Apakah Perbezaan antara Matrikulasi, Asasi atau Diploma?


Pertamanya, jemput ‘Like’ page blog ini di Facebook.

Selamat tahun 2015!

Jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan. Sebarang pertanyaan, anda boleh bertanya di ruangan komen di bawah.

Keputusan SPM telah diumumkan dan semua pelajar telah memperolehinya daripada sekolah masing-masing. Dalam beberapa hari ini, semua pelajar lepasan SPM yang berjaya sedang berkira-kira dan memikirkan hala tuju seterusnya dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ikuti serba sedikit maklumat yang berkaitan pemilihan pusat pengajian tinggi yang ditawarkan di Malaysia.

Matrikulasi KPM

Program Matrikulasi KPM terbahagi kepada dua iaitu Program Satu Tahun dan Program Dua Tahun dan mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun 2009. Sukatan pelajaran program matrikulasi lebih bersifat terbuka kerana hanya dibahagikan kepada empat jurusan umum ini.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah cuma RM 220 untuk jurusan Sains dan Teknikal dan RM 212 untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Semasa belajar di kolej matrikulasi, para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semestar.

Lulusan matrikulasi perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati. Mereka yang sederhana pula ada kemungkinan akan mendapat program pengajian yang tidak diminati atau biasa disebut ‘dilelong’.

Asasi IPTA

Program Asasi pula dikendalikan oleh universiti yang berkenaan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Program asasi terbahagi kepada beberapa jurusan yang khusus serta mengambil masa antara satu hingga dua tahun. Sukatan pelajaran program asasi lebih bersifat khusus kepada program pengajian peringkat ijazah yang dijuruskan untuk program asasi tersebut.

Umpamanya Universiti Malaya (UM) mempunyai 7 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Alam Bina, Asasi Pendidikan Islam, Asasi Syariah, Asasi Usuluddin dan Asasi Pengajian Islam Dengan Sains. Manakala Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mempunyai 15 program asasi iaitu Asasi Sains Hayat, Asasi Sains Fizikal, Asasi Sains Kesihatan Bersekutu, Asasi Kejururawatan, Asasi Farmasi, Asasi Pergigian, Asasi Perubatan, Asasi Sains Kemanusian, Asasi Bahasa Inggeris, Asasi Bahasa Arab, Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan, Asasi Seni Bina dan Reka Bentuk Alam Sekitar, Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer dan Asasi Undang-Undang.

Di samping itu universiti lain yang mempunyai program asasi adalah Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Walaupun begitu para pelajar asasi akan ditawarkan pembiayaan wang saku sebanyak RM 1,000 satu semester, yuran pengajian sebanyak RM 350 satu semester dan yuran penginapan sebanyak RM 300 satu semester.

Lulusan program Asasi UM dan Asasi UiTM masih perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah tetapi mereka akan diberi keutamaan untuk memasuki ke universiti program asasi mereka. Manakala lulusan program asasi yang lain akan diserapkan terus ke program peringkat ijazah universiti berkenaan jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Diploma IPTA

Program Diploma pula diurus dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Pilihan Anda

Ketiga-tiga program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Mereka yang mengikuti program asasi dan matrikulasi satu tahun merupakan antara jalan terpantas untuk memasuki universiti dan menamatkan program pengajian peringkat ijazah. Secara langsung mereka akan dapat mula bekerja lebih awal di usia yang muda.

Memandangkan program asasi dan matrikulasi mengambil masa yang singkat untuk ditamatkan maka mereka yang mengikuti program ini perlu melalui proses kehidupan dan pembelajaran yang mencabar. Banyak yang perlu dilakukan dalam masa yang begitu pendek dan perlu fokus serta mengekalkan prestasi pelajaran dari mula lagi.

Walaupun begitu segala susah payah ini akan dibalas dengan kepantasan memasuki program pengajian peringkat ijazah dan dunia kerjaya.

Secara umumnya program Matrikulasi KPM sesuai untuk mereka yang belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Manakala program Asasi pula sesuai untuk mereka yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.

Perbezaan yang paling ketara antara program asasi dan matrikulasi dengan program diploma adalah tempoh masa pengajian. Program diploma mengambil masa yang lebih panjang iaitu 3 tahun jadi proses pembelajaran tidaklah begitu ketat. Di samping itu pelajar diploma mempunyai lebih peluang untuk membaiki penurunan prestasi kerana ada 6 semestar berbanding 2 semestar untuk asasi dan matrikulasi setahun.

Namun kerana tempoh masa pembelajaran yang lebih lama maka lepasan diploma akan lewat memasuki pengajian peringkat ijazah dan akan lambat mula bekerja. Walaupun begitu ada universiti yang memberi pengecualian jam kredit kepada lulusan diploma dan ini boleh memendekkan sedikit tempoh masa pengajian.

Jemput ‘Like’ page blog ini di Facebook.

About these ads

355 thoughts on “Apakah Perbezaan antara Matrikulasi, Asasi atau Diploma?

  1. Saya ingin bertanya mengenai asasi sains kolej MARA. Sila bagi maklum balas segera. Yang manakah yang lebih bagus(pada pandangan anda)? Asasi IPTA, matrikulasi atau asasi sains kolej MARA? Jawapan anda sangat di nanti-nantikan.

    1. Pada mulanya terima kasih kerana bartanya. Pada pengetahuan saya, asasi sains kolej MARA terdapat di UiTM. Asasi Sains adalah program persediaan untuk menyediakan pelajar untuk masuk ke program ijazah Sains dan Teknologi di Institusi tempatan UiTM atau IPTA lain. Tempoh program ini adalah 2 semester dengan 50 kredit. Pelajar akan disediakan dengan latar belakang sains yang kukuh yang diperlukan untuk mengikuti program ijazah dalam kursus-kursus yang berkaitan.

      Setelah tamat program ini, anda mesti memperolehi PNGK sekurang-kurangnya 2.50 dan boleh mengikuti program ijazah di Fakulti Sains dan Teknologi yang berkaitan di UiTM seperti:

      1. Fakulti Sains Gunaan.
      2. Fakulti Sains Kesihatan.
      3. Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi.
      4. Fakulti Sains Komputer dan Matematik.
      5. Fakulti Perladangan dan Agroteknologi.
      6. Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur.

      Selain itu, anda juga boleh meneruskan kursus ijazah dalam bidang berikut:

      1. Fakulti Perubatan.
      2. Fakulti Pergigian.
      3. Fakulti Farmasi.

      Pada pendapat saya, yang manakah lebih bagus antara Asasi IPTA atau matrik? Kesemua program pengajian ini memang disasarkan kepada calon yang berbeza. Setiap satu program tersebut mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Jika anda belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti, jadi saya nasihatkan anda supaya memilik matrikulasi kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka. Sekiranya anda yang sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki, saya nasihatkan anda supaya memilih asasi IPTA kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.

      1. Maaf atas respons yang lambat. Ringkasnya, Sains Gunaan Diploma ataupun “Applied Science” merupakan bidang kursus yang sangat luas. Hal ini adalah kerana para pelajar yang mahu menyambung pelajaran dalam bidang tersebut akan mempelajari 3 subjek asas iaitu Biologi, Kimia dan Fizik. Namun, setelah tamat kursus tersebut, para pelajar boleh menyambung pelajaran dalam apa-apa bidang yang berkaitan Sains di peringkat ijazah seperti perubatan, farmasi, pergigian dan lain-lain.

      2. Salam, saya mahu bertanya? Apabila saya mengikuti program asasi dan diploma bagi pelajar lepasan SPM 2013, bolehkah saya memohon pinjaman MARA?

      3. Pinjaman atau tajaan MARA hanya akan diberikan kepada perlajar yang menyertai kursus pengajian yang telah ditetapkan sahaja. Hanya pelajar yang menyampung pengajian di institusi-institusi seperti di bawah akan diberikan tajaan:

        1. Institusi Pendidikan MARA (IPMa): KPTM, UniKL dan GMI.
        2. IPTS yang berdaftar dengan MARA.

        Syarat-syarat dan program yang ditaja adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa yang boleh diperolehi dari Bahagian Penganjuran Pelajaran MARA.

      1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Jawapannya adalah bergantung kepada bidang yang anda ingin ceburi, keputusan peperiksaan anda, tahap persediaan belajar anda dan pelbagai lagi.

    1. Para pelajar yang mengambil program asasi sama ada di UIAM, UM, UiTM, UPM, USIM dan UPNM berkemungkinan akan ditawarkan elaun sebanyak RM1000 untuk satu semester. Walau bagaimanapun, untuk pengesahan lanjut saya galakkan agar anda menghubungi pihak UIAM.

      Sekian, terima kasih.

  2. Salam. Boleh terangkan apakah itu pra diploma sains? Mana satu yang lebih baik antara pra diploma,diploma atau matrikulasi? Terima kasih. =)

    1. Terima kasih kerana bertanya. Mulanya, program Pra-Diploma Sains ialah satu program yang direkabentuk untuk melengkapkan para pelajar dengan konsep-konsep dan kemahiran sains dan matematik dan juga fasih dalam Bahasa Inggeris. Tempoh kursus ini adalah antara enam bulan sehingga dua belas bulan.

      Setelah tamat program ini, calon boleh melanjutkan pelajaran mereka dalam mana-mana program berasaskan teknologi diploma di UiTM yang ditawarkan oleh fakulti seperti Sains Gunaan, Kesihatan Bersekutu, Farmasi, Kejuruteraan, Senibina, Perancangan & Ukur, Teknologi Maklumat & Sains Kuantitatif dan Sains Sukan & Rekreasi.

      Pertanyaan anda mengenai antara Pra-Diploma dan Diploma, yang manakah lebih baik? Bolehlah anda layari laman web ini:

      https://zmd94.wordpress.com/2012/04/27/apakah-perbezaan-antara-pra-diploma-dan-diploma/

      Sekian, terima kasih.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Jika anda belum begitu pasti kursus apa yang ingin diikuti diperingkat ijazah nanti, jadi saya cadangkan agar anda memilih program Matrikulasi KPM kerana sukatan pelajarannya lebih terbuka . Manakala program Asasi pula sesuai sekiranya anda sudah pasti apakah kursus yang ingin diikuti diperingkat ijazah dan universiti yang ingin dimasuki kerana sukatan pelajaran asasi telah disusun mengikut kursus yang tertentu.

      Akhir kata, minatilah apa perkara yang bakal anda lakukan. Kemudian, barulah melakukan perkara yang anda minat.

  3. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya berkaitan program asasi. Jika kita lulus dengan cemerlang semasa program Asasi, adakah saya boleh memohon mana-mana biasiswa seperti MARA/JPA sebab setelah saya melayari internet kebanyakannya hanya untuk lepasan matrikulasi. So, how about asasi leavers? Thanks.

    1. Pelajar yang berada di bawah program Asasi juga boleh memohon biasiswa daripada MARA/JPA. Walau bagaimanapun anda mestilah mendapat sekurang-kurangnya CGPA 3.50 untuk melayakkan anda memohon biasiswa.

      Sekian, terima kasih.

  4. Salam. Jika saya ingin mengambil ijazah dalam bidang perubatan nanti, yang mana satukah patut saya pilih antara matrikulasi atau Asasi Sains?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya sama ada program Matrikulasi atau Asasi Sains di IPTA, kedua-duanya bagus. Apa yang penting ialah apakah syarat minimum yang membolehkan anda menyambung pelajaran anda di peringkat ijazah dalam bidang perubatan.

      Jadi, berikut ialah syarat-syaratnya:

      1. Gred B (3.00) dalam dua (2) mata pelajaran termasuk Biology / Physics / Engineering Physics dan Gred C (2.00) dalam satu (1) mata pelajaran lain.
      2. Lulus SPM/ Setaraf dengan kepujian dalam Matematik / Matematik Tambahan dan lulus dalam Bahasa Inggeris

      Semoga anda akan dapat membuat pilihan yang tepat.

  5. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya kalau di asasi sains, peperiksaan yang dihadapi macam mana? Boleh terangkan sama ada perlu membuat karangan atau soalannya berbentuk objektif atau mengikut format SPM? Mohon membantu, terima kasih.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan anda format peperiksaan di universiti adalah mengikut kehendak pensyarah. Pensyarah boleh membuat soalan yang berbentuk objektif atau subjektif.

      Sekian, terima kasih.

  6. Salam. Jika memilih untuk memasuki matrikulasi, apakah perbezaan modul 1, modul 2 & modul 3?

    1. Perbezaannya mungkin, modul 1 ialah sukatan pelajaran yang akan anda pelajari semasa di semester 1, modul 2 ialah sukatan pelajaran yang akan anda pelajari semasa di semester 2 & modul 3 ialah sukatan pelajaran yang akan anda pelajari semasa di semester 3.

      1. Maaf, saya pelajar matrikulasi dan saya ingin membetulkan kekeliruan. Modul-modul tersebut melambangkan apa yang kita ambil di matrikulasi sama ada Sains Tulen, Sains Hayat and Sains Fizik. Penerangannya adalah seperti berikut:

        1. Subjek modul 1 ialah Matematik, Biologi, Kimia & Fizik.
        2. Subjek modul 2 ialah Matematik, Kimia, Fizik & Sains Komputer.
        3. Subjek modul 3 pula ialah Matematik, Biologi, Kimia & Sains Komputer.

        Harap membantu. :)

  7. Saya ingin bertanya, saya meminati bidang pendidikan. Untuk pengetahuan saudara, saya telah mendapat tawaran daripada pihak UPSI dalam program Diploma Sains dan matrikulasi tetapi saya tidak tahu tawaran yang mana satukah patut saya terima? Please, I need your help!

