputusan SPM diumumkan.
  3. Pemohon dinasihatkan mendapatkan maklumat berkenaan bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  4. Calon dibenarkan mengemukakan hanya satu permohonan sahaja.
  5. Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar.
  6. Butiran permohonan boleh dikemaskini pada bila-bila masa sebelum tarikh tutup.
  7. Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
Sekian daripada saya. Moga-moga anda semua dapat membuat pilihan yang tepat dalam hidup anda. Sebarang cadangan atau komen amatlah dialukan.
About these ads

2 thoughts on “Kehidupan di Institut Pendidikan Guru (IPG)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s