Kelebihan Tingkatan 6


Pertamanya, jemput ‘Like’ page blog ini di Facebook.

Selamat tahun 2016!

Jutaan terima kasih kepada semua yang memberikan sokongan. Sebarang pertanyaan, anda boleh bertanya di ruangan komen di bawah.

Tingkatan 6 sebenarnya mempunyai beberapa kelebihan, antaranya adalah:

1. Diiktiraf bagi kemasukan ke kebanyakan universiti di serata dunia.

2. Dengan sijil STPM pun sudah boleh bekerja dengan kerajaan mahupun swasta. Syaratnya mestilah mendapat 4 prinsipal/3 prinsipal dan 2 subsid mana-mana yang terpakai berdasarkan prinsipal terendah.

3. Kiraan ‘pointer’ STPM berdasarkan jumlah markah kesemua pointer subjek diambil dibahagi dengan 4 sahaja. ‘Pointer’ untuk memasuki ke universiti menggunakan STPM ini tidak tinggi berbanding kursus matrikulasi, pra-u, diploma dan sebagainya kerana taraf akademiknya sangat hampir dengan universiti.Β 

4. Kualiti sijil STPM ini bertaraf diploma. Maksudnya anda boleh memohon jawatan bertaraf diploma di jabatan kerajaan.

Taraf Sijil STPM

Setiap subjek lulus prinsipal akan dapat taraf Advanced Level (setaraf A-Level) Cambridge/UK. Taraf soalannya sama kualiti dengan soalan peperiksaan luar negara Cambridge GCE A-Level. Di luar negara, STPM digelar Senior Cambridge, SPM – Junior Cambrige atau High School Certificate(HSC), High School Diploma di US.

Kelayakan Bekerja dengan Kerajaan

Bagi Peperiksaan STPM mulai 1987, lantikan dalam jawatan kerajaan:

1. Lulus sekurang-kurangnya 3 matapelajaran atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU

2. Lulus 2 matapelajaran dan lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM dengan syarat kedua-dua matapelajaran yang lulus itu mestilah sekurang-kurangnya mendapat Gred C dan C atau Gred B dan D atau Gred A dan E; ATAU

3. Lulus sekurang-kurangnya 2 matapelajaran atas Gred E dan 2 matapelajaran atas Gred R serta lulus Pengajian Am dalam satu peperiksaan STPM; ATAU

4. Lulus sekurang-kurangnya 4 matapelajaran yang berlainan atas Gred E dan lulus Pengajian Am dalam peperiksaan STPM yang dikumpulkan dalam 2 peperiksaan dalam tempoh 3 tahun berturut-turut.

Kesimpulannya, jika anda memperolehi 4 principal C dan ke atas atau 3 prinsipal + 2 subsid dan ke atas tetapi kiraannya mestilah Pengajian Am lulus penuh atau gred C, subjek yang lain mestilah gred C( syarat paling asas untuk STPM bertaraf lulus penuh boleh kerja dengan kerajaan).

Penggantian Subjek

Penjelasan lanjut tentang STPM bagi kemasukan ke IPTA atau kerja berdasarkan penggantian subjek adalah seperti berikut:

Contohnya, pelajar A mempunyai keputusan Β SPM dan STPM dalam masa yang sama. Pelajar A tidak mendapat paling kurang kredit dalam subjek Ekonomi di peringkat SPM tetapi dia mendapat prinsipal dalam subjek Ekonomi di peringkat STPM.

Semasa ingin memohon untuk memasuki ke universiti nanti, jika terdapat kursus yang mensyaratkan pelajar A mesti mendapat kredit dalam subjek Ekonomi pada peringkat SPM (tetapi dia tidak mendapat kredit), maka pelajar A bolehlah menggunakan kelulusan prinsipal ekonomi dalam STPM untuk menggantikan nilai kredit bagi subjek ekonomi di peringkat SPM tadi.

Maksudnya, apa-apa subjek yang sama dan diambil pada peringkat SPM dan STPM, lulus prinsipal subjek yang sama di peringkat STPM akan dapat menukar atau menampung nilai subjek yang sama di peringkat SPM bagi penggantian kredit atau perpindahan kredit.

Hanya subjek yang sama iaitu subjek STPM boleh menampung subjek SPM bagi penggantian kredit SPM. Tidak boleh subjek yang sama di peringkat SPM mengganti subjek yang sama di peringkat STPM kerana taraf STPM lebih tinggi daripada taraf SPM.

Taraf STPM adalah A-Level manakala taraf SPM adalah O-Level.