    1. Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, sekiranya anda berminat untuk menjadi guru dengan kadar yang segera, anda bolehlah memilih Diploma Sains di UPSI kerana program tersebut mengambil masa selama 4 semester(2 tahun). Selepas itu anda boleh menjadi guru tetapi guru yang hanya bertaraf diploma. Untuk mendapatkan gaji yang lebih baik saya galakkan anda menyambung ke peringkat Ijazah setelah pengesahan jawatan sebagai guru dibuat(kemungkinan mengambil masa 3 tahun daripada tarikh anda mula mengajar).

      Selain itu, anda juga boleh memlilih program matrikulasi untuk menjadi guru. Caranya:
      1. Menamatkan program matrikulasi selama 1 tahun dengan jayanya.
      2. Kemudian, menyambung pelajaran di peringkat ijazah selama 4 tahun(bergantung kepada jenis program yang dipilih).
      3. Selepas tamat program Ijazah, anda mestilah memohon untuk mengikuti program KPLI selama 1 1/2 tahun (18 bulan).

      Sekian.

  8. Perlukah saya mengambil STPM jika ingin menyambung pelajaran dalam bidang pergigian? Thanks for the very useful information anyway :)

    1. Ya, anda boleh menyambung pelajaran di peringkat STPM sekiranya anda ingin berkerja dalam bidang pergigian dengan syarat anda memilih jurusan sains semasa di tingkatan 6 dan mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM.

  9. Sekiranya di matrikulasi, saya dimasukkan ke bahagian sains teknikal, jurusan apa yang boleh saya pilih di peringkat ijazah nanti?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan anda, sebagai seorang pelajar lepasan Sains Teknikal, anda boleh menyambung pelajaran anda di peringkat Ijazah dalam pelbagai jurusan.

      Bagi pengetahuan lanjut, saya galakkan agar anda melayari laman web yang berikut:

      1. http://www.unimap.edu.my/images/LA_SYARAT_MATRIK_20122013(2).pdf
      2. http://www.utem.edu.my/web2012/index.php?option=com_content&task=view&id=102&Itemid=165&lang=ms

      Mudah-mudahan, laman web yang saya berikan dapat membantu anda. Sekian.

  10. Assalamualaikum, saya ingin bertanya bolehkah lepasan asasi UIAM ingin memohon ke IPTA lain? Terdapat pihak yang mengatakan bahawa saya perlu mengambil diploma semula. Jadi, apakah penyelesaiannya? Sekarang saya baru 1st year degree di UIAM.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, tindakan yang patut anda lakukan ialah anda patut pergi ke bahagian Akademik atau berjumpa denga penolong pendaftar UIAM untuk mengetahui cara-cara yang betul untuk memohon pertukaran ke IPTA lain. Hal ini adalah kerana setiap universiti mungkin mempunyai prosedur yang berlainan apabila para pelajarnya ingin memohon pertukaran ke IPTA lain.

  11. Assalamualaikum, apakah perbezaan antara jurusan Sains Hayat/ Fizikal/ Perubatan? Program yang manakah lebih baik untuk mereka yang ingin mengambil ijazah dalam bidang perubatan? Kemudian, program manakah yang mempunyai lebih banyak peluang untuk belajar ke luar negara, Matrikulasi/Asasi/a-Level?

    1. Waalaikumussalam. Perbezaannya hanyalah daripada segi subjek yang akan diambil. Bagi Jurusan Sains Hayat, anda hanya akan mengambil mata pelajaran Biologi, Kimia dan Matematik (Sains) sepanjang pengajian di Program Matrikulasi. Bagi Jurusan Sains Fizikal pula, anda hanya akan mengambil subjek Fizik, Kima dan Matematik sepanjang pengajian mereka di dalam Program Matrikulasi.

      Sekiranya anda ingin mengambil ijazah dalam bidang perubatan, saya cadangakan anda memilih jurusan sains hayat.

      Anda patut memilih program a-Level, sekiranya mahu melanjutkan pelajaran ke luar negara.

  12. Assalamualaikum. Saya pelajar Asasi Sains Pertanian UPM 12/13. Saya bercita-cita ingin menceburi bidang perubatan di peringkat ijazah. Adakah saya layak mengambil ijazah di UKM? Jika tidak boleh disebabkan kekangan universiti asal, bolehkah saya memohon semula melalui UPU atau lain-lain? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Dukacita saya ingin maklumkan bahawa anda tidak boleh menyambung pelajaran peringkat ijazah di UKM disebabkan kekangan universi asal. Sekiranya anda tetap mahu menyambung pelajar di UKM, silalah berhubung dengan pihak hal ehwal pelajar UPM untuk berbincang mengenai masalah anda.

  13. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah perbezaan antara diploma pengajian sukan dengan diploma pengurusan sukan dan rekreasi? Mana satukah yang lebih bagus?

    1. Maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda. Sekiranya anda tidak lagi memerlukan jawapan ini, mudah-mudahan ia bermanfaat kepada orang lain. ;)

      Bagi pengetahuan anda, saya pun kurang pasti mengenai perbezaan antara kedua-dua jenis program tersebut. Setelah membaca beberapa artikel berkaitan, saya mendapati kemungkinan perbezaannya hanyalah pada nama sahaja. Jika salah, sila koreksikan.

      Apapun sila layari laman web berikut:

      1. http://sports.uitm.edu.my/v1/
      2. http://www.universitycollegeshahputra.edu.my/courses/uitm/sport-studies

  14. Saya ingin bertanya bolehkah seseorang pelajar memohon matrikulasi dan asasi sains UiTM sekali gus? Tetapi pada program matrikulasi saya memohon aliran perakaunan. Selain itu, adakah permohonan UPU akan ditolak, jika permohonan matrikulasi diterima?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan saudara, anda bebas untuk mengisi mana-mana bahagian pada borang permohonan program matrikulasi. Selain itu, anda juga bebas untuk mengisi sama ada borang permohonan UPU atau matrikulasi. Apabila keputusan UPU & matrikulasi, anda berkemungkinan akan mendapat tawaran daripada kedua-dua program.

      Kenyataan yang mengatakan bahawa sekiranya kita sudah berjaya mendapat tawaran daripada salah satu program tersebut, maka permohonan kita untuk tawaran yang satu lagi akan ditolak adalah satu kenyataan yang tidak tepat.

      Sekian.

    1. Maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda. Sekiranya anda tidak lagi memerlukan jawapan ini, mudah-mudahan ia bermanfaat kepada orang lain. ;)

      Secara ringkasnya, apa yang saya boleh kongsikan adalah program-program yang ditawarkan di IPTS juga berkualiti. Namun anda perlu memastikan bahawa program yang ditawarkan tersebut telah mendapat pengiktirafan oleh Agensi Kelayakan Malaysia.

      Bagi melihat senarai IPTS yang mempunyai program yang telah mendapat pengiktirafan, sila layari laman yang berikut:

      http://www.mqa.gov.my/mqr/akrbyipts.cfm

  15. Salam. Saya ingin bertanya, bolehkah jika saya ingin memohon pertukaran univeersiti? Sekarang saya sedang belajar di UMS dan saya ingin memohon pertukaran ke UiTM.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, tindakan yang patut anda lakukan ialah anda patut pergi ke bahagian Akademik atau berjumpa denga penolong pendaftar UMS untuk mengetahui cara-cara yang betul untuk memohon pertukaran ke IPTA lain. Hal ini adalah kerana setiap universiti mungkin mempunyai prosedur yang berlainan apabila para pelajarnya ingin memohon pertukaran ke IPTA lain.

  16. Assalamualaikum. Saya ingin mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai Petroleum Geosains. Saya sukar mencari maklumat mengenainya di internet. Boleh saudara tolong cadangkan beberapa laman web yang berkaitan? Terima kasih.

      1. Waalaikumussalam. Setakat pengetahuan saya, anda tidak boleh menggunakan keputusan asasi di IPTS untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah di mana-mana IPTA.

  17. Assalamualaikumussalam. Boleh tolong kongsikan mengenai jurusan perundangan, mana satukah universiti Malaysia yang terbaik dalam bidang perundangan dan bagaimanakah cara pelajar yang mengambil matapelajaran sains agama ingin mengambil jurusan perundangan? Terima kasih.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, memandangkan anda sudah mempunyai asas bahasa Arab kerana anda ialah pelajar Sains Agama, saya cadangkan anda mengambil jurusan perundangan syariah di USIM. Walau bagaimanapun sekiranya anda berminat untuk mengambil jurusan perundangan sivil anda boleh memilih UM atau UiTM.

      Untuk maklumat lanjut, silalah membaca artikel di bawah:
      1. UM: http://www.malaysianbar.org.my/index.php?option=com_docman&task=doc_view&gid=3696
      2. UiTM: http://law.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=50:pi007-asasi-law-programme-mohe&catid=49:asasi-programmes&Itemid=64
      3. UiTM: http://law.uitm.edu.my/index.php?option=com_content&view=article&id=49:pi005-asasi-law-programme-uitm&catid=49:asasi-programmes&Itemid=64
      4. USIM: http://www.usim.edu.my/usimweb/index.php?option=com_content&view=article&id=88&Itemid=148

      Sekiranya anda masih kurang faham, silalah bertanya semula kepada saya.

  18. Salam. Jika kita mengambil program matrikulasi aliran perakaunan, apakah bidang yanng sesuai semasa kita ingin menyambung pelajaran di peringkat ijazah? Pada pendapat saudara, antara program matrikulasi dengan program asasi, yang mana satukah lebih bagus? Terima kasih.

  19. Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Bolehkah anda menerangkan dengan lebih lanjut mengenai asasi Sains di UM. Saya merupakan pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini.

  20. Assalamualaikum. Saya pelajar aliran sains tulen and bakal mengambil SPM pada tahun ini. Saya ingin mengetahui, jika saya berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang pergigian, antara Tingkatan 6 & program asasi, yang manakah lebih baik? Kemudian,apakah jenis kursus yang perlu dipilih? Apakah perbezaan program diploma & asasi? Apakah syarat kelayakan and kos pembelajaran? Bagaimanakah keadaan pembelajaran di matrikulasi? Senang atau sukar?

      1. Saya bukan pengaju soalan, tapi saya juga sedang mengalami masalah tersebut. Mohon pencerahan

  21. Assalamualaikum. Adakah pengajaran subjek-subjek bagi diploma pentadbiran awam di UiTM menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya? Apakah subjek-subjek yang terdapat dalam diploma pentadbiran awam? Bagaimana pula dengan diploma pengajian sukan di UiTM, adakah semua subjek diajar dalam bahasa Inggeris?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan anda, pengajaran subjek-subjek bagi diploma pentadbiran awam (DPA) & diploma pengajian sukan (DPS) adalah dalam bahasa Inggeris.

      Secara ringkasnya, subjek-subjek yang akan dipelajari dalam kursus diplima pentadbiran awam (DPA) merangkumi aspek teori kerajaan dan pentadbiran, struktur dan operasi kerajaan serta kaedah pentadbiran dan pengurusan. Kursus ini juga mencakupi bidang-bidang lain seperti ekonomi, perakaunan, undang-undang, perhubungan perusahaan dan statistik/matematik perniagaan. Di samping itu, pelajar-pelajar juga dikehendaki mengambil beberapa mata pelajaran Bahasa Inggeris bagi membantu meningkatkan kemahiran mereka dalam bahasa tersebut. Pendedahan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam membantu menambah kefahaman mereka mengenai Pengetahuan Islam.

      1. Apakah subjek-subjek yang akan kita pelajari dalam diploma pengajian sukan di UITM? Terima kasih.

  22. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, jika kita sudah tamat mengikuti program diploma, kita sudah boleh bekerja? Adakah dijamin kita akan bekerja mengikut kos yang kita mohon? Apakah kelulusan minimum untuk diterima bekerja? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Ya, selepas tamat mengikuti program diploma, anda sudah boleh bekerja. Walau bagaimanapun, anda perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan kerana tidak semestinya kerja yang akan kita perolehi mengikut kos yang kita mohon. Keputusannya bergantung kepada tahap kelulusan diploma anda. Pihak majikan akan menentukan, jenis pekerjaan yang sesuai untuk anda. Walaupun begitu, terus berusaha. Anda pasti akan berjaya.

      Secara umumnya kelulusan minimum untuk diterima bekerja ialah anda mesti lulus dalam pengajian diploma anda dan mendapat kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. Syarat-syarat lain adalah bergantung kepada pihak yang ingin memberikan pekerjaan tersebut.

  23. Assalamualaikum. Saya pelajar Asasi Alam Bina UM. Saya ingin bertanya, bolehkah saya memohon untuk bertukar ke IPTA lain? Sekarang sudah semester 2.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, tindakan yang patut anda lakukan ialah anda patut pergi ke bahagian Akademik atau berjumpa dengan penolong pendaftar UM untuk mengetahui cara-cara yang betul untuk memohon pertukaran ke IPTA lain. Hal ini adalah kerana setiap universiti mungkin mempunyai prosedur yang berlainan apabila para pelajarnya ingin memohon pertukaran ke IPTA lain.

  24. Assalamualaikum, saya ingin bertanya mengenai apakah sebenarnya yang dtawarkan dalam program matrikulasi & asasi sains? Adakah sijil atau diploma? Saya sebenarnya masih keliru dengan perjalanan pendidikan selepas SPM. Boleh anda terangkan?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan anda, program matrikulasi & asasi sains adalah sebagai satu persediaan untuk kita melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Para pelajar yang tamat mengikuti program matrikulasi & asasi sains masih belum boleh bekerja kerana sijil yang mereka perolehi tidak membolehkan mereka berbuat demikian. Sijil yang mereka perolehi hanyalah untuk membolehkan mereka menyambung pelajaran di peringkat ijazah.

