Apakah Perbezaan antara Pra-Diploma dan Diploma?


Selamat tahun 2015.

Sila lihat dahulu pertanyaan yang telah diajukan diruangan komen di bawah sebelum mengajukan soalan anda. Terima kasih. ;)

Keputusan SPM telah diumumkan dan semua pelajar telah memperolehinya daripada sekolah masing-masing. Dalam beberapa hari ini, semua pelajar lepasan SPM yang berjaya sedang berkira-kira dan memikirkan hala tuju seterusnya dalam meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ikuti serba sedikit maklumat yang berkaitan pemilihan pusat pengajian tinggi yang ditawarkan di Malaysia.

Program Diploma?

Program Diploma ialah satu program yang diuruskan dan dikendalikan sendiri oleh pihak universiti. Program peringkat diploma ini biasanya akan mengambil masa selama 3 tahun. Kursus di peringkat diploma ini daripada awal lagi telah dikhususkan kepada bidang-bidang tertentu. Ini bermakna apabila pelajar berkenaan mengikuti program pengajian diploma mereka telah boleh merancang masa depan kerjaya dengan lebih tepat.

Hampir semua IPTA ada menawarkan program pengajian peringkat diploma dan seterusnya program peringkat ijazah yang berkaitan.

Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah bergantung kepada jurusan dan universiti yang berkenaan. Yuran pengajian dan penginapan juga perlu ditanggung sendiri oleh pelajar. Para pelajar boleh memohon biasiswa atau pembiayaan yang lain seperti PTPTN untuk menampung kos pembelajaran.

Lulusan program diploma boleh terus bekerja jika mereka mahu atau menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Mereka perlu memohon melalui UPU atau USM untuk mengikuti program peringkat ijazah. Walaupun begitu ada juga universiti yang menyerap terus lulusan diploma mereka ke peringkat ijazah jika memenuhi syarat dan kelayakan yang ditetapkan.

Program Pra-Diploma?

Program Pra-Diploma pula ditawarkan kepada sesiapa mendapat keputusan kurang daripada 5 kepujian yang menyebabkan pelajar tersebut tidak layak untuk menyambung pelajaran ke peringkat Diploma. 

Program ini diwujudkan adalah untuk memberi peluang kepada para pelajar yang kurang berjaya, agar mereka juga boleh menyambung pelajaran ke peringkat Diploma dan seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi.

Berikut adalah syarat minimun bagi sesiapa yang ingin mengikuti program Pra-Diploma:

  • Mendapat kepujian dalam matapelajaran Matematik/Matematik Tambahan.
  • Lulus dalam subjek Bahasa Inggeris.
  • Lulus (1) daripada mana-mana subjek yang berikut:
    • Fizik
    • Kimia
    • Biologi
    • Matematik Tambahan

Tempoh pengajian bagi program Pra-Diploma ialah antara 6 bulan sehingga ke 12 bulan.  Akhirnya, mana-mana calon yang berjaya/lulus dalam program Pra-Diploma bolehlah melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma.

Jadi, manakah yang lebih baik?

Sebenarnya, program Diploma dan Pra-Diploma mempunyai kelebihan masing-masing.

Bagi mereka yang mendapat keputusan yang kurang cemerlang dalam SPM (kurang daripada 5 kepujian), anda amatlah digalakkan untuk memohon program Pra-Diploma. Memang tidak dinafikan bahawa masa yang anda akan habiskan adalah lebih kurang 4 tahun kerana anda perlu menyelesaikan dahulu program Pra-Diploma (lebih kurang 1 tahun) dan program Diploma (lebih kurang 3 tahun), tetapi program Pra-Diploma ini adalah merupakan salah satu peluang untuk anda melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.

Siapa yang mengatakan pelajar yang kurang cemerlang dalam SPM tidak boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah dan seterusnya ke peringkat? Hal ini adalah kerana dengan adanya program Pra-Diploma, perkara ini adalah tidak mustahil.

Bagi mereka yang mendapat keputusan yang minimum sekurang-kurangnya 5 kepujian dalam SPM, saya galakkan anda memohon untuk melanjutkan pelajaran ke program Diploma. Hal ini adalah kerana anda akan dapat menjimatkan masa selama 1 tahun.

Akhirnya, janganlah jadikan kegagalan itu sebagai satu halangan untuk kita terus berjaya. Jadikanlah kegagalan itu sebagai satu dorongan untuk kita menjadi lebih baik dan bersungguh-sungguh pada masa hadapan.

Saya ucapkan semoga anda semua berjaya di dunia dan cemerlang di akhirat.

About these ads

42 thoughts on “Apakah Perbezaan antara Pra-Diploma dan Diploma?

    1. Maaf atas kelewatan. Saya mempunyai beberapa urusan yang tidak dapat dielakkan sehingga saya tidak sempat untuk menjawab persoalan di blog ini. Sekiranya saudari tidak keberatan, bolehkah saudari nyatakan keputusan penuh. Hal ini bagi memudahkan saya membuat penilaian.