A-Level (Advanced Level): STPM iaitu merupakan tahap lanjutan dan di Malaysia dikatakan prinsipal atau lulus penuh.

O-Level (Ordinary Level): SPM iaitu tahap biasa dan di Malaysia dikatakan kredit atau kepujian.

Pembelajaran di Tingkatan 6

Belajar di tingkatan 6 seperti belajar di universiti, tidak boleh harapkan pengajar nak bagi semua ilmu, kerana ilmu bagi setiap subjek STPM ini ruang lingkup pembelajarannya terlalu luas sampaikan bidang sains pun berkait dengan sastera, sastera pun berkait dengan sains.

Fikiran juga harus matang dan tinggi, terbuka, minat mendalami ilmu, suka baca bahan ilmiah, isu semasa, perbincangan sekelas, usaha serta semangat membara, ditambah dengan cita-cita, kecerdasan minda, kecerdikan serta kecekapan, insya-Allah anda pasti berjaya kelak.

Memasuki tingkatan 6 memang mencabar minda dan keazaman kental. Persediaan rohani dan jasmani perlu wujud daripada awal pembelajaran lagi. Ingat, STPM adalah antara 5 peperiksaan tersusah di dunia.

Gred STPM

Berikut ialah nilai gred lulus penuh atau prinsipal:

A : 4.00
A-: 3.67
B+: 3.33
B : 3.00
B-: 2.67
C+: 2.33
C : 2.00

Berikut pula adalah bagi nilai gred lulus sebahagian atau subsid:

C-: 1.67
D : 1.33
D-: 1.00
F : 0.00

Sila layari laman di bawah bagi melihat syarat-syarat kelayakan STPM bagi pelantikan dalam perkhidmatan awam:

Syarat Kelayakan STPM bagi Pelantikan Perkhimatan Awam.

Sukatan Pelajaran

Kurikulumnya serta kualitinya diambil atau didasari dengan lembaga atau badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge itu sendiri dan ahlinya terdiri dari profesor dan pensyarah pakar.

Di Malaysia, soalannya digubal oleh pensyarah IPTA, kertas soalannya ditanda oleh cikgu tingkatan 6 yang pakar dalam bidangnya.

Soalan serta kualitinya setaraf dengan soalan peperiksaan University Cambridge luar negara. Diiktiraf oleh badan peperiksaan profesional luar negara iaitu mengikut standard (piawai) dari lembaga peperiksaan Universiti Cambridge.

Untuk mendapatkan sijil STPM, anda haruslah sekurangnya mendapat 1 prinsipal dari mana-mana subjek.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai STPM anda bolehlah melayari laman web yang berikut:

1. STPM Terminal.

2. STPM Baharu.

Sebarang pertanyaan lazim tentang STPM, sila klik di sini. Manakala, bagi melihat kemasukan ke tingkatan 6 pula, sila klik di sini.

Jemput ‘Like’ page blog ini di Facebook.

133 thoughts on “Kelebihan Tingkatan 6

  1. Saya sudah berputus asa belajar di tingkatan 6, padahal hanya tinggal lagi 2 bulan sebelum peperiksaan akhir. Rugi rasanya kerana tidak menyambung pelajaran di UiTM atau Politeknik. Harap anda dapat membantu saya.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Saya hanya mampu memberikan beberapa nasihat. Sentiasalah mempunyai hati yang besar apabila ditimpa dengan ujian. Lihatlah orang-orang yang lebih diuji daripada anda. Sentiasalah bersabar dan yakinlah bahawa akan datang pertolongan daripada Allah yang akan menunjukkan jalan keluar daripada masalah yang anda sedang hadapi. Lapangkan pemikiran anda hanya kepada Allah. Roh insan apabila semakin dekat dengan Allah, dia akan melihat urusan dunia itu kecil sahaja. Seperti sesorang yang pergi semakin jauh ke angkasa, dia akan melihat bumi itu kecil sahaja.

      Saya cadangkan anda lihat video ini:

      1. http://www.youtube.com/watch?v=OML7Ol3voS0&feature=plcp
      2. http://www.youtube.com/watch?v=OIEOEM3CqPk&feature=plcp

      Sekian.

  2. Salam, rasanya tidak terlambat lagi untuk saya bertanya. Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam ‘finance degree’ di New Zealand dalam 2 tahun lagi. Soalan saya, adakah lebih baik saya melanjutkan pelajaran dalam program a-Level atau STPM? Saya sekarang hanya mempunyai sijil SPM sahaja. Setahu saya yuran kemasukan ke program a-Level lebih mahal daripada STPM. Saya mendapat info daripada website tarc, masa pengajian bagi program a-Level & STPM ialah sama iaitu 18 bulan. Saya mohon pencerahan, terima kasih.