  25. Assalamualaikum. Saya lepasan SPM, masih menunggu keputusan diumumkan. Saya amat berminat untuk menjadi guru TESL tetapi saya keliru sama ada ingin mengikuti program asasi TESL atau diploma pengajian BI. Boleh terangkan kepada saya?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan anda, sama ada mengikuti program asasi TESL atau diploma pengajian BI, anda tetap boleh bekerja sebagai berikut:

      1. ESL instrutor.
      2. Penulis karya kreatif.
      3. Pembaca pruf.
      4. Eksekutif korporat.

      3 perbezaan ketara antara program asasi dan diploma ialah tempoh masa pengajian & sukatan pelajaran. Bagi program diploma, tempoh masa pengajian ialah minimum selama 3 tahun (6 semester) & sukatan pelajarannya tidak terlalu padat dalam setiap semester. Walau bagaimanapun, bagi program asasi, tempoh masa pengajian ialah hanya selama 1 tahun (2 semester) & sukatan pelajarannya lebih padat.

      Perbezaan yang terakhir ialah para pelajar yang tamat mengikuti program asasi masih belum boleh bekerja kerana sijil yang mereka perolehi tidak membolehkan mereka berbuat demikian. Sijil yang mereka perolehi hanyalah untuk membolehkan mereka menyambung pelajaran di peringkat ijazah. Walau bagaimanapun, para pelajar yang telah tamat mengikuti program diploma boleh terus memohon untuk bekerja.

      1. Salam. Saya ingin bertanya jika permohanan saya di UiTM tidak berjaya, adakah UniSel merupakan salah sebuah intitusi diiktiraf oleh kementerian? Intitusi mana yang menawarkan diploma untuk TESL?

  26. Salam. Saya ingin bertanya. Saya merupakan pelajar aliran sains tulen tetapi saya sangat berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang akaun sedangkan saya tiada ilmu asas dalam bidang tersebut. Jadi apakah program yang patut saya ikuti selepas keputusan SPM diumumkan nanti? Antara matrikulasi & asasi manakah yang lebih baik bagi saya?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Pada pandangan saya, sekiranya anda benar-benar minat dalam bidang perakaunan, ketiadaan ilmu asas dalam bidang ini tidak boleh menjadi penghalang. Walau bagaimanapun, anda mesti berusaha dengan gigih untuk memahami dan menguasai ilmu asas dalam bidang perakaunan. Ikutilah mana-mana program perakaunan yang ditawarkan dalam UPU. Akhirnya, antara program matrikulasi & asasi mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Buatlah pilihan yang tepat.

  27. Assalamualaikum. Saya ingin mengetahui seandainya saya mendapat pointer 3.59 dalam matrikulasi, adakah saya layak untuk menjadi pensyarah?

    1. Maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda. Sekiranya anda tidak lagi memerlukan jawapan ini, mudah-mudahan ia bermanfaat kepada orang lain. ;)

      Sekiranya anda mahu menjadi pensyarah di universiti, sila menghubungi pihak universiti tersebut. Jawapan ini mungkin tidak menepati pertanyaan anda. Jadi, sekiranya anda mahu memberikan penerangan lanjut, saya amat alu-alukan.

  28. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, untuk mencapai cita-cita sebagai doktor, adakah saya lebih sesuai untuk menyambung pelajaran di pusat matrikulasi atau tingkatan 6 atau asasi? Hal ini adalah kerana saya ingin memilih yang lebih rendah kosnya. Jawapan anda sangat dinanti-nantikan. Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, sekiranya anda ingin menjadi doktor, saya galakkan anda memilih untuk menyambung pelajaran anda sama ada di pusat matrikulasi atau asasi. Daripada segi kos, kedua-duanya memerlukan wang yang agak banyak. Namun, anda tidak perlu risau. Wang kemasukan yang paling maksimun ialah RM1500(tertakluk kepada perubahan semasa). Walau bagaimanapun, saya amat menggalakkan anda memilih program asasi berbanding matrikulasi. Hal ini adalah kerana anda akan mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk melanjutan pelajaran di IPTA. Sekian.

  29. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran pada Januari tahun hadapan (praSPM MRSM) tetapi saya berasa rugi jika menerima tawaran tersebut kerana saya mendapat tawaran untuk diploma. Saya tidak berapa faham kerana terdapat mereka yang mengatakan kalau kita mengambil diploma maka kita akan mengambil ijazah hanya 2 tahun manakala jika kita mengambil asasi, kita perlu mengambil ijazah selama 4 tahun. Minta penjelasan.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Tempoh masa untuk anda mengambil ijazah sebenarnya bergantung juga kepada jenis bidang yang anda pilih. Sekiranya anda memilih bidang perubatan, tempoh pengajian anda ialah melebihi 4 tahun. Bagi mereka yang menyambung ijazah selepas mengambil diploma, tempoh pengajian ijazah mereka bergantung kepada keputusan diploma mereka. Sekiranya mereka berjaya memperolehi keputusan yang memenuhi kriteria-kriteria yang membolehkan mereka menyambung ijazah untuk masa yang singkat, maka tempoh pengajian ijazah mereka akan menjadi lebih singkat. Walau bagaimanapun, jika keputusan diploma mereka adalah sebaliknya, maka tempoh pengajian ijazah mereka ialah seperti biasa.

  30. Assalamualaikum. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang doktor. Saya bercadang memohon program asasi. Mana satukah lebih baik sama ada asasi perubatan di UIAM atau asasi sains hayat di UM? Jika di peringkat ijazah, bolehkah saya menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di UKM atau USM? Atau lebih baik saya mengambil STAM tahun hadapan selama setahun dan memohon melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di Mesir atau Jordan?

    1. Ya. Hal ini adalah kerana apabila anda memasuki program asasi di UIAM, anda diwajibkan mengikuti Kursus Wajib Universiti iaitu:
      (a) Bahasa Inggeris
      (b) Bahasa Arab
      (c) Pengajian Islam

  31. Assalamualaikum. Jika kita gagal untuk mendapatkan gred yang diperlukan dalam program asasi bagi diterima ke jurusan yang kita minati, adakah kita terpaksa memulakan pengajian itu semula? Hal ini adalah kerana saya minat bidang pergigian.

    1. Waalaikumussalam. Jika kita gagal mendapatkan gred yang diperlukan bagi diterima ke jurusan yang kita minati, kita tidak boleh memulakan pengajian program asasi semula. Anda hanya akan diberi pilihan untuk memilih atau ditawarkan kursus-kursus yang hanya bersesuaian dengan keputusan anda. Sekiranya anda betul-betul minat bidang pergigian, anda mestilah belajar bersungguh untuk memperolehi keputusan yang cemerlang dalam program asasi.

  32. Salam. Terdapat segelintir yang berpendapat bahawa program asasi perakaunan hanya terdapat di UIA sahaja. Betulkah maklumat yang saya perolehi ini?

    1. Maafkan saya. Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, hanya USIM yang menawarkan program asasi perakaunan (Tamhidi Perakaunan & Muamalat). IPTA lain hanya menawarkan diploma perakaunan iaitu UniSZA & UiTM.

  33. Bolehkah anda terangkan mengenai tentang UTP? Bandingkan dengan matrikulasi dan asasi yang lain. Saya telah mendapat tawaran asas kejuruteraan dan akan mendaftar pada bulan Januari.

  34. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Saya berminat menjadi guru tetapi saya tidak mengetahui ke mana saya harus pergi untuk melanjutkan pelajaran. UPSI, matrikulasi atau IPG? Yang mana satukah lebih baik?

    1. Waalaikumussalam. Pada pendapat saya, sekiranya anda betul-betul berminat untuk menjadi guru, saya cadangkan agar anda memilih untuk ke IPG. Hal ini adalah kerana sistem pembelajaran di IPG adalah berbeza dengan IPTA yang lain walaupun IPTA tersebut menawarkan bidang perguruan. Di IPG, akan terdapat program kokurikulum, Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS), program Bina Insan Guru (BIG) dan banyak lagi.

      1. Permohonan Maktab Perguan Lepasan SPM atau dikenali sebagai KPLSPM 2013 hanya terbuka kepada pelajar cemerlang sahaja. Pelajar yang berjaya dengan cemerlang menduduki ujian M-Test akan ditawarkan KPLSPM sesi 2013. Ujian M Test bertujuan untuk menilai personaliti calon dan minat calon dalam profession perguruan.

        Oleh itu, calon tidak perlu memohon sebaliknya perlu menunggu tawaran maktab perguruan dari pihak kementerian pelajaran Malaysia.

        Pengambilan KPLSPM bagi semua pelajar lepasan SPM berdasarkan ujian M-Test diakhir peperiksaan. Apabila keputusan peperiksaan SPM keluar, kursus ini akan ditawarkan kepada 30 peratus pelajar yang memperoleh keputusan terbaik. Pelajar juga diberi peluang untuk menerima atau menolak tawaran yang diberikan nanti.

        Calon yang layak akan dipanggil untuk temuduga kursus yang telah ditawarkan.

        Ya, IPG akan mengeluarkan guru yang akan mengajar di sekolah rendah.

  35. Salam, jika saya mahu menjadi pereka dalaman, perlukah saya mengambil subjek fizik, kimia & lukisan kejuruteraan? Bolehkah sekiranya saya hanya mengambil aliran akaun untuk menjadi pereka dalaman? Subjek apakah yang perlu diambil sekiranya saya mahu menjadi pereka hiasan?

    1. Sekiranya anda ingin menyambung pelajaran selepas SPM dalam bidang hiasan dalaman di UiTM, anda perlu mendapat kepujian(C) dalam mata pelajaran berikut:
      1. Matematik / Matematik Tambahan
      2. Fizik / Kimia / Sains Tambahan / Sains / Sains Gunaan
      Lulus Bahasa Inggeris

      Sekiranya anda ingin menyambung pelajaran di KKTM Rembau dalam bidang hiasan dalaman, anda perlu lulus SPM dengan tiga (3) Kepujian subjek berikut:
      1. Bahasa Melayu
      2. Pendidikan Seni / Seni Visual / Lukisan Kejuruteraan
      3. Mana-mana satu (1) subjek lain dalam kumpulan Teknologi/Vokasional/Kemanusiaan
      Lulus Bahasa Inggeris

      Semua syarat yang saya nyatakan adalah bagi kursus diploma rekabentuk dalaman. Kursus ini mengambil masa selama 3 tahun (6 semester).

  36. Assalamualaikum. Saya lepasan SPM 2012. Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam asasi sains hayat. Kursus apakah yang patut saya ambil untuk menjadi pakar pemakanan selepas program asasi? Jika saya melanjutkan pelajaran di matrikulasi, bolehkah saya menjadi pakar pemakanan?

    1. Waalaikumussalam. Anda tetap boleh menjadi pakar pemakanan walaupun anda melanjutkan pelajaran di matrikulasi.

      Sekiranya anda ingin menjadi pakar pemakanan, anda boleh mengikuti kursus Ijazah Sarjana Muda Pemakanan & Dietetik (Kepujian) di UiTM. Syarat-syarat kursus bagi lepasan matrikulasi:
      1. Gred B (3.00) dalam dua (2) mata pelajaran Biology dan Chemistry
      2. Gred C (2.00) dalam satu (1) mata pelajaran lain
      Lulus SPM / Setaraf dengan kepujian dalam Matematik / Matematik Tambahan & lulus dalam Bahasa Inggeris

      Tempoh pengajian bagi kursus ini ialah selama 8 semester (4 tahun).

      Ataupun anda boleh mengikuti kursus Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Pengurusan Perkhidmatan Makanan) di UiTM. Syarat-syarat kursus bagi lepasan matrikulasi:
      1. Gred B- (2.67 ) dalam satu (1) mata pelajaran
      2. Gred C (2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
      Lulus SPM / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Inggeris dan Matematik / Matematik Tambahan dan lulus Kimia / Biologi / Sains / Sains Tambahan

      Tempoh pengajian bagi kursus ini ialah selama 6 semester (3 tahun).

  37. Salam. Kerja kursus yang perlu dibuat oleh pelajar yang mengambil asasi adakah sukar dan rumit? Apakah kesannya jika gagal dalam bahagian itu?

    1. Kerja kursus yang diberikan tidak terlalu rumit dan sukar.Kerja tersebut bersesuaian dengan tahap kita sebagai pelajar asasi. Walau bagaimanapun, semasa menyiapkan kerja kursus, sentiasalah berhubung dengan pensyarah sekiranya terdapat sebarang kemusyikalan. Sekiranya anda gagal dalam kerja kursus, keputusan keseluruhan bagi subjek yang anda gagal kerja kursus akan terjejas.

  38. Assalamualaikum. Jika kita masih tidak mahir dan fasih dalam bahasa Inggeris, adakah bahaya dan berisiko tinggi untuk melanjutkan ke asasi?

    1. Waalaikumussalam. Dunia pada hari ini memang memerlukan kita untuk mengetahui bahasa Inggeris. Sekiranya anda masih kurang mahir, saya nasihatkan anda supaya menambah lagi kosa kata dalam bahasa Inggeris. Hal ini adalah kerana kebanyakan pengajaran subjek dalam program asasi adalah dalam bahasa Inggeris.

  39. Salam, apakah perbezaan antara jurusan matrikulasi sains hayat dan sains fizikal. Jika saya lemah dalam subjek biologi, perlukah saya memilih sains fizikal? Saya berminat menjadi ahli matematik. Jadi, apakah jurusan yang perlu saya pilih di peringkat ijazah nanti? Terima kasih.

    1. Perbezaannya hanyalah daripada segi subjek yang akan diambil. Bagi Jurusan Sains Hayat, anda hanya akan mengambil mata pelajaran Biologi, Kimia dan Matematik (Sains) sepanjang pengajian di Program Matrikulasi. Bagi Jurusan Sains Fizikal pula, anda hanya akan mengambil subjek Fizik, Kima dan Matematik sepanjang pengajian mereka di dalam Program Matrikulasi.

