Berhati-Hati Menuliskan Wallahu A’lam


Pertamanya, jemput ‘Like’ page blog ini di Facebook.

Penulis artikel keagamaan (Islam) atau media Islam lazimnya mengakhiri tulisan dengan kalimat Wallahu a’lam (artinya: “Dan Allah lebih tahu atau yang Maha Tahu/ Maha Mengetahui). Sering ditambah dengan bish-shwabi. menjadi Wallahu a’lam bish-shawabi.

Hal itu bagi menunjukkan bahawa Allah yang Maha Tahu atau lebih tahu segala sesuatu dari kita. Hanya Allah yang Maha Benar dan Pemilik Kebenaran Mutlak.

Penulisan yang benar, jika yang dimaksud “Dan Allah Maha tahu” adalah Wallahu a’lam iaitu tanda koma di atas [‘] selepas huruf “a” dan sebelum huruf “l”. Namun, sangat sering kita jumpai penulisannya begini:

Wallahu ‘alam (koma di atas [‘] sebelum huruf “a”).

Jelas, Wallahu a’lam dan Wallahu ‘alam membawa makna yang berbeza. Perkataan yang pertama (Wallahu a’lam) ertinya “Dan Allah Maha Tahu/ Maha Mengetahui atau Lebih Tahu”. Perkataan yang kedua pula (Wallahu ‘alam) ertinya “Dan Allah itu alam”, bahkan tidak jelas apa arti ‘alam di situ?

Sekiranya ‘alamin atau ‘aalamin, jelas ertinya alam seperti dalam bacaan hamdalah – alhamdulillahi robbil ‘alamin.

Jadi, kalau yang kita maksud itu “Dan Allah Maha tahu”, maka penulisan yang benar adalah Wallahu a’lam bukan Wallahu ‘alam.

A’lam itu asal katanya ‘alima artinya tahu. Daripada kata dasar ‘alima itu kemudian terbentuk kata ‘ilman (isim mashdar, artinya ilmu/pengetahuan), ‘alimun (fa’il/pelaku, yakni orang yang berilmu), ma’lumun (pemberitahuan, maklumat), dan sebagainya, termasuk a’lamu/a’lam (lebih tahu).

Tanda petik tunggal atau koma di atas (‘) dalam a’lam itu terjemahan Bahasa Malaysia untuk huruf ‘ain dalam bahasa Arab (seperti Jum’ah, Ka’bah, Bid’ah, Ma’ruf, dan sebagainya). Kata a’lam artinya “lebih tahu”. Jadi, penulisan yang sepatutnya ialah Wallahu a’lam bukan Wallahu ‘alam.

Mungkin, kesalahan penulisan itu tidak disengajakan kerana mereka merasakan bahawa tulisan itu betul, padahal tidak tepat. Jadi, sama-samalah kita sebarkan ilmu ini. Semoga bermanfaat.

18 thoughts on “Berhati-Hati Menuliskan Wallahu A’lam

    1. Terima kasih kerana memberikan komen. Untuk pengetahuan saudara, saya tidak mengambil artikel ini daripada laman web yang saudara nyatakan itu. Saya juga telah menjalankan kajian mengenai topik ini dan merujuk kepada beberapa artikel daripada laman web yang berlainan. Setelah membuat perbandingan antara artikel yang mana satu lebih tepat, barulah saya mengambil artikel tersebut. Walau bagaimanapun, saya tidak mengambil keseluruhan artikel tersebut. Sebaliknya, saya telah mengolah dan mengubah ayat yang digunakan dalam artikel asal kepada ayat yang lebih difahami.

      Saya juga berharap saudara tidak terus mengatakan seseorang itu menciplak hasil orang lain apabila sesuatu yang dia hasilkan atau tulis itu hampir sama dengan orang lain. Kemungkinan hasil penulisannya yang telah diciplak oleh orang lain.

    1. Dalam hal ilmu agama, tiadalah istilah ciplak. Hal ini adalah kerana kita hanya menyampaikan daripada sumbernya setelah kita kaji untuk lebih dipahami oleh orang awam. Kalau hasil kajiannya sama, maka bukan bererti sesuatu pihak itu telah menciplak hasil kerja pihak yang lain. Kalau kita mengetahui suatu ilmu agama, maka menjadi satu kewajiban bagi kita untuk menyampaikan ilmu tersebut kepada yang lain. Jadi, jika artikel kita disalin oleh orang lain, bayangkan pahala yang kita akan dapat daripada setiap orang yang membacanya. Jadi, ikhlaskan sahajalah.

      1. Terima kasih atas nasihat. Memang benar apa yang dikatakan. Walau bagaimanapun, apabila kita telah mengambil hasil kerja seseorang itu, spatutnya kita menyatakan sumbernya dan mengaku bahawa hasil kerja itu adalah bukan milik kita. Kita hanya menyalin semula untuk dikongsikan dengan orang ramai.

  1. Wallahu a’lam atau Wallahu ‘alam itu sebenarnya hanya tulisan abjad biasa. Sekiranya mahu yang paling betul, mestilah ditulis dengan tulisan arab. Hal ini sama seperti pada perkataan Insya Allah atau In sha Allah.

  2. Hal ini adalah sesuatu yang bermanfaat tetapi yang lebih penting adalah sebutan dalam bahasa Arab. Sekiranya ia ditulis Wallahua’lam tetapi sebutannya Wallahu’alam, maka masih lagi terpesong maknanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s