      1. Assalamualaikum. Saya pelajar lepasan STPM 2014 dan baru sahaja mengisi UPU. Semasa SPM dahulu saya telah gagal dalam bahasa Inggeris. Namun, keputusan STPM saya semua prisipal PNGK 3.17 saya perolehi. Setelah saya mengisi UPU, saya tidak mendapat pangilan temuduga atas kos yang saya pilih. Adakah ini disebabkan saya gagal bahasa Ingeris ketika SPM dahulu? Mohon pencerahan.

      2. Waalaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Setakat pengetahuan saya, apabila anda mengisi UPU dengan keputusan STPM anda, maka keputusan SPM anda tidak akan dinilai lagi. Hal ini adalah kerana pelajar lepasan STPM boleh terus memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Jadi, saya berpendapat anda tidak mendapat tidak mendapat pangilan temuduga atas kos yang anda pilih bukan kerana anda gagal bahasa Ingeris semasa SPM dahulu. Hal ini mungkin adalah kerana kos yang anda inginkan tersebut mempunyai saingan yang ramai.

  3. Saya mempunyai masalah di TG6 iaitu tertinggal semester pertama kerana masalah kesihatan. Oleh kerana itu, saya berasa mampukah saya mengulangkaji pelajaran untuk semester yang telah tertinggal itu. Saya ingin minta pindapat anda, adakah perlu saya teruskan TG6 atau pergi ke IPTA/Politeknik? Saya perlukan penjelasan. Terima kasih.

    1. TG6 tu tingkatan 6.

      Saya rasa lebih baik tidak teruskan tingkatan 6 jika telah banyak ketinggalan pelajaran. Semua ini berdasarkan pengalaman saya sendiri.

      1. Salam. Saya lepasan STPM 2015. Keputusan saya ialah 2.92 iaitu 3B 1B- dan MUET saya band 4. Jadi, adakah saya mempunyai peluang untuk ditempatkan di universiti dengan pemilihan kos perniagaan dan ekonomi memandangkan saya mempunyai asas bagi subjek tersebut? Adakah pemilihan kos ini sesuai dengan keputusan saya?

  4. Salam. Jika saya mempunyai sijil STPM, bolehkah saya menyambung pelajaran ke peringkat ijazah? Tempoh pembelajaran bagi matrik & STPM, manakah yang lebih singkat?

    1. Ya, anda boleh menyambung pelajaran di peringkat ijazah dengan sijil SPTM. Tempoh pembelajaran bagi matrik & STPM adalah lebih kurang sama iaitu selama 3 penggal/semester (1 1/2 tahun).

  5. Assalamualaikum. Sekiranya saya gagal dalam subjek matematik tambahan atau mana-mana subjek sains, adakah saya masih layak untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6?

  6. Assalamualaikum, saya baru sahaja menamatkan peperiksaan SPM. Sekiranya saya ingin menyambung pelajaran ke tingkatan 6, bagaimana? Hal ini adalah kerana saya hanya diberi pendedahan oleh guru-guru tentang cara-cara kemasukan ke IPTA, asasi dan matrikulasi sahaja. Terima kasih.

  7. Assalamualaikum. Saya ingin meminta pendapat daripada anda. Saya sebenarnya ingin mengmbil STPM tetapi kebanyakan kawan saya mengatakan STPM itu susah. Boleh tolong jelaskan lebih lanjut mengenai STPM? Terima kasih.

    1. Saya mahu memberikan pendapat. Tingkatan 6 susah? Memang pun susah. Bagi pengetahuan semua, peperiksaan STPM adalah antara peperiksaan yang tersusah di dunia. Namun, hal itu mengikut kemampuan individu juga. Sekiranya dia memang pandai, maka peperiksaan STPM adalah mudah baginya. Apapun, cuba dulu mengikuti pengajian di tingkatan 6 bagi 1 penggal. Rasa sendiri macam mana. Cuba menduduki peperiksaaan pertama hal ini adalah kerana ujian bagi tingkatan 6 bawah ini terasa cepat. Kenapa saya mengatakan 1 penggal? Hal ini adalah kerana tingkatan 6 sudah menggunakan sistem penggal seperti diploma. Hanya terdapat 3 semester sahaja. Sekiranya lulus dengan cemerlang, anda boleh terus melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah. Cepat sambung ijazah, betul? Jika dibandingkan dengan diploma, ia akan mengambil masa yang lebih lama. Walau bagaimanapun, jangan asyik berfikir mahu menghabiskan pengajian dengan cepat kerana apa yang penting ialah niat mahu belajar. Sekiranya cepat melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah tetapi kualitinya tiada, maka tiada gunanya.