      Pada pendapat saya, sekiranya anda lemah dalam subjek biologi, anda patut memilih jurusan sains fizikal.

      Selepas program matrikulasi, anda bolehlah menyambung pelajaran dalam apa-apa bidang yang berkaitan dengan matematik. Contohnya, Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik Aktuari & Kewangan) di UM, Sarjana Muda Pendidikan (Matematik) di UPSI & lain-lain.

  40. Terima kasih. Berapakah keseluruhan masa yang akan saya gunakan untuk mengikuti kursus diploma & ijazah dalam bidang hiasan dalaman?

  41. Saya pelajar lepasan SPM 2012. Saya sangat berminat dengan asasi kejururawatan. Apakah cara untuk memohon, syarat kelayakan & adakah UiAM sahaja yang menawarkan program ini?

    1. Dukacita saya ingin maklumkan bahawa program asasi kejururawatan hanya ditawarkan di UiAM. Sekiranya anda kurang berminat untuk belajar di UiAM, anda bolehlah melanjutkan pelajaran di UniSZA (Diploma Sains Kejururawatan) atau di UiTM (Diploma Kejururawatan).

  42. Salam. Benarkah jika kita sudah menamatkan program Asasi Sains Fizikal di UIAM, kita hanya boleh memilih untuk menyambung peringkat ijazah dalam bidang sains & matematik sahaja?

    1. Dukacita saya maklumkan bahawa anda hanya boleh menyambung pengajian dalam bidang sains & matematik selepas anda menamatkan program asasi sains fizikal di UIAM. Secara automatiknya selepas anda menamatkan program asasi sains fizikal di UIAM, anda akan ditawarkan untuk menyambung pengajian anda dalam program Sarjana Muda Sains Matematik (Kepujian) di UIAM.

  43. Saya tidak paham mengenai program asasi pintar yang ditawarkan di UKM. Boleh saudara terangkan, adakah program Asasi Pintar itu sesuai untuk saya meneruskan dalam bidang perubatan?

    1. Program Asasi Pintar UKM merupakan program pra-siswazah yang mengambil masa 1 tahun sahaja. Program ini menggunakan khidmat tenaga pengajar pakar daripada UKM sendiri. Bidang pengajian adalah lebih tertumpu kepada bidang Sains, Teknologi & Matematik. Pelajar sekurang-kurangnya perlu mengambil sejumlah 40 jam kredit kursus. Pelajar yang berjaya menamatkan program asasi pintar dan mencapai tahap kecemerlangan yang ditetapkan oleh UKM akan diterima masuk ke pelbagai fakulti di UKM. Salah satunya fakulti perubatan.

  44. Assalammualaikum. Saya ingin bertanya, saya daripada sekolah menengah kebangsaan harian biasa dan tidak mengambil subjek bahasa Arab, adakah saya layak memohon USIM ataupun UIAM ? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Dukacita saya ingin maklumkan bahawa salah satu syarat kemasukan ke USIM ialah anda mestilah mendapat gred C dalam subjek Bahasa Arab Tinggi/ Komunikasi dalam SPM. Jadi, memandangkan anda tidak mengambil subjek bahasa Arab, maka anda tidak layak untuk melanjutkan pelajaran di USIM.

      Bagi kemasukan ke UIAM pula, salah satu syaratnya ialah anda mestilah memperolehi gred C+ dalam salah satu (1) mata pelajaran berikut:
      1. Pendidikan Islam
      2. Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah
      3. Pendidikan Syari’ah Islamiah

  45. Salam. Anak saya bercita-cita untuk menjadi doktor gigi. Dia selalu menyatakan bahawa dia ingin melanjutkan pelajaran di universiti di UK seperti di Dundee dan Belfast. Apakah kriteria kelayakan untuk memasuki bidang pergigian di universiti di UK untuk pelajar-pelajar dari Malaysia? Berapakah anggaran kos pembelajaran dalam setahun?

  46. Salam. Saya bercadang untuk memilih diploma seni bina. Jadi, IPT manakah yang menawarkankan bidang ini? Adakal UniKL menawarkan bidang ini?

    1. Saya cadangkan anda melanjutkan pelajaran di UiTM bagi bidang diploma seni bina. Dukacita saya maklumkan bahawa UniKL tidak menawarkan bidang diploma seni bina.

  47. Salam. Saya pelajar lepasan SPM 2012. Saya amat berminat untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dalam bidang kejuruteraan. Jadi, boleh senaraikan biasiswa yang sesuai?

      1. Walau bagaimanapun, pihak JPA sudah tidak lagi menaja pelajar lepasan SPM. Jadi, adakah saya perlu melanjutkan pelajaran ke program matrikulasi dahulu?

      2. Silalah sentiasa melayari laman web rasmi pihak JPA untuk melihat sebarang perkembangan mengenai biasiswa yang bakal ditawarkan.

  48. Sekiranya saya mahu mengambil ijazah kejuruteraan elektrik di UTM, kursus asasi/matrikulasi yang mana satukah perlu saya pilih?

    1. Setakat maklumat yang saya perolehi pihak UTM tidak menawarkan program ijazah kejuruteraan elektrik. Walau bagaimanapun, sekiranya anda masih berminat untuk belajar di UTM, anda masih boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma kejuruteraan elektrik di UTM melalui UPU.

  49. Salam. Boleh tolong terangkan mengenai program Sains Kesihatan, Sains Hayat dan Sains Perubatan? Apakah kerjaya yang boleh saya ceburi selepas menamatkan pengajian dalam bidang yang dinyatakan?

  50. Salam. Saya pernah terdengar bahawa kerja kursus yg dijalankan semasa program asasi/matrikulasi adalah di luar bidang yang dipelajari. Contohnya bidang perubatan, kerja kursus yang perlu dijalankan berkaitan patriotisme di kalangan pelajar. Adakah pernyataan ini benar?

  51. Salam. Antara diploma dengan asasi untuk bidang kejuruteraan, mana satukah yang lebih baik? UTM terkenal dengan bidang kejuruteraan, tetapi tidak menawarkan program aasi, hanya diploma. Jadi, antara UIA & UM yang menawarkan program asasi, yang mana satukah lebih baik?

    1. Pada pendapat saya, program asasi adalah lebih baik daripada program diploma sekiranya anda mahu mendapatkan ijazah dalam bidang kejuruteraan. Hal ini adalah kerana sekiranya anda memilih program diploma, anda perlu menghabiskan masa selama lebih kurang 4 tahun kemudian 3 tahun lagi untuk program ijazah. Sebaliknya, jika program asasi, anda hanya mengambil masa 1 tahun & 4 tahun untuk program ijazah (tertakluk kepada perubahan semasa).

      Kedua-dua universiti, UIAM & UM mempunyai kelebihan & kekurangan masing-masing. Walau bagaimanapun, sekiranya anda daripada sekolah yang mengambil subjek agama seperti pendidikan Islam, pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan pendidikan Syari’ah Islamiah, saya nasihatkan anda supaya memilih UIAM. Hal ini adalah kerana salah satu syarat untuk memasuki program asasi di UIAM ialah anda mestilah sekurang-kurangnya mendapat gred C+ bagi salah satu daripada subjek agama yang telah saya nyatakan. Tujuannya adalah supaya peluang anda untuk memasuki program asasi lebih cerah kerana anda tidak perlu bersaing degan pelajar yang tidak mengambil subjek agama dalam SPM.

  52. Asalamualaikum. Saya merupakan pelajar lulusan SPM jurusan sastera tahun 2011. Adakah saya masih layak memohon untuk ke universiti? Dalam semua matapelajaran, 1 sahaja matapelajaran yang tidak kredit, yang lain semuanya cemerlang. Adakah saya masih boleh diterima masuk?

    1. Waalaikumussalam. Ya, anda masih lagi layak untuk memohon kemasukan ke universiti asalkan anda memenuhi syarat am universiti (lulus peperiksaan SPM atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu) & syarat khas program (bergantung kepada program yang anda pilih).

  53. Salam. Saya berminat untuk mengambil asasi dalam perakaunan, tetapi asasi perakaunan hanya terdapat di UIA atau USIM sahaja. Saya tidak berminat dengan bahasa arab tetapi di universiti trsebut diwajibkan untuk mengambil bahasa arab. Jadi, macam mana? Boleh berikan pandangan?

  54. Salam. Saya pelajar SPM 2012 aliran sains tulen tetapi saya berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina. Walau bagaimanapun, saya tidak mengambil subjek seni sebagai mata pelajaran tambahan. Adakah saya masih layak untuk memohon?

    1. Ya, anda masih layak memohon sekiranya anda memenuhi syarat-syaratnya iaitu mendapat gred B dalam 3 mata pelajaran:

      1. Physics/ Chemistry/ Additional Science/ Science.
      2. Mathematics/ Additional Mathematics.
      3. Geografi/ Sejarah/ Pendidikan Seni Visual/ Lukisan Kejuruteraan/ Reka Cipta/ Perdagangan/ Ekonomi Asas.

      Selain itu, anda juga mestilah sekurang-kurannya mendapat kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran bahasa Inggeris dan tidak buta/ buta warna. Walau bagaimanapun, anda hanya akan dapat meneruskan pelajaran dalam bidang ini sekiranya anda lulus ujian khas lukisan dan ujian buta warna dalam temuduga yang dikendalikan oleh Fakulti.

  55. Saya ingin mengetahui universiti manakah yang sesuai untuk melanjutkan pelajaran dalam kos bahasa? Bolehkah saya memohon kurusus tersebut sekiranya mendapat pointer 2.7 di peringkat matrikulasi? Ataupun saya perlu mengambil kos lain? Boleh beri pandangan. Terima kasih.

  56. Salam. Sekiranya saya ingin mengambil ijazah pendidikan Sains Matematik. Program manakah antara diploma, matrikulasi atau asasi yang sepatutnya saya pilih?

  57. Salam. Saya ingin bertanya, antara USIM dan UIAM, yang mana satukah universiti yang lebih bagus untuk saya mengambil bidang kesusasteraan Arab? Terima kasih.

  58. Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam asasi Sains dan Teknolgi di UniKL. Saya ingin bertanya sekirannya saya tidak mengambil subjek biologi, bolehkah saya menyambung pelajaran dalam ijazah perubatan? Adakah permohonan untuk ke asasi ini susah? Sekian. Terima kasih.

  59. Salam. Apakah laluan yang sesuai untuk lepasan SPM yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang tetapi mahu meneruskan pengajian dalam bidang perubatan?

    1. Anda boleh melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 dalam aliran sains. Kemudian lulus dengan cemerlang dalam STPM. Insya-Allah, anda akan dapat mencapai cita-cita anda.

      1. Terima kasih. Walau bagaimanapun, sekiranya saya mengambil program Diploma Sains, adakah saya boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan?

      2. Maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda.

        Bagi persoalan anda jawapannya ialah anda masih berpeluang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. ;)

  60. Salam. Saya ingin bertanya. Saya merupakan pelajar aliran sains kejuruteraan tetapi saya sangat berminat untuk menyambung pelajaran dalam bidang seni bina dalaman dan minat saya lebih ke arah seni. Walau bagaimanapun saya tiada ilmu asas dalam bidang tersebut. Apakah syarat kemasukan IPTA bagi diploma seni bina dalaman?

    1. Syarat-syaratnya ialah mesti memenuhi SYARAT AM UNIVERSITI dengan sekurang-kurangnya mendapat kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran:
      1. Mathematics / Additional Mathematics
      2. Physics / Chemistry / Additional Science / Science / Applied Science

      Selain itu anda mestilah sekurang-kurangnya lulus (Gred E) dalam bahasa Inggeris. Anda juga perlu lulus ujian khas lukisan dan ujian buta warna dalam temu duga yang dikendalikan oleh Fakulti.

  61. Salam, boleh senaraikan contoh kerjaya jika saya memilih bidang perdagangan? Sekiranya saya memilih bidang perdagangan, adakah saya boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang reka hiasan dalaman apabila saya memohon untuk memasuki UiTM atau mana-mana universiti?

  62. Assalamulaikum. Bagi adik-adik yang sedang menunggu keputusan SPM. Anda pasti sedang buntu memilih UPU atau matrikulasi atau asasi. Setiap tahun, semua pelajar lepasan SPM pasti mengalami masalah yang sama. Jadi apa yang penting, setiap hari jangan tinggal solat istikharah. Moga Allah sentiasa memberi petunjuk ke jalanNya. Amin, Insya-Allah.

    Pertamanya, anda mesti tahu, apa kerjaya yang anda minati. Contohnya pelajar A ingin menjadi doktor. Adik-adik boleh memilih program asasi di universiti yang menawarkan bidang perubatan dan seharusnya berusaha keras daripada semester satu sehingga tamat program asasi untuk mendapatkan tempat dalam bidang perubatan di universiti tersebut. Atau adik-adik boleh memilih program matrikulasi. Apabila anda memilih program matrikulasi, anda perlulah lebih rajin dalam pelajaran kerana persaingan di matrikulasi lebih tinggi. Tolonglah belajar dengan bersungguh-sungguh demi masa depan anda. Walau bagaimanapun, sekiranya pelajar A ditawarkan bidang asasi sains aktuari atau sains kulinari yang tiada kaitan dengan bidang perubatan, janganlah menerima tawaran tersebut. Lebih selamat anda memilih untuk melanjutkan pelajaran dalam program matrikulasi. Cuba dapatkan 4 flat untuk semester 1 & 2 dan insya-Allah pelajar A boleh melanjutkan pelajaran di mana-mana universiti melalui UPU setelah tamat program matrikulasi nanti.

