Teknik Belajar: BUFILM


BeDAK: Belajar Dengan Akronim.

Pada kiriman kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai satu teknik belajar yang diberi nama ‘BUFILM’.

Cara menggunakan ‘BUFILM’:

1. Sediakan jadual seperti yang di bawah.

Topik

B

(Baca)

U

(Ulang)

F

(Faham)

I

(Ingat)

L

(Latihan)

M

(Mahir)

             
             
             
             
             
             
             

2. Penerangan:

Bermula dengan kotak ‘Topik’, anda bolehlah mengisi apa-apa topik yang bakal anda pelajari.

Bagi kotak ‘Baca’, anda hanya perlu menandakan dengan tanda (/) sekiranya anda sudah membaca terlebih dahulu subjek yang akan anda pelajari.

Bagi kotak ‘Ulang’ pula, anda hanya perlu menandakan dengan (/) sekiranya anda sudah mengulang semula apa yang anda sudah pelajari. Sekiranya anda mengulang sesuatu topik itu sebanyak 2 kali, anda hanya perlu menanda sebanyak 2 kali juga. (Tanda mengikut kekerapan anda mengulang semula apa yang anda pelajari).

Seterusnya, kotak ‘Faham’ akan ditanda setelah anda berjaya memahami apa yang diajar. Ikut kelebihan masing-masing kerana terdapat di kalangan kita yang boleh memahami apa yang dibaca walaupun tanpa membuat ‘Ulang’ dan ‘Latihan’.

Kemudian, kotak ‘Ingat’ hanya akan ditanda apabila anda berjaya mengingati apa yang dipelajari dengan betul.

Selepas itu, kotak ‘Latihan’ juga hanya akan ditanda mengikut kekerapan anda membuat latihan-latihan yang berkaitan dengan subjek yang telah dipelajari.

Akhirnya, kotak ‘Mahir’ hanya akan ditanda apabila anda sudah menguasai sepenuhnya subjek yang diajar dan mahir dalam sesuatu topik itu.

Kemungkinan terdapat mereka yang akan ‘Mahir’ walaupun hanya membuat sebanyak satu kali latihan sahaja. Kepada mereka yang masih kurang mahir dalam sesuatu topik yang diajar, anda tidak boleh menanda kotak ‘Mahir’. Jadi, silalah membuat latihan sebanyak mungkin sehingga anda menjadi mahir.

Tujuan BUFILM:

1. Memudahkan para pelajar untuk belajar dengan lebih sistematik.

2. Para pelajar dapat mengenal pasti apa yang belum lagi dilakukan untuk membolehkan mereka menguasai sesuatu subjek itu.

Mudah-mudahan, teknik ‘BUFILM’ ini dapat membantu para pelajar dalam pelajaran. Untuk mengikuti perkembangan lanjut, silalah mengikuti kumpulan BeDAK di Facebook. Sila klik di sini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s