  8. Salam. Sekiranya saya medapat 3 prinsipal dalam STPM namun subjek ekonomi subsid dan pointernya hanya 2.8, adakah saya mempunyai peluang untuk diterima oleh mana-mana univesiti tempatan?

  9. Saya pelajar SPM. Saya bercadang ingin melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 tetapi saya risau kerana ramai kenalan saya yang mengatakan tingkatan 6 ini susah. Jadi, macam mana?

  10. Saya telah mendapat keputusan STPM. Pengajian Am dan BM saya lulus sebahagian sahaja iaitu gred C-. Bolehkah saya memasuki universiti bagi meneruskan pengajian di peringkat ijazah?

    1. Ya, anda masih layak untuk memohon melanjutkan pelajaran ke universiti. Hal ini adalah kerana syarat umum kemasukan ke universiti bagi lepasan STPM ialah lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

      1. Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am
      2. Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
      3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

      1. Saya berkemungkinan besar akan mendapat C- dalam Pengajian Am. Adakah saya dikira gagal dalam STPM. Keputusan ramalan STPM saya ialah Sains Sukan (B-), Pengajian Am (C-), Bahasa Melayu (A-) dan Seni (A-). Adakah saya masih layak untuk memasuk universiti? Mohon penjelasan.

  11. Assalamualaikum. Boleh cadangkan tempat yang sesuai untuk abang saya melanjutkan pelajaran kerana dia baru sahaja mendapat keputusan STPM. Dia mendapat pointer 2.00. Pengajian Am C- , BM C, SJ C, P.Perniagaan D+. Terima kasih.

    1. Dia masih layak untuk memohon melanjutkan pelajaran ke universiti. Hal ini adalah kerana syarat umum kemasukan ke universiti bagi lepasan STPM ialah lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

      1. Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am
      2. Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
      3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

    1. Ya, anda masih layak untuk memohon melanjutkan pelajaran ke universiti. Hal ini adalah kerana syarat umum kemasukan ke universiti bagi lepasan STPM ialah lulus peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dan mendapat sekurang-kurangnya:

      1. Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am
      2. Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
      3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

      1. Saya telah mendapat C dalam subjek PA dan Sejarah. Jadi, adakah saya boleh mendapat tawaran ke universiti?

      2. Ya, anda tetap boleh mendapat tawaran ke universiti. Namun, anda amat digalakkan untuk mengisi mana-mana borang permohonan ke universiti yang diiktiraf untuk meninggatkan lagi peluang anda.

      3. Bolehkah saya mendapat peluang pekerjaan dengan kerajaan apbila keputusan STPM saya hanya 1.33? Kemudian bolehkah saya mengambil ulangan sekali lagi untuk STPM 2013?

  12. Salam, saya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran dalam Pra-Universiti (Sains). Jadi, jka saya ingin menjadi pegawai perubatan, berapakah minimum PNGK yang harus saya perolehi? Saya juga keliru, program matrikulasi hanya mengambil masa 1 tahun. Adakah pelajar lepasan matrikulasi akan meneruskan pengajian mereka di peringkat ijazah atau mereka akan bercuti terlebih dahulu sementara menunggu pelajar Pra-Universiti menamatkan pengajian mereka?

    Saya amat berharap maklumat daripada saudara. Terima kasih saya ucapkan.

  13. Assalamualaikum. Saya pelajar lepasan SPM 2013. Saya bercadang untuk menyambung pelajaran ke tingkatan 6 tetapi nama saya telah terpilih untuk ke PLKN penempatan ketiga. Kalau di mana-mana IPTA, terdapat juga yang boleh masuk pada Januari tahun hadapan atau pada bulan November tahun ini. Jadi, bagaimana dengan Tingkatan 6? Boleh atau tidak kalau saya masuk ke tingkatan 6 pada bulan Nov/ Jan? Memang ramai yang kata kita boleh buat penangguhan untuk PLKN, tapi saya lebih selesa jika diteruskan sahaja tanpa membuat apa-apa penangguhan. Jadi,bagaimana?

