Pelancaran Program BeDAK (Belajar Dengan Akronim)


Saya akan melancarkan satu program yang diberi nama BeDAK (Belajar Dengan Akronim). Saya berharap program ini akan dapat membantu para pelajar terutamanya para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM untuk mengingati fakta-fakta dengan lebih mudah.

Apa itu BeDAK?

BeDAK ialah singkatan bagi Belajar Dengan Akronim. BeDAK adalah merupakan   satu program yang dilhamkan oleh saya sendiri. Saya mula-mula terfikir mengenai program ini kira-kira 4 bulan sebelum saya menduduki peperiksaan SPM 2011. Program ini diadakan dengan beberapa tujuan:

  1. Membantu para pelajar untuk mengingat fakta-fakta yang berkaitan dengan pelajaran terutamanya berkaitan dengan subjek SPM dengan lebih mudah dan tepat.
  2. Memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai teknik belajar dengan menggunakan singkatan.

Kenapa dinamakan BeDAK?

Pada mulanya saya tercari-cari apakah nama yang sesuai untuk program ini. Setelah berfikir saya mendapat idea untuk menamakan program ini dengan nama BeDAK iaitu singkatan bagi Belajar Dengan Akronim.

Sebagaimana yang kita tahu, terdapat pelbagai teknik untuk kita mempelajari sesuatu subjek pelajaran. Salah satu daripada teknik tersebut adalah dengan menggunakan singkatan. 

Program ini saya umpakan seperti ‘bedak’ iaitu merupakan salah satu daripada pewangi untuk tubuh badan. Walau bagaimanapun terpulang kepada kita untuk memilih sama ada ‘bedak’ atau pewangi badan yang lain tetapi tujuannya tetap sama iaitu untuk mewangikan tubuh badan. 

Jadi, belajar dengan menggunakan akronim adalah salah satu daripada teknik belajar yang dapat membantu para pelajar menguasai sesuatu pelajaran tetapi terpulanglah kepada para pelajar untuk memilih sama ada hendak menggunakan teknik belajar ini atau tidak.

Apakah kelebihan BeDAK?

Kelebihannya ialah proram ini akan dapat mebantu para pelajar untuk mengingati fakta-fakta yang berkaitan dengan pelajaran dengan lebih mudah dan tepat. Sebagaimana kita tahu terdapat pelbagai teknik belajar yang terdapat di dunia ini, cuma yang mungkin membezakan BeDAK dengan teknik belajar yang lain ialah program ini diadakan khas untuk para pelajar mengingat dengan menggunakan singkatan.

Contohnya:

How to prepare an insoluble salt?

1. Pour 50 cm3 of 1mol dm-3 … solution into a beaker. (Pour = Po)

2. Pour 50 cm3 of 1mol dm-3 … solution into the beaker. (Pour = P)

3. Stir the mixture with the glass rod. (Stir = S)

4. Filter the mixture to get the residue. (Filter = F)

5. Rinse the residue with distilled water. (Rinse = Ri)

6. Dry the residue in between filter papers. (Dry = D)

7. Chemical equation.

Remember!

Both salt solutions are soluble salt and one of them must have ‘cation’ and another have ‘anion’ of the insoluble salt.

The formula: PoPS FRiD

Apakah subjek-subjek yang terdapat dalam BeDAK?

Setakat ini subjek-subjek yang terlibat dengan program ini ialah subjek yang berkaitan dengan subjek-subjek SPM sahaja. Antara ialah:

1. Bahasa Melayu (BM)
2. Bahasa Arab (BA)
3. Fizik (Fiz)
4. Biologi (Bio)
5. Kimia (Kim)
6. Pendidikan Syariah Islamiah (PSI)
7. Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah (PQS)
8. Sejarah (Sej)

Adakah BeDAK memerlukan sebarang bayaran?

Program BeDAK ialah satu program percuma untuk semua pelajar tanpa mengira latar belakang. Program ini diadakan khas untuk membantu para pelajar dalam mengingat fakta-fakta pelajaran yang agak sukar tanpa mementingkan keuntungan daripada segi wang.

Siapakah yang boleh menyertai program BeDAK ini?

Program ini terbuka sesiapa sahaja.

Pertamanya sekiranya anda ialah masih belajar di sekolah menengah, diharapkan program BeDAK akan dapat membantu anda membantu para pelajar untuk mengingat fakta-fakta yang berkaitan dengan pelajaran terutamanya berkaitan dengan subjek SPM dengan lebih mudah dan tepat.

Keduanya sekiranya anda telah menduduki peperiksaan SPM, diharapkan dengan penyertaan anda dalam program ini akan dapat membantu para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM dengan cara berkongsi apa-apa formula atau teknik untuk mengingati fakta-fakta pelajaran dengan lebih mudah.

Mudah-mudahan dengan penyertaan anda akan dapat bersama-sama membantu mereka yang bakal menduduki peperiksaan SPM agar mereka lebih berjaya dalam pelajaran.

Kesimpulannya:

Kepada semua pelajar di luar sana, marilah kita bersama-sama menyertai program ini. Mudah-mudahan dengan adanya program ini iaitu Belajar Dengan Akronim (BeDAK) akan dapat membantu para pelajar dan memang tidak dinafikan bahawa BeDAK bukanlah teknik belajar yang paling berkesan tetapi bagi sesetengah para pelajar, cara inidapat membantu mereka dalam pelajaran mereka.

Jadi, kepada sesiapa yang mempunyai formula untuk mengingat sesuatu fakta, anda dialu-alukan untuk berkongsi. Kepada sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan program BeDAK, terdapat 2 cara:

1. Melalui blog:

Anda bolehlah mengikuti blog saya ini iaitu di zmd94.wordpress.com. Anda boleh mengklik halaman ‘BeDAK’ di pengatas halaman blog saya. Di situ saya akan mengemaskini setiap formula yang berkaitan subjek-subjek yang terdapat dalam program BeDAK.

2. Melalui kumpulan di Facebook:

Anda juga boleh mengikuti perkembangan program ini dengan menyertai kumbulan BeDAK di Facebook. Klik di sini.

2 thoughts on “Pelancaran Program BeDAK (Belajar Dengan Akronim)

    1. Terima kasih atas sokongan anda. Diharapkan program ini akan dapat membantu para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM agar mereka dapat mengingat fakta-fakta yang berkaitan dengan subjek-subjek SPM dengan lebih mudah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s