  1. Adakah terdapat kemungkinan bahawa para pelajar boleh ditawarkan program diploma dengan hanya menggunakan keputusan peperiksaan percubaan?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, sebarang program diploma hanya akan ditawarkan setelah dimohon oleh pemohon. Keputusan peperiksaan yang digunakan mestilah keputusan peperiksaan yang sebenar bukan keputusan peperiksaan percubaan.

      Walau bagaimanapun, sesiapa yang memperolehi keputusan peperiksaan percubaan yang cemerlang, mungkin akan ditawarkan mengikuti program ‘Fast Track’ (laluan pantas) bagi sesuatu bidang di universiti tertentu seperti bidang Sains Pertanian di UPM.

      Program ‘Fast Track’ bermaksud jangka masa kursus yang akan kita lalui dalam sesuatu bidang itu akan dipercepatkan. Contohnya, pelajar ‘Fast Track’ di UPM, hanya akan mengikuti program Asasi selama 2 semester sahaja (1 tahun) berbanding pelajar Asasi UPM laluan biasa yang perlu melalui program Asasi selama 3 semester (1 1/2 tahun).

  2. Saya mahu bertanya bagi pihak kawan saya. Kawan saya aliran sastera, tetapi dia mahu mengambil bidang kejururawatan. Keputusan SPM dia agak cemerlang. Adakah apabila kita mengambil pra diploma, kita boleh mengambil bidang kejururawatan untuk diploma? Hal ini adalah kerana dia aliran sastera bukan aliran sains. Harap dapat membantu :)

    1. Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, sekiranya kawan anda memang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang kejururawatan, adalah lebih baik dia memohom program
      Diploma Sains Kejururawatan (D2031) yang ditawarkan dalam UPU kepada kedua-dua aliran iaitu aliran sains dan aliran sastera.

  3. Hello admin, pertama sekali, terima kasih kerana berkongsi matlumat yang berguna ini. Saya ingin bertanya beberapa soalan. Saya mendapat keputusan minimum 5 kepujian (1A 2B 4C 1D 1E). Adakah keputusan minima ini layak untuk saya belajar diperingkat diploma? Saya ingin mengambil jurusan Seni Lukis dan Seni Reka (AD110). Syarat kelayakan Diploma AD110 ini adalah sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Mathematik. Sedangkan pra-diploma memerlukan kepujian dalam Mathematik. Jadi, bolehkah saya memohon dengan keputusan minima dalam subjek Mathematik iaitu E?

    Thank you for the time. :-)

    1. Pada pendapat saya, berpandukan keputusan anda dan apa yang anda nyatakan. Anda layak untuk memohon bidang AD110. Hal ini adalah kerana lulus bermaksud anda memperolehi keputusan E.

      1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  4. Sekarang ini kebanyakan ijazah melihat kembali keputusan SPM, jadi sekiranya saya mengikuti program pra-diploma ini dan berjaya sehingga menamatkan diploma. Bagaimanakah saya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sedangkan keputusan SPM saya tidak mencapai kredit yang diinginkan?

  5. Saya telah mendapat dua tawaran yang berbeza iaitu Pra-Diploma Perdagangan dan Diploma Kejuruteraan Elektronik Komunikasi. Jadi yang mana satu patut saya pilih? Apakah kelebihan program pra-diploma?

  6. Assalamualaikum. Saya telah mendapat 2 tawaran iaitu program Diploma Pengurusan Sumber Manusia di KPTM dan Pra-Diploma Keusahawanan di UiTM. Saya lebih berminat dalam bidang perakaunan. Jadi yang mana satu patut saya pilih? Apakah kelebihan KPTM berbanding UiTM? Harap dapat membantu. Terima kasih

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  7. Keputusan SPM saya ialah 6 kredit tetapi bahasa Inggeris sekadar lulus sahaja. Persoalannya, adakah boleh saya menyambung pelajaran ke program diploma tanpa melalui program pra-diploma? Ini ialah keputusan SPM saya iaitu Sains (A+), BM (B+), MT (C+), Geografi (C), PQS (C), PSI (E) dan BI (E). Harap dapat membantu. :)

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  8. Assalamualaikum. Saya mahu mengambil kos psikologi tetapi saya dari aliran teknikal. Selain itu, saya juga merupakan lepasan SPM 2012. Masalahnya kos psikologi ditawarkan kepada para pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah sahaja. Jadi, patutkah saya memasuki program Pra-Diploma Sains terlebih dahulu?

    1. Sekiranya anda memilih program Pra-Diploma Sains, anda masih perlu mengambil diploma dahulu sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Sekiranya kursus psikologi hanya ditawarkan kepada pelajar peringkat ijazah, maka anda boleh terlebih dahulu melanjutkan pelajaran di peringkat diploma, asasi, matrikulasi, IB atau A-Level.