    Sekiranya mahu dibandingkan tahap kepayahan program matrikulasi dengan asasi, program asasi lebih mencabar untuk mendapatkan 4 flat. Contoh yang ke-2. Pelajar B berminat dengan bidang komputer dan tetap mahu melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan walaupun memperolehi keputusan SPM yang kurang cemerlang. Maka, adik-adik bolehlah memilih program diploma. Jadual waktu pembelajaran tidak padat seperti program asasi atau matrikulasi. Oleh sebab itu program diploma mengambil masa lebih kurang 3 atau 4 tahun. Bahagilah masa dengan sebaik-baiknya. Sekiranya, adik-adik mmemasuki program asasi contohnya asasi di UIAM, adik-adik memang tidak boleh pindah ke universiti lain untuk menyambung ijazah melalui UPU (melainkan melalui pihak atasan universiti).

    Kesimpulannya, Allah sahajalah yang maha mengetahui apa yang terbaik buat adik-adik. Jangan pernah menyesal dengan apa yang sudah berlaku dalam hidup adik-adik. Semua perkara tersebut, Allah sudah tentukan, tiada yang kebetulan. Semua perkara yang berlaku itu pasti terdapat hikmahnya yang tersendiri dan hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui. Jadi, bertaubatlah sementara Allah memberi waktu dan kesempatan ini. Wallahu a’lam.

    Sekian daripada kakak, terima kasih. Assalamualaikum.

  63. Sekiranya saya mendapat tawaran diploma sains di UPSI, adakah saya mempunyai peluang untuk memohon bidang seperti veterinar, farmasi, perubatan atau mikrobiologi pada peringkat ijazah?

  64. Assalamualaikum. Saya pelajar lepasan SPM 2012. Program Matrikulasi KPM mempunyai 4 jurusan iaitu Sains Hayat, Sains Fizikal, Perakaunan dan Teknikal. Saya ingin bertanya, sekiranya saya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran di matrikulasi, bolehkah saya memilih bidang teknikal walaupun saya tidak mengambil subjek teknologi Kejuruteraan di sekolah dahulu? Hal ini adalah kerana saya hanya mengambil subjek Matematik Tambahan, Fizik, Kimia, Lukisan Kejuruteraan dan 5 matapelajaran teras.

  65. Assalamualaikum. Saya ingin mengetahui mengenai KKTM. Adakah kolej ini untuk pelajar terpilih atau dalam erti kata lain untuk pelajar yang cemerlang atau tidak? Hal ini adalah kerana mereka yang mengikuti program ijazah berkembar ke Jepun bawah tajaan MARA pun perlu belajar di KKTM selama 3 tahun bagi diploma sebelum ke Jepun selama 2 tahun bagi ijazah sekiranya tidak silap saya. Terima kasih ^^

  66. Assalamualaikum, saya ingin bertanya. Selepas SPM, antara Matrikulasi, STPM, IPTS dan IPTA, yang manakah lebih baik? Apakah kelebihan setiap satunya?

  67. Saya adalah pelajar jurusan teknikal ketika di sekolah menengah tetapi saya berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang perundangan. Bolehkah? Pada pendapat anda program apakah yang sesuai untuk saya ikuti? Jika saya ke matrikulasi, jurusan apakah yang patut saya ambil? Terima kasih.

  68. Salam. Saya lepasan tingkatan 5 (2012). Saya mendapat 5A 4B untuk keputusan saya. 5A itu adalah untuk BM, BI, MT, SJ & Moral manakala 4B saya adalah untuk Matematik Tambahan, Kimia, Biologi & Fizik. Sebenarnya saya tidak pasti sama ada hendak melanjutkan pelajaran ke matrikulasi atau ke asasi. Maafkan saya, tetapi saya masih tidak tahu apa yang saya hendak jadi untuk kerjaya saya pada masa hadapan. Saya telah berjumpa dengan guru kaunseling tetapi tidak berjaya untuk mengetahui apa yang saya ingin jadi apabila besar. Jadi, tempat manakah yang harus saya pergi?

    1. Mulanya, tahniah saya ucapkan kerana anda berjaya dalam SPM. Pada pendapat saya, saya lebih menggalakkan anda memilih untuk melanjutkan pelajaran ke program asasi iaitu program asasi Sains Pertanian di UPM. Hal ini adalah kerana selepas anda menamatkan program ini dengan jayanya, anda tidak semestinya melanjutkan pelajaran dalam bidang pertanian. Selainn bidang pertanian, anda juga boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan, perhutanan, kerjuruteraan & lain-lain.

      Untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut, silalah layari laman ini: http://www.asasi.upm.edu.my/degrees1.html

      Dengan itu, sepanjang tempoh 3 semester atau 1 1/2 tahun, anda bolehlah memikirkan bidang yang anda minati.

  69. Salam, saya mendapat 9A dalam peperiksaan SPM 2012. Saya telah membuat pmohonan UPU tetapi setelah menyemak panggilan temuduga, saya tidak berjaya. Adakah saya masih mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran di IPTA? Saya juga telah mendapat tawaran tingkatan 6. Cita-cita saya adalah ingin menjadi seorang doktor. Jadi, manakah pilihan yang lebih baik, adakah STPM atau matrikulasi?

    1. Pada pendapat saya, apabila anda melanjutkan pelajaran dalam program perubatan di matrikulasi, anda mesti berusaha untuk memperolehi keputusan yang cemerlang bagi melayakkan diri anda melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di peringkat ijazah. Hal ini adalah kerana anda perlu bersaing dengan pelajar asasi dalam bidang perubatan.

      Anda boleh melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6, sekiranya bidang yang ditawarkan adalah bidang sains.

  70. Salam, adakah subjek Sains Hayat di matrikulasi, asasi dan Pra-U sama ataupun terdapat perbezaan? Saya berterima kasih jika saudara dapat membantu.

  71. Saya menerima tawaran diploma Sains. Sekiranya saya menyambung pelajaran di peringkat ijazah, berapa masa pengajian yang diambil? Bolehkah saya menyingkatkan masa pembelajaran, jika saya mengambil diploma dahulu berbanding asasi/matrikulasi?

  72. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya mengenai tempoh pengajian perubatan untuk ijazah. Pada pengetahuan saya, tempohnya adalah 5 tahun dan praktikal 2 tahun. Adakah hal ini betul? Adakah praktikalnya termasuk dalam tempoh pengajian atau perlu membuat praktikal setelah tamat pembelajran selama 5 tahun?

  73. Assalamualaikum, jika saya mengambil diploma Sains Matematik di UiTM, bolehkah saya menyambung pelajaran ke bidang perubatan?

  74. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, saya mendapat tawaran Foundation of Management di sebuah universiti swasta. Adakah saya patut masuk ke sana? Apakah yang akan terjadi selepas saya menamatkan pengajian dalam program tersebut? Bolehkah saya menyambung pelajaran semula di IPT dalam peringkat ijazah? Mohon penjelasan:)

  75. Assalamualaikum. Saya pelajar tingkatan 5 di salah sebuah SBP. Saya bercita-cita ingin menjadi seorang doktor gigi, tetapi saya masih kabur untuk pemilihan melanjutkan pelajaran. Saya berminat untuk belajar di luar negara. Bagaimana untuk mohon belajar di luar negara? Bagaimana untuk mendapat tajaan untuk belajar di luar negara? Mohon pencerahan. Terima kasih.

    1. Berikut ialah antara universiti temparan yang menawarkan bidang pergigian iaitu Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

      Terdapat juga peluang pengajian di luar negara bagi pelajar yang tidak mendapat tempat di dalam negara untuk mengambil jurusan pergigian. Namun, pelajar perlu meneliti dahulu universiti tersebut dibawah pengiktirafan JPA. Pelajar juga WAJIB mengambil Aliran Sains Tulen untuk mendapatkan tempat dalam jurusan pergigian.

      Terdapat beberapa universiti di luar negara yang diiktiraf untuk jurusan pergigian contohnya:
      1- Universiti Tanta, Mesir
      2- Universiti Alexandria, Mesir
      3- Universitas Airlangga, Surabaya
      4- Universitas Padjadjaran, Bandung
      5- Universitas Sumatera Utara, Medan
      dan sebagainya.
      Anda boleh ke http://pengiktirafan.jpa.gov.my/

      Salah satu bidang yang boleh menjamin masa depan juga ialah Doktor Gigi. Demi menuju ke arah negara maju, Malaysia memerlukan beribu-ribu lagi doktor gigi untuk menanggung jumlah 30 juta penduduk. Nisbah doktor gigi dengan penduduk sekarang ialah 1:7000.

      Kebanyakan wanita memilih jurusan ini kerana selain daripada minat yang mendalam, mereka juga boleh bekerja mengikut masa yang mereka inginkan iaitu dari jam 9 pagi hingga 5 petang atau mengikut waktu tugas mereka sendiri.

      Antara faedah wanita memilih jurusan ini ialah mereka boleh menjalankan tanggungjawab rumahtangga dengan lebih berkesan lagi kerana mereka tidak terlalu terlibat dengan kerja lebih masa atau on-call seperti di hospital. Begitu juga dengan lelaki.

      Selain lulus dan menerima ijazah sebagai seorang doktor pergigian am, pelajar boleh menyambung pengajian lagi selama 2 atau 3 tahun dalam kepakaran tertentu seperti:

      1- Pakar Ortodontik – Memperbaiki rupa bentuk dan fungsi rahang dan gigi.
      2- Pakar Bedah Pergigian – Merawat penyakit teruk seperti kanser mulut dan sebagainya.
      3- Pakar Kesihatan Pergigian Awam – Membantu mengawal penyakit gigi yang berleluasa.
      4- Pakar Pergigian Kanak-Kanak – Menjaga kesihatan gigi dikalangan kanak-kanak.
      5- Pakar Periodontologi – Memulih penyakit gusi dan periodontium.
      6- Pakar Patologi Mulut – Bertugas dalam makmal untuk memeriksa dan mengenalpasti penyakit merbahaya dari awal dengan tepat.
      7- Pakar Pemeliharaan Gigi – Mengetahui semua jenis rawatan tampalan yang terkini.
      8- Pakar Prostetik – Merawat gigi orang dewasa dan warga tua.
      9- Pakar Pergigian Forensik – Mengenalpasti mayat yang rentung dan reput.

  76. Salam. saya berminat terhadap ‘architecture’ dan ‘interior design’. Sekiranya saya memilih bidang ‘architecture’, adakah lebih bagus bagi saya menyambung pelajaran ke peringkat diploma atau asasi?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya sekiranya terdapat peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang asasi, maka pilihan tersebut adalah lebih bagus. Hal ini adalah kerana selepas berjaya menamatkan program asasi, maka anda boleh terus melanjutkan pelajaran dalam bidang ijazah.

      Sebagai nasihat, kebolehan untuk berfikir secara kreatif adalah amat penting dalam bidang ini. Bidang ini juga memerlukan ahlinya mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

  77. Salam. Saya pelajar lepasan SPM 2013. Keputusan masih belum keluar lagi. Saya keliru untuk memilih program matrikulasi atau asasi. Saya berminat dalam bidang perubatan dan bercita-cita untuk menjadi doktor tetapi saya takut tersilap dalam membuat pilihan. Pilihan manakah yang lebih baik? Program matrikulasi atau asasi? Adakah asasi untuk pelajar yang cemerlang sahaja? Saya juga takut tidak mendapat keputusan SPM yang bagus. Apakah bidang lain yang sesuai untuk saya mohon? Mohon pandangan.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya.

      Pertamanya, program asasi bukan untuk pelajar yang cemerlang sahaja. Bahkan sesiapa sahaja yang memenuhi syarat-syarat untuk memasuki program asasi dalam sesuatu bidang, maka dia mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam program tersebut.

      Selain itu, terdapat beberapa langkah yang saya cadangkan anda lakukan:

      1. Senarai semua bidang yang anda ingin pilih berdasarkan panduan bidang yang ditawarkan oleh UPU.
      2. Susun semua bidang tersebut mengikut tahap minat yang paling tinggi ke tahap minat yang paling kurang.
      3. Pilih 5 hingga 10 bidang yang teratas untuk dinilai.
      4. Lihat tahap kelayakan bagi bidang-bidang tersebut. Bandingkan dengan keputusan yang anda perolehi semasa peperiksaan percubaan. Bandingkan juga dengan keputusan yang anda yakin boleh diperolehi dalam peperiksaan SPM yang sebenar.
      5. Pilih 3 bidang terbaik yang anda yakini setelah anda membuat perbandingan berdasarkan minat dan tahap pencapaian anda.

      Mudah-mudahan dapat membantu.

      (Maklumat tambahan)

      Dalam proses memilih langkah yang seterusnya bagi melanjutkan pelajaran, adalah penting untuk menilai beberapa perkara. Pertamanya, bidang tersebut mestilah bidang yang kita minati.

      Keduanya, tahap kebolehpasaran siswazah dalam bidang tersebut mestilah tinggi ataupun tidak terlalu rendah. Hal ini bermaksud, graduan daripada bidang tersebut boleh memperolehi kerja setelah tamat pengajian bukan hanya menganggur dalam tempoh yang lama.

      Ketiganya, anda mestilah mempunyai matlamat yang lebih jauh. Rancang perjalanan kehidupan anda sebagai seorang pelajar. Hal ini bermaksud anda perlulah mempunyai matlamat selepas anda berjaya menamatkan pengajian anda di peringkat ijazah. Anda mesti mempunyai cita-cita untuk menyambung pelajaran sehingga ke peringkat tertinggi.