  9. Salam. Saya baru berumur 16 tahun dan terus meminta untuk melanjutkan pelajaran ke kolej vokasional. Adakah tindakan saya itu betul?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Sekiranya memang anda memang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara, maka tiada salahnya. Hal ini adalah kerana pelajar-pelajar yang belajar di kolej vokasional juga mempunyai masa depan yang cerah untuk berkerja dalam pelbagai bidang pekerjaan.

  10. Saya dari aliran sastera. Boleh atau tidak sekiranya saya mahu melanjutkan pelajaran dalam program Pra-Diploma Sains? Setelah habis pengajian tersebut, apakah jurusan yang ditawarkan?

  11. Saya telah mendapat BM (A-), Pendidikan Islam (A-), Sejarah (A), Bahasa Inggeris (B+), Matematik (B), Biologi (C), Fizik (D), Matematik Tambahan (E) dan Kimia (E). Adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dalam Diploma Pentadbiran Awam?

  12. Terima kasih atas info yang diberikan. Saya baru sahaja mendapat keputusan SPM tetapi keputusan saya tidak berapa memuaskan. Jadi, apakah bidang yang saya boleh ambil dengan keputusan saya iaitu Seni (B+), BM (B), Sains (B), Sejarah (B), Agama (C+), Bahasa Inggeris (C), Matematik (D) dan ICT (D)?

  13. Saya telah mendapat keputusan SPM iaitu 1A+ 2A 1A- 2B+ 1B 2C+ 1C 1D. Subjek Kimia saya ialah D. Bahasa Inggeris pula hanya C+ sahaja. Saya sudah berkelayakan memohon program Diploma Sains di UiTM tetapi saya lebih berminat kepada bidang fisioterapi. Walau bagaimanapun, keputusan SPM saya tidak memenuhi syarat minimum bagi program tersebut. Jadi, saya bercadang mengambil program pra-diploma. Adakah saya akan rugi? Hal ini adalah kerana keputusan saya tidaklah teruk tetapi saya tidak mahu belajar dalam program Diploma Sains. Boleh cadangkan sebarang jalan penyelesaian?

  14. Salam. Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam program Diploma Perbankan. Syarat kelayakan minimumnya ialah 5 kepujian (C) termasuk mata pelajaran Matematik, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Saya telah mendapat 5 kepujian tetapi bahasa Inggeris saya hanya D. Jadi, adakah saya layak melanjutkan pelajaran ke dalam program tersebut tanpa perlu mengikuti program pra-diploma terlebih dahulu?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Sekiranya melihat kepada syarat minimum yang diperlukan bagi kursus Diploma Perbankan, anda berkemungkinan tidak layak mengikuti program tersebut. Hal ini adalah kerana anda memperolehi gred D dalam bahasa Inggeris sedangkan syarat minimumnya ialah C. Apapun, saya nasihat anda supaya menghubungi mana-mana universiti yang menawarkan program tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut.

  15. Salam. Jadi, adakah saya perlu melanjutkan pelajaran dalam program Pra-Diploma? Apakah subjek yang perlu dipelajari dalam program Pra-Diploma tersebut?

    1. Pertamanya, saya nasihat anda supaya membuat semakan dengan mana-mana universiti mengenai syarat permohonan untuk melanjutkan pelajaran dalam program Diploma Perbankan. Hal ini adalah kerana setelah saya membuat sedikit pencarian, saya mendapati bahawa terdapat kursus yang sama tetapi tidak memerlukan anda memperolehi gred C dalam bahasa Inggeris. Contohnya seperti di bawah:

      1. http://www.kuis.edu.my/v3/perbankan-islam
      2. http://www.universitycollegeshahputra.edu.my/courses/fbm/islamic-banking

  16. Salam. Saya tidak layak mengikuti program pra diploma kerana pendapatan lebih RM3000 tetapi keputusan saya tiada masalah. Jadi mereka menawarkan saya menyembung pelajaran ke kolej bersekutu dalam program pra-diploma selama 6 bulan. Jadi, adakah boleh saya melanjutkan pelajaran bagi peringkat diploma nanti di UiTM atau tetap di kolej bersekutu? Terima kasih.

      1. Pada pendapat saya, anda boleh melanjutkan pelajaran di universiti lain sekiranya tiada sebarang perjanjian yang dimeterai antara anda dengan kolej bersekutu tersebut.

  17. Sekarang ini kebanyakan ijazah melihat kembali keputusan SPM, jadi sekiranya saya mengikuti program pra-diploma ini dan berjaya sehingga menamatkan diploma. Bagaimanakah saya ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sedangkan keputusan SPM saya tidak mencapai kredit yang diinginkan?

    1. Nasihat saya, anda pilihlah kursus peringkat ijazah yang menerima keputusan diploma sebagai salah satu syarat kelayakan untuk membuat permohonan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s