      Akhirnya dan yang paling penting ialah sentiasa bergantung harap dan berserah kepada Illahi. Sentiasa berdoa agar diberikan petunjuk dan bimbingan dalam memilih. Anda perlu yakin bahawa setiap yang telah Dia tetapkan mempunyai hikmah yang tersembunyi.

      Sekian.

  78. Salam sejahtera. Saya ingin bertanya sekiranya telah menamatkan asasi sains atau matrikulasi dan ingin mengambil mengambil kursus dalam fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan di mana-mana IPTA, adakah terdapat biasiswa yang boleh dipohon? Sekiranya bagi seorang bumiputera sekiranya berminat untuk belajar dalam bidang perubatan di luar negara, adakah terdapat biasiswa yang boleh dipohon selain JPA dan MARA?

  79. Salam. Saya lepasan SPM, keputusan masih belum keluar lagi. Sekarang saya dalam proses mengisi borang UPU. Saya berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi. Jadi, yang mana saya patut pilih, diploma farmasi atau asasi sains? Mohon pandangan.

    1. Maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda. Sekiranya anda tidak lagi memerlukan jawapan ini, mudah-mudahan ia bermanfaat kepada orang lain. ;)

      Ia bergantung kepada minat anda. Sekiranya anda memilih diploma farmasi anda akan belajar selama 6 semester (3 tahun), manakala bagi program Asasi Sains, anda hanya akan belajar selama 2 semester (1 tahun). Kedua-dua program tersebut membolehkan anda melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi. Selepas menamatkan program Asasi Sains dengan jayanya anda boleh menyambung pelajaran ke peringkat ijazah pula.

      Sekiranya, anda menamatkan program diploma farmasi, anda boleh mencari pekerjaan di sektor swasta dan awam sebagai:

      1. Penolong Pegawai Farmasi di hospital awam dan badan berkanun.
      2. Pembantu Farmasi di hospital swasta dan farmasi komuniti.
      3. Eksekutif produk atau jurucakap produk di industri farmaseutikal.
      4. Penyelia di bahagian Pengawalan Kualiti atau Pembuatan Ubat di industri farmaseutikal.
      5. Pembantu/penolong pegawai penyelidik di institusi yang berkaitan dengan penyelidikan dadah dan ubat.
      6. Pembantu teknikal di institusi-institusi yang mengawal selia ubat dan produk kesihatan.

      Selain itu, anda juga boleh melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di mana-mana IPTA/S tempatan atau luar negara.

  80. Assalamualaikum. Saya inginkan kepastian, benarkah pelajar lepasan SPM yang tidak mengambil Bahasa Arab Tinggi semasa SPM tidak layak untuk memohon USIM? Bagaimana pula dengan kes saya? Saya pernah menduduki kertas Bahasa Arab Komunikasi semasa PMR dan di tingkatan 4 pun saya masih ambil Bahasa Arab walaupun saya aliran sains tulen sebagai pilihan untuk International Language yang wajib diambil oleh pelajar SBP. Kami juga telah menduduki peperiksaan untuk bahasa yang kami pilih dan ada sijil pengiktirafan. Persoalannya, bolehkah saya gunakan sijil PMR saya dan sijil IL tersebut sebagai sijil sokongan untuk saya mohon USIM? Terima kasih.

  81. Salam. Saya lepasan SPM. Keputusan masih belum keluar lagi. Sekarang saya dalam proses mengisi borang UPU. Saya berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang farmasi. Jadi, yang mana saya patut pilih, diploma farmasi atau asasi sains? Mohon pandangan.

  82. Salam, mana satu yang lebih bagus? Program Asasi Sains UiTM atau Asasi Sains Pertanian UPM? Cita-cita saya mahu menjadi saintis. Keputusan SPM ialah 8A. Saya berminat dengan rancangan National Geographic. :) Sekian, terima kasih.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, struktur pelajaran atau subjek bagi kedua-dua kursus di UiTM atau UPM adalah hampir sama. Kedua-duanya membolehkan anda menyambung cita-cita untuk menjadi saintis. Perbezaannya mungkin dari segi kemudahan tempat belajar, suasana dan lain-lain. Perbezaan ketara antara Asasi Sains UiTM dengan Asasi Sains Pertanian UPM ialah di UPM anda perlu mempelajari subjek berkaitan pertanian. Hal ini adalah keistimewaan sekiranya anda memilih Asasi Sains Pertanian di UPM.

      Satu lagi, sila perincikan saintis di bidang apa. Hal ini adalah kerana terdapat pelbagai bidang Sains yang wujud seperti bidang Terknologi Makanan dan lain-lain. Semua yang bekerja dalam mana-mana bidang tersebut, boleh dipanggil saintis.

      1. Pada pendapat anda, adakah saya layak untuk menyambung pelajaran dalam program Asasi Sains Pertanian di UPM dengan keputusan SPM 8A iaitu Biologi (A), Kimia (A-) dan Fizik (B+)? Terima kasih kerana menjawab pertanyaan saya.

  83. Assalamualaikum, saya pelajar lepasan SPM 2013. Saya berminat memohon UPU di UniSZA dalam pengajian Islam bahagian Sejarah dan Tamadun Islam tetapi saya tidak mengambil subjek Bahasa Arab. Harap sudi membantu.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, sekiranya anda tidak mengambil subjek Bahasa Arab dalam SPM, maka anda tidak boleh memohon program Diploma Pengajian Islam(Sejarah & Tamadun Islam) di UniSZA. Hal ini adalah kerana berdasarkan syarat khas untuk memohon kursus tersebut anda mestilah memperolehi sekurang-kurangnya Kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Walau bagaimanapun, sekiranya anda memang berminat, saya galakkan anda menelefon pihak UniSZA bagi memohon jalan penyelesaian.

  84. Salam. Saya dari pelajar asasi UPM. Adakah boleh saya memohon bagi menyambung pelajaran pada peringkat ijazah di USM?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, tindakan yang patut anda lakukan ialah anda patut pergi ke bahagian Akademik atau berjumpa dengan penolong pendaftar UPM untuk mengetahui cara-cara yang betul untuk memohon pertukaran ke IPTA lain. Hal ini adalah kerana setiap universiti mungkin mempunyai prosedur yang berlainan apabila para pelajarnya ingin memohon pertukaran atau menyambung pelajaran ke IPTA lain.

  85. Assalamualaikum, saya pelajar lepasan SPM 2013. Saya amat meminati bidang pergigian. Setelah menyemak kelayakan kemasukan dalam asasi pergigian di universiti-univiersiti tempatan, keputusan saya tidak memenuhi syarat kelayakan tersebut. Adakah dengan melanjutkan pelajaran dalam bidang diploma sains di UiTM membolehkan saya menjurus kepada bidang pergigian pada masa depan? Jika boleh, minta bantuan saudara menerangkan laluan saya untuk ke bidang pergigian atau saya lebih patut melanjutkan pelajaran di matrikulasi?

  86. Salam. Saya adalah lepasan SPM 2013. Saya meminati kerjaya sebagai kaunselor. Saya ingin bertanya, kursus apa yang patut saya ambil dan universiti malaysia yang mana menawarkan kursus ini. Terima kasih.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, setelah saya menyemak semula bidang pengajian yang ditawarkan di IPTA, Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA, tiada terdapat kursus yang berkaitan kaunseling ditawarkan. Oleh sebab itu, saya mencadangkan agar saudari memohon kursus Bimbingan dan Kauseling (SK/ SJKC/ SJKT) yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian (PISMP).

      1. Assalamualaikum, saya mahu bertanya kalau saya mendapat B+ dalam subjek Matematik Tambahan dan Fizik, Matematik (A), Kimia (C+) dan english (D), boleh atau tidak untuk saya menyambung pelajaran dalam bidang diploma Sains Geomatik?

  87. Salam. Jika saya ingin mengambil ijazah dalam bidang Farmasi nanti, yang mana satukah patut saya pilih antara matrikulasi atau asasi Sains?

    1. Bergantung kepada diri anda sendiri. Diploma Bahasa Inggeris di UPSI adalah selama 4 semester iatu 2 tahun. Namun, sekiranya keputusan SPM anda cemerlang, kemungkinan kos yang sama iaitu bidang Bahasa Inggeris di matrikulasi akan ditawarkan kepada anda hanya selama 2 semester iaitu satu tahun. Walau bagaimanapun, anda perlu ingat bahasa apabila masa pengajian semakin singkat maka sukatan yang diajarkan dalam suatu masa juga menjadi semakin padat.

      1. Salam, saya mahu bertanya. Saya adalah lepasan SPM dari aliran sastera SPM 2013 dan mendapat 1A+ 6A 1- 1 C. Saya lemah dalam bahasa ingeris dan secara jujurnya kurang mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Jadi sekiranya saya memohon program asasi, adakah kita akan dipulaukan hanya kerana lemah dalam bahasa Inggeris atau pihak universiti akan menyediakan kelas tambahan bagi subjek tersebut? Lebih-lebih lagi apabila tempat pengajian tersebut ialah UIA. Mohon pencerahan.

      2. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  88. Assalamualaikum. Saya merupakan lepasan SPM tahun 2013. Saya mngambil subjek Sains tulen dan memohon matrikulasi. Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung untuk mngambil bidang Perakaunan berbanding aliran Sains. Adakah boleh saya mnukar kos semasa di matrikulasi nanti? Hal ini adalah kerana saya telah mendapat tawaran dalam bidang Sains. Terima kasih. ;)

  89. Saya mendapat tawaran matrikulasi dalam bidang Perakaunan. Soalan saya, selepas selesai program matrikulasi adakah saya boleh menyambung pelajaran di mana-mana universiti dalam jurusan undang-undang?

  90. Saya mahu bertanya beberapa soalan. Pertamanya, antara kelulusan diploma di KPTM dengan UITM yang mana satu lebih laku? Sekiranya menyambung pelajaran di KPTM , adakah sijil kita akan diterima? Hal ini adalah kerana terdapat sesetengah mengatakan sijil kolej tidak laku. Sekiranya saya mengambil program Diploma Pengajian Awal Kanak-kanak di KPTM, adakah saya boleh menyambung pangajian di peringkat ijazah di IPTA? Adakah dengan kelulusan dalam bidang tersebut membolehkan kita menjadi guru di sekolah kerajaan tanpa mempunyai ijazah? di kptm membolehkan kita terus menjadi guru di sekolah kerajaan tanpa ijazah?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  91. Adakah lepasan Asasi Sains Hayat boleh memohon untuk menyambung pelajaran dalam bidang perguruan yang ditawarkan KPM? :)

  92. Saya telah mendapat tawaran Diploma Sains di UPSI. Namun terdapat khabar angin yang mengatakan hanya pelajar di bawah KPM yang boleh menjadi guru selepas tamat pengajian. Manakala yang lain hanyalah lepasan pasaran terbuka. Adakah ini tawaran yang bagus? Perlukah saya mengambil matrikulasi dan bolehkah kita membuat permohonan baru ke universiti lain atau menukar program pengajian?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  93. Saya mempunyai satu soalan. Saya telah mendapat tawaran matrikulasi Sains dan diploma Sains Matematik di UPSI. Antara 2 tawaran ini, yang manakah patut saya pilih? Benarkah lepasan graduan UPSI sukar mendapat peluang pekerjaan? Terima kasih.

  94. Sekiranya saya sudah membayar yuran pendahuluan bagi program Matrikulasi RM550, adakah boleh diambil semula duit itu kerana saya ingin menyambung pelajaran bawah permohonan UPU?

    1. Setakat pengetahuan saya, duit tersebut tidak akan dikembalikan melainkan yuran MUET sahaja yang akan dipulangkan semula. Bagi mendapatkan kepastian, saya menggalakkan saudara menghubungi pihak Matrikulasi.

      Sekian.

  95. Assalamualaikum. Anak saya telah mendapat 8A 1B dan ditawarkan melalui UPU bagi mengikuti program Diploma Wilayah dan Perancangan Bandar. Anak saya juga ditawarkan program Matrikulasi Teknikal di Johor dan juga akan menghadiri temuduga IPG pada 12 Mei 2014 ini. Saya juga berusaha untuk membiayainya ke INTEC, AFDP atau A-Level. Anak saya berminat dalam bidang arkitek dan juga bercita-cita menjadi pensyarah. Apa patut saya nasihat kepada anak saya?

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  96. Assalamualaikum. Sekiranya saya menyambung pelajaran dalam peringkat diploma di UiTM, selalunya biasiswa apa yang saya boleh mohon? Setahu saya, MARA tidak boleh.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, MARA tidak menaja para pelajar yang menyambung pelajaran di UiTM. Saudari mungkin boleh memohon biasiswa daripada JPA. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, saya menggalakkan saudari menghubungi pihak JPA. Harap membantu.

  97. Assalamualaikum. Mohon jasa baik untuk menjawab soalan saya. Alhamdulilah anak saya telah mendapat tawaran Matrikulasi dan Asasi kejuruteraan tetapi dia telah membuat pilihan untuk ke asasi. Anak saya telah mendapat 8A dan 2 B dalam SPM 2013 dan BMnya B+ yang menyebabkan beliau tidak layak dapat tajaan seperti MARA ke luar negara.

    Adakah selepas program asasi nanti dia masih berpeluang untuk mendapat biasiswa tajaan ke luar negara? Adakah banyak peluang tajaan? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Mulanya, tahniah saya ucapkan atas kecemerlangan anak anda dalam SPM 2013. Setelah saya membuat kajian, anak saudara masih boleh memohon biasiswa seperti JPA atau lain-lain. Walau bagaimanapun, bagi lepasan Asasi tawaran biasiswa yang disediakan hanya bagi menyambung pelajaran di dalam negara. Saya masih belum berjumpa dengan tawaran yang disediakan bagi melanjutkan pelajaran ke luar negara melainkan hanya bagi pelajar lepasan STPM, IB atau A-Level sahaja.

      Namun, bagi mendapatkan kepastian, saya mencadangkan agar anda menelefon sendiri mana-mana pihak yang menawarkan biasiswa bagi mengemukan persoalan. Harap membantu.

  98. Salam, saya mahu bertanya. Saya telah mendapat matrikulasi dalam bidang Sains dan Diploma Kejuruteraan Sivil di UiTM. Saya tidak pasti mahu memilih yang mana satu. Hal ini adalah kerana saya tidak pernah terfikir mahu mempelajari bidang kejuruteraan. Saya tidak pasti mahu menerima tawaran tersebut kerana program diploma memerlukan kos yang banyak manakala program Matrikulasi Sains pula saya kurang yakin untuk mempelajari semula subjek Kimia dan Biologi. Apabila diimbas kembali semasa peperiksaan SPM 2013, saya telah mendapat keputusan yang rendah bagi kedua-dua subjek tersebut. Jadi, mana satu yang patut saya pilih?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

    1. Ya, anda masih boleh menyambung pelajaran dalam bidang Psikologi. Bagi lepasas Asasi Sains Hayat, terdapat hampir jenis kursus yang ditawarkan oleh UPU berkaitan bidang Psikologi:

      1. IJAZAH SARJANA MUDA PSIKOLOGI DENGAN KEPUJIAN (AA16).
      2. IJAZAH SARJANA MUDA SAINS SUKAN (PSIKOLOGI SUKAN) DENGAN KEPUJIAN# (AS20).
      3. IJAZAH SARJANAMUDA SAINS SOSIAL DENGAN KEPUJIAN (PSIKOLOGI) (KA16).
      4. SARJANA MUDA PSIKOLOGI (PSIKOLOGI INDUSTRI DAN ORGANISASI) (TA13).
      5. SARJANA MUDA SAINS KEMANUSIAAN – PSIKOLOGI (KEPUJIAN) (YA16).

      Tertakluk kepada perubahan. Harap membantu.

      1. Saya telah mendapat tawaran Asasi Sains Hayat di UMS. Saya ingin tahu apakah jurusan yang boleh saya sambung setelah tamat asasi tersebut?

      2. Maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda. Terdapat pelbagai jurusan yang boleh anda ceburi seperti bidang perubatan, pergigian, farmasi, sains pendidikan dan bidang-bidang lain yang berkaitan.

  99. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya tentang pemilihan antara program matrikulasi Sains dan Diploma Sains Gunaan. Apakah yang patut saya pilih antara 2 tawaran ini? Terima kasih.

  100. Salam. Anak saya telah mendapat 10As SPM tahun lepas dalam jurusan Sains Teknikal dari SM Sains Tun Azlan Shah, Taiping. Beliau mendapat tawaran Matrikulasi di Kelantan dan Asasi Sains Fizikal di UM. Manakah yang lebih baik untuk beliau kerana ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan.

    Pada waktu yang sama masih mengharap tawaran biasiswa dari MARA/ JPA/ Maybank kerana beliau telah dipanggil untuk sesi ujian dan temuduga. Terima kasih.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Mulanya, tahniah saya ucapkan atas kecemerlangan anak anda dalam SPM 2013. Pada pendapat saya, saya mencadangkan agar saudara memberikan cadangan kepada anak saudara supaya memilih pengajian Asasi Sains Fizikal di UM. Hal ini adalah kerana beberapa faktor terutamanya dari segi struktur program.

      Struktur program yang disediakan oleh UM bagi para pelajar Asasi Sains Fizikal telah direka khas bagi menyediakan pelajar-pelajar untuk menyambung pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan awam, kejuruteraan elektronik, kejuruteraan kimia dan kejuruteraan mekanikal. Kursus ini akan diadakan selama 2 semester (1 tahun).

      Berbanding dengan matrikulasi, adakah telah ditetapkan sama ada anak saudara akan menyambung pelajaran dalam bidang Sains Fizikal? Hal ini adalah kerana jika anak saudara menyambung pelajaran di Matrikulasi tetapi dalam bidang selain Sains Fizikal, kemungkinan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan adalah tipis.

      Persoalan kedua. Saya berpandangan sekiranya keputusan biasiswa atau tajaan JPA/ MARA/ lain-lain adalah selepas tarikh pendaftaran di UM, saudara cadangakan anak saudara menyambung pelajaran di UM terlebih dahulu. Sekiranya anak saudara berjaya mendapat tajaan, dia boleh membuat keputusan semula sama ada mahu berhenti belajar di UM atau sebaliknya.

      Kesimpulannya, bimbinglah anak saudara agar dia dapat membuat keputusan yang terbaik dalam hidupnya. Semoga dia mendapat keberkatan, berjaya di dunia dan akhirat.

      Sekian.

  101. Saya lepasan SPM 2013. Saya dapat 6As dalam SPM. Saya telah mendapat tawaran Matrikulasi (Program 2 Tahun) dalam bidang Sains. Jadi, saya ingin bertanya, apakah bidang seperti Undang-undang ditawarkan ketika pengisian semula UPU bagi pelajar matrikulasi? Atau lebih baik saya teruskan pengajian Tingkatan 6 untuk menyaambung pengajian saya dalam bidang undang-undang di peringkat ijazah? Mohon penjelasan.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Setelah saya menyemak semula dengan UPU, terdapat hampir 6 jenis kursus berkaitan undang-undang yang ditawarkan oleh UPU bagi lepasan Matrikulasi (Sains) iaitu seperti:

      1. IJAZAH SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG DENGAN KEPUJIAN (DL00).
      2. SARJANA MUDA PENGAJIAN UNDANG-UNDANG (KEPUJIAN) # (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA) (EL00).
      3. IJAZAH SARJANAMUDA UNDANG-UNDANG DENGAN KEPUJIAN # (KL00).
      4. SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG# (ML00).
      5. SARJANA MUDA UNDANG-UNDANG DENGAN KEPUJIAN (UL00).
      6. IJAZAH SARJANA MUDA FALSAFAH, UNDANG-UNDANG DAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN # (UL05).

      Tertakluk kepada perubahan semasa. Harap membantu.

  102. Salam. Saya telah mendapat tawaran untuk mengikuti Diploma Bahasa Inggeris di UPSI. Berapakah tempoh pengajian diploma tersebut? Harap dapat dibalas dengan segara. Terima kasih :)

  103. Assalammualaikum, saya ingin bertanya. Sekiranya saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang seni bina, program yang mana satu harus saya pilih antara program Diploma Kejuruteraan Awam di UTHM atau program matrikulasi Teknikal? Mohon maklum balas segera. Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Maaf kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapannya, sila balas komen ini. ;)

  104. Salam. Anak saya telah mendapat 6A 2B 1C+ dalam peperiksaan SPM yang lepas. Namun, dia telah menolak tawaran matrikulasi dan sekarang sedang berbelah bahagi antara program Asasi Sains di UniKL atau Diploma Mikrobiologi UiTM. Awalnya dia cenderung untuk melanjutkan pelajaran di UiTM tetapi kemudiannya dia memikirkan program diploma akan mengambil tempoh yang lama. Tambahan pula, UiTM tidak menawarkan program ijazah dalam bidang mikrobiologi. Jadi dia akan perlu menyambung pengajian di IPTA lain. Jadi, adakah boleh lepasan diploma UiTM menyambung pengajian ke peringkat ijazah di IPTA lain? Terima kasih.

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  105. Salam, saya ingin bertanya. Saya telah mendapat tawaran ke universiti awam tetapi dalam kos yang tidak saya minati. Saya turut mendapat tawaran ke kolej MARA. Pada pendapat anda, yang mana satu perlu saya ambil? Saya ingin menyambung pelajaran ke kolej MARA tetapi saya takut kerana ia hanya berstatus kolej. Adakah saya perlu mengambil langkah selamat dengan menyambung pelajaran ke universiti? Adakah peluang pekerjaan untuk pelajar kolej, luas dan setaraf dengan pelajar universiti?

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  106. Salam. Anak sulung saya akan menyambung pelajaran dalam kursus Asasi Sains Pertanian di UPM. Dia akan mendaftarkan diri pada 23/5/14. Soalan saya, selepas habis setahun asasi, bolehkah dia memohon untuk menyambung pelajaran di universiti lain yang menawarkan kursus Pergigian dengan keputusan asasi UPM sekiranya keputusannya ialah 4 flat? Please reply ASAP.

    1. Maaf kerana lambat memberikan jawapan. Selepas tamat program asasi di UPM, anak saudara boleh menyambung pelajaran di universiti lain yang menawarkan kursus Pergigian. Hal ini adalah kerana setiap pelajar asasi akan dimintan untuk mengisi semula UPU dengan menggunakan keputusan asasi bagi menyambung pelajaran di peringkat ijazah. Sekian.

      1. Assalamualaikum. Saya lepasan SPM 2014 dalam aliran Sains Kejuruteraan. Adakah saya boleh menyambung pelajaran dalam program Asasi Sains Hayat?

      2. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  107. Salam. Saya telah mendapat tawaran program Asasi Undang-Undang di UiTM selama 1 Tahun. Selepas selesai adakah boleh saya menyambung pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang pendidikan di UPSI? Mohon penjelasan.

  108. Assalamualaikum. Saya telah diterima ke program asasi di sebuah IPTS. Jika saya telah lulus dengan baik dalam progam asasi tersebut, adakah saya boleh melanjutkan pelajaran di IPTA dan IPTS yang lain? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Maaf kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan, sila balas komen ini. ;)

  109. Salam. Pada tahun ini saya akan menghadapi peperiksaan SPM. Saya bersekolah di SMT dan mengambil aliran Kejuruteraan Awam. Saya mahu bertanya, antara program asasi dan matrikulasi, mana satu yang sesuai dengan saya? Saya sasarkan 8A dalam SPM.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  110. Assalamualaikum. Saya bercita-cita menjadi jurutera mekatronik dan ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara. Namun saya masih kabur dengan haluan untuk menyambung pelajaran saya. Jadi, terdapat sebarang cadangan? Lagi satu, sekiranya saya tidak berjaya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, universiti mana atau pusat pengajian mana yang saya patut mohon?
    :)

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  111. Assalamualaikum. Saya merupakan pelajar tingkatan 5 yang akan menduduki SPM pada tahun ini. Saya berhasrat untuk melanjutkan pelajaran pada tahun hadapan di peringkat yang lebih tinggi dan mengambil kos pendidikan. Namun saya msih keliru tentang program asasi di IPTA. Sekarang mata pelajaran elektif yang saya ambil ialah Matematik Tambahan, Perakaunan dan Perdagangan. Adakah saya layak untuk memohon program asasi Pendidikan di UPM pada tahun hadapan? Respon anda amatlah diperlukan. :)

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  112. Saya menyambung pengajian dalam program Asasi UiTM. Jadi, adakah boleh saya menggunakan UPU untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda untuk masa sekarang?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  113. Rakan saya telah mendapat tawaran program Asasi Sains di UniSel. Pada masa yang sama dia telah belajar di tingkatan 5 aliran Sains. Adakah dia perlu meneruskan pelajaran di tingkatan 6 atau bertukar ke program Asasi Sains di UniSel?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  114. Assalamualaikum. Sekiranya saya mahu menjadi guru, adakah saya boleh mengambil program matrikulasi atau diploma?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  115. Assalamualaikum. Maaf mengganggu. Adakah saya boleh memohon untuk bertukar ke IPTA lain bagi program asasi semester 2 selepas saya menghabiskan semester 1? Terima kasih.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Setakat pengetahuan saya, anda tidak boleh bertukar ke IPTA lain. Walau bagaimanapun, sila menghubungi pihak yang berkaitan di tempat anda menyambung pengajian bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

  116. Salam. Saya lepasan STAM. Semasa saya mengisi permohonan biasiswa, terdapat ruangan tertulis di situ yang memerlukan markah CGPA dan markah CGPA yang tertulis pada sijil saya kelihatan berbeza dari CGPA yang perlu diisi. Jadi, macam mana mahu selesaikan masalah ini?

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  117. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya. Saya pelajar peringkat diploma dalam bidang Pengurusan Perhotelan. Saya belajar di institusi swasta dengan pinjaman PTPTN. Saya mnyimpan hasrat untuk meneruskan ke peringkat ijazah kelak. Bolehkah anda terangkan bagimana cara untuk saya mendapatkan tajaan MARA, sekiranya saya mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah?

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  118. Salam. Saya merupakan pelajar lepasan SPM 2014. Saya ingin mengikuti pengajian dalam bidang TESL. Terdapat yang menyarankan supaya saya melanjutkan pelajaran ke IPG tetapi bukankah itu untuk mereka yang berminat untuk menjadi guru sahaja? Sejujurnya saya tidak berminat dalam bidang perguruan. Jadi, adakah terdapat universiti luar negara yang menawarkan bidang tersebut bersama biasiswa? Jadi, bagaimanakah saya ingin menentukan hala tuju saya ini?

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  119. Salam. Selepas menjalani program asasi Sains Hayat di UM, adakah boleh untuk meneruskan pengajian dalam perubatan di luar negara?

    1. Maaf, selepas anda menghabiskan program asasi Sains Hayat di UM anda hanya boleh melanjutkan pelajaran di dalam negara sahaja. Hal ini adalah kerana keputusan peperiksaan semasa di peringkat asasi tidak diterima bagi permohonan ke universiti di luar negara.

  120. Assalamualaikum. Bagi lepasan Diploma Perakaunan Kolej Vokasional, universiti mana yang boleh saya mohon untuk menyambung pelajaran di peringkat ijazah? Sedangkan kami tidak mengambil peperiksaan SPM.

    1. Waalaikumussalam. Bagi makluman anda sijil dan diploma lepasan KV telah diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), City and Guilds of London, di United Kingdom, Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Suruhanjaya Tenaga dan Institut Kimpalan Malaysia (TWI). Bagi para pelajar yang ingin meneruskan pengajian, terdapat lima universiti yang menawarkan kursus pada peringkat sarjana muda iaitu Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) serta Universiti Tun Hussein Onn (UTHM).

  121. Assalamualaikum. Saya mempunyai satu soalan. Saya ingin melanjutkan pelajaran ke IPTA. Adakah sukar bagi saya untuk mendapatkan pinjaman MARA? Terima kasih atas maklumat yang diberikan.

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  122. Assalamualaikum. Pada tahun ini saya menduduki peperiksaan SPM. Saya belajar dalam aliran Sains dan berminat untuk menjadi doktor psikiatri. Jadi, universiti mana yang saya perlu pergi dan apakah kelayakannya? Saya mahu mengambil diploma. Harap dapat menjawab soalan saya. :)

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  123. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya mana satu yang lebih bagus antara Asasi Kejuruteraan Elektrik dengan Diploma Kejuruteraan Elektrik?

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  124. Salam. Macam mana saya mahu melanjutkan pengajian saya sekiranya saya tidak mengambil Matematik Tambahan? Walau bagaimanapun, saya dari jurusan agama yang mengambil 10 mata pelajaran termasuk PSI dan PQS. Mohon pencerahan. Terima kasih

    1. Bagi pengetahuan anda, hanya kursus tertentu saya yang memerlukan anda mengambil peperiksaan dalam subjek Matematik Tambahan.

  125. Assalamualaikum. Saya meminati bidang Sains Aktuari. Jadi jenis program asasi yang manakah saya perlu ambil? Adakah program Asasi Sains, Asasi Sains Hayat atau Asasi Sains Fizikal?

    1. Pada pendapat saya anda boleh memilih program Asasi Sains. Berdasarkan pengetahuan saya, program Asasi Sains Hayat lebih kepada subjek Biologi manakala program Asasi Sains Fizikal lebih kepada subjek Fizik.

  126. Assalamualaikum. Saya pelajar lepasan SPM 2014. Sekiranya saya mahu mengambil jurusan yang berkaitan dengan Matematik, apakah kursus yang sesuai? Terima kasih.

  127. Sekiranya saya memperolehi gred D bagi subjek BI, kos apakah yang terbaik sekali untuk seorang lelaki dan mudah mendapat pekerjaan?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apapun, saya minta maaf kerana saya tidak pasti kos yang terbaik sekali bagi memenuhi keperluan anda. Namun, nasihat saya adalah pilihlah kursus yang anda minati agar anda dapat memberikan sepenuh tenaga dan usaha anda untuk berjaya dalam bidang tersebut. Selain itu, penguasaan bahasa Inggeris juga adalah satu keperluan pada hari ini. Saya doakan anda berjaya.

  128. Assalamualaikum. Boleh saya tahu perbezaan KKTM dan UiTM dalam bidang arkitek? Seterusnya, yang mana satu lagi bagus?

    1. Waalaikumussalam. Pada pendapat saya, perbezaan yang pertama adalah dari segi kursus yang ditawarkan. Sekiranya di KKTM, kursusnya lebih bertaraf sijil dan diploma manakala di UiTM pula lebih bertaraf asasi dan diploma. Keduanya mungkin dari segi pinjaman atau biasiswa. Sekiranya anda melanjutkan pelajaran di KKTM, kemungkinan untuk mendapat pinjaman atau biasiswa dari pihak MARA adalah lebih tinggi kerana KKTM berada di bawah pengurusan MARA. Sekiranya anda telah ditawarkan program asasi di UiTM, maka program tersebut mungkin lebih bagus kerana selepas menamatkan program asasi dengan cemerlang anda boleh melanjutkan terus pelajaran di peringkat ijazah.

      Selain itu, setelah menamatkan program di peringkat diploma anda juga boleh terus melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Namun, tempoh pengajian bagi peringkat asasi adalah lebih singkat daripada peringkat diploma.

  129. Salam sejahtera. Adakah program kejuruteraan awam itu bagus? Saya berminat untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang teknologi maklumat. Mohon penjelasan.

    1. Berdasarkan pembacaan saya, bidang kejuruteraan awam ini memerlukan kita untuk membangunkan kemudahan pada sesuatu kawasan. Contohnya membina bangunan, saliran dan macam-macam lagi. Sebagaimana yang kita dapat lihat sekarang, negara sedang pesat membangun. Terdapat banyak kerja pembinaan dan pembangunan yang giat berjalan. Setiap kerja-kerja pembangunan ini akan melibatkan jurutera kejuruteraan awam. Jadi, pada pendapat saya bidang ini adalah satu bidang yang tiada ruginya sekiranya anda menceburinya.

  130. Assalamualaikum. Adakah wajib mengikuti program asasi, matrikulasi atau STPM dahulu sebelum mengikuti program diploma?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Anda boleh sahaja terus melanjutkan pelajaran ke program diploma tanpa mengikuti program asasi, matrikulasi atau STPM dahulu.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Maaf, saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Walau bagaimanapun, ia bergantung kepada jenis program diploma yang ingin diambil. Boleh kongsikan jenis diploma yang anda ingin pohon?

  131. Saya ingin bertanya, jika keputusan SPM saya ialah 3A- (BM, Sej, Ag), 1B+ (Tasawwur), 2C+ (Fizik, Kimia), 1C (Matematik), 2D (BI, Biologi), 1E (Matematik Tambahan), adakah saya layak saya terpilih untuk mengikuti program Diploma Sains Gunaan di UTHM walaupun syaratnya perlu memperolehi sekurang-kurangnya D bagi subjek Matematik Tambahan. Saya amat berharap dapat mengikuti program tersebut kerana saya sangat berminat dengan program tersebut. Saya pernah mendengar bahawa program tersebut tidak popular dan tidak ramai yang memohon. Jadi, adakah saya berpeluang melanjutkan pelajaran dalam program tersebut? Terima kasih.

    1. Pertama terima kasih kerana bertanya. Sekiranya berdasarkan syarat minimum bagi kursus tersebut, maka anda kurang layak. Walau bagaimanapun, saya nasihatkan supaya menghubungi pihak UTHM bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertanyaan anda. Hal ini adalah kerana kemungkinan pihak UTHM boleh membantu anda.

      1. Terima kasih kerana sudi membalas pertanyaan saya. Maksud saudara saya mungkin tidak dapat atau bagaimana?

      2. Anda mungkin tidak dapat melanjutkan pelajaran ke dalam program tersebut disebabkan keputusan anda tidak mencapai syarat minimum yang dikehendaki.

  132. Assalamualaikum. Saya lepasan SPM 2014. Saya ingin bertanya berkenaan program asasi dan matrikulasi. Jika saya mengambil program Asasi Ilmu Pengetahuan berasaskan Wahyu dan Warisan Islam di UIA dan lulus program tersebut, bolehkah saya mengambil ijazah dalam bidang lain? Hal ini adalah kerana program tersebut hanya untuk mereka yang sesuai dan bersedia mengambil program ijazah berkaitan program asasi yang diambil. Boleh berikan jawapan dengan teliti? Adakah sukatan pelajaran matrikulasi sama seperti belajar di dalam kelas semasa sekolah? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Setelah membuat pembacaan, para pelajar lepasan program tersebut hanya boleh melanjutkan dalam program Sarjana Muda Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Warisan Islam semasa di peringkat ijazah. Sila rujuk laman web di bawah:

      http://www.iium.edu.my/asasi/pdf/general_requirements1.pdf

      Seterusnya bagi pengetahuan anda, sukatan pelajaran matrikulasi memang berbeza dari sukatan pelajaran di peringkat sekolah menengah.

      1. Adakah ini bermakna jika saya mengambil program matrikulasi dan lulus program tersebut, saya boleh memilih bidang ijazah selain daripada program matrikulasi?

      2. Bagi pengetahuan anda, sekiranya anda mahu melanjutkan pelajaran ke matrikulasi, akan terdapat 3 jenis modul yang melambangkan apa yang kita ambil sama ada Sains Tulen, Sains Hayat and Sains Fizik. Penerangannya adalah seperti berikut:

        1. Subjek modul 1 ialah Matematik, Biologi, Kimia & Fizik.
        2. Subjek modul 2 ialah Matematik, Kimia, Fizik & Sains Komputer.
        3. Subjek modul 3 pula ialah Matematik, Biologi, Kimia & Sains Komputer.

        Jadi, selepas menamatkan pengajian di matrikulasi anda memang boleh memilih bidang ijazah selain daripada program matrikulasi selagi program ijazah tersebut menetapkan syarat-syarat yang berkaitan dengan subjek yang anda ambil semasa di matrikulasi.

  133. Assalamualaikum. Saya pelajar lepasan SPM 2014. Saya masih lagi buntu dalam memilih bidang pengajian walaupun tempoh untuk UPU hampir tamat. Bolehkah saudara membantu saya untuk membuat keputusan? Saya telah bertanya kepada guru-guru dan ibu bapa saya. Masing-masing memberi jawapan yang sama iaitu pilihlah bidang mengikut minat. Namun, saya sendiri tidak pasti bidang yang saya cenderung tetapi subjek yang saya minat ialah Biologi dan juga Kimia. Alhamdulilah, keputusan SPM saya juga cemerlang. Harap saudara memberi respon secepatnya kepada saya.

  134. Assalamualaikum. Terima kasih ats info yang bermanfaat ini. Saya ingin bertanya beberapa soalan. Saya adalah pelajar lepasan SPM 2014 dengan keputusan SPM 8A 3B, (B) Biologi, (B+) PQS and bahasa Arab. Pertamanya, apakah program asasi yang prlu saya mohon untuk menyambung pengajian dalam program Sains Aktuari pada peringkat ijazah nanti? Setahu saya terdapat 4 buah IPTA yang menawarkan program ini seperti UM, UKM, USIM and UiTM. Saya keliru dengan program Asasi Sains di UM terutamanya. Mohon pencerahan secepat mungkin kerana sistem UPU akn ditutup pd 6/4/2015 ini. Thank you so much. May Allah ease you everything.

  135. Assalamualaikum. Saya lepasan SPM 2014. Keputusan saya 4A- (Semua subjek Sains dan bahasa Inggereis) dan 4A (BM, PQS, Sejarah dan Matematik), C+ (Matematik Tambahan), B+ (PSI) dan D (bahasa Arab). Saya keliru untuk memilih antara program matrikulasi Sains Fizikal atau asasi di Kolej MARA bawah program asasi Sains dan Teknologi (Kejuruteraan) kerana saya ingin memasuki ijazah pertama bidang kejuruteraan Kimia di USM/ UniKL MICET. Mohon pencerahan. Jika boleh saya memohon jasa baik tuan untuk memberikan pendapat tentang peluang pekerjaan bagi lepasan ijazah pertama kejuruteraan Kimia. Syukron jazilan.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, anda boleh melanjutkan pelajaran ke program matrikulasi Sains Fizikal. Seterusnya, peluang pekerjaan bagi lepasan ijazah pertama kejuruteraan Kimia adalah terlalu luas. Anda boleh sahaja membuat carian di internet mengenai maklumat tersebut.

  136. Assalamulaikum. Sekiranya saya mengambil program asasi di swasta, adakah saya boleh mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di UiTM?

    1. Waalaikumussalam. Setakat pengetahuan saya, anda tidak boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah UiTM selepas menamatkan program asasi di pusat pengajian swasta. Apapun, bagi mendapatkan kepastian, saya nasihatkan anda supaya menghubungi pihak UiTM secara terus.

  137. Saya telah mendapat tawaran Diploma Sains di UPSI. Bolehkah saya memohon ijazah sarjana muda di universiti lain selepas tamat program diploma ini? Atau saya hanya boleh memohon ijazah sarjana muda di UPSI?

    1. Maaf kerana lambat menjawab persoalan anda. Anda boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sarjana muda di universiti lain selain UPSI.

  138. Assalamualaikum. Saya mendapat tawaran program Diploma Farmasi MiCoST dan matrikulasi. Walau bagaimanapun, saya masih bingung untuk memilih matrikulasi ataupun program Diploma Farmasi. Ramai yang mengatakan peluang untuk pelajar matrikulasi melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah adalah lebih mudah berbanding pelajar diploma. Adakah betul pernyataan tersebut?

    1. Waalaikumussalam. Setakat pengetahuan saya, pelajar diploma juga berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah dengan mudah. Apa yang penting, setiap kursus yang diceburi anda mesti melakukan yang terbaik bagi mendapatkan hasil yang terbaik juga.

  139. Assalammualaikum, terima kasih atas info dan jawapan yang akan diberikan. Soalan saya, saya mendapat tawaran Asasi Sains di UIAM. Seterusnya, lepasan asasi tersebut hanye ditawarkan 3 bidang yang langsung saya tidak minati. Saya telah menghubungi UIAM dan bertanya sama ada saya boleh berpindah ke IPTA lain selepas peringkat asasi namun jawapannya tidak. Walau bagaimanapun, terdapat juga pihak yang mengatakan saya boleh berbuat demikian. Saya juga mendapat tawaran matrikulasi. Maafkan saya kerana menyusahkan. Mohon pencerahan. Terima kasih. 😃

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, anda memang tidak boleh bertukar ke IPTA lain sekiranya anda mengikut program Asasi Sains di UIAM. Apakah program yang anda dapat di matrikulasi?

      1. Terima kasih banyak atas perhatian. Saya telah mendapat program Sains di matrikulasi. Alhamdulillah saya sudah berjaya membuat pilihan. Terima kasih. :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s