    Lagi satu, adakah syarat kelayakan ke UniSZA perlu mengambil Bahasa Arab? Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Setakat maklumat yang saya perolehi, sekiranya anda mengikut PLKS (Fasa 3), maka anda tidak boleh memasuki Tingkatan 6 pada bulan November atau Januari tahun depan. Hal ini berbeza sekiranya anda mengikuti program PLKN (Fasa 2) kerana anda masih boleh melanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6.

      Bagi syarat kelayakan ke UniSZA, anda tidak semestinya perlu mengambil subjek Bahasa Arab. Namun, sekiranya anda mahu menyambung pelajaran di UniSZA dalam program Pengajian Islam, maka anda sekurang-kurang mesti memperolehi Kepujian (gred C) dalam subjek Bahasa Arab.

  14. Salam, saya telah mendapat CGPA 2.92 (P.P B+, Ekonomi C, Sejarah B+, P.Am B) dalam STPM dan band 2 dalam Muet. Adakah saya mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA? dan apakah kursus yang layak untuk saya?

  15. Saya hanya mahu bertanya, kalau Pengajian Am (D+) and subjek lain saya mendapat A (4.0) seperti Fizik, Matematik, Biologi, dan MUET (Tahap 4), adakah saya layak melanjutkan pelajaran ke universiti?

    1. Maaf, saya tidak dapat memastikan sama ada boleh atau tidak. Saya hanya boleh menyatakan bahawa syarat miniman bagi lepasan STPM yang mahu melanjutkan pelajaran adalah seperti berikut:

      1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.
      2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00, mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
      3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

      Bagi maklumat lanjut, silalah menghubungi pihak universiti yang anda mahu pilih.

    2. Setahu saya subjek Pengajian Am adalah wajib prinsipal. Cikgu saya memaklumkan bahawa jika mendapat prinsipal untuk subjek lain tetapi Pengajian Am tidak prinsipal maka tiada guna. Hal ini adalah kerana ia adalah merupakan syarat bagi melanjutkan pelajaran ke universiti.

      1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini.πŸ˜‰

  16. Assalamualaikum, saya mendapat gred C- dalam STPM 2013. Adakah saya layak memohon untuk menyambung pelajaran ke universiti?

    1. Ya, anda layak. Hal ini adalah kerana berikut ialah syarat am bagi lepasan STPM yang mahu menlanjutkan pelajaran ke universiti:

      1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia.
      2. Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00, mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) mata pelajaran Pengajian Am dan Gred C (NGMP 2.00) dalam dua (2) mata pelajaran lain
      3. Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET).

  17. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya, sekiranya kita bersetuju menerima tawaran ke tingkatan 6, adakah permohonan kita di UPU masih diproses? Hal ini adalah kerana untuk Matrikulasi, berdasarkan apa yang saya dengar mengatakan jika kita sudah menerima tawaran ke Matrikulai permohanan melanjutkan pelajaran ke universiti melalui UPU tidak akan diproses lagi oleh pihak kementerian. Adakah ini akan terjadi untuk tingkatan 6. Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam, terima kasih kerana bertanya. Jawapannya, permohonan anda melalui UPU masih diproses walaupun anda menyambung pelajaran di tingkatan 6. Satu lagi, saya mahu memperbetulkan maklumat yang anda dengar. Anda jangan keliru dengan keputusan masuk Matrikulasi KPM yang telah diumumkan oleh Kementerian Pelajaran. Tawaran untuk ke Matrikulasi KPM dan tawaran ke IPTA/ Politeknik Premier adalah dua tawaran yang berlainan. Anda boleh mendapat kedua-dua tawaran sekaligus. Pilihan di tangan anda. Buatlah pilihan dengan bijak.

  18. Salam. Saya budak lepasan SPM 2013. Saya mahu tanya mengenai MUET. Boleh anda terangkan mengenai tahap-tahap yang terdapat dalam MUET? Terima kasih.

  19. Keputusan STPM 2013 telah keluar. Adik saya telah mendapat keputusan PA(C-), BM(B-), GEO(B), PEN.SENI VISUAL(B+). MUET(BAND 1). Adakah dia berpeluang masuk ke IPTA?

    1. Maaf kerana lambat menjawab persoalan anda. Apapun bagi pertanyaan anda jawapannya ialah dia masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. Sila isi maklumat yang diperlukan melalui sistem UPU.

  20. Saya lulusan STPM 2012 dengan pencapaian 4A-1B dan telah mendapat tawaran menyambung pengajian dalam bidang Ekonomi Pentadbiran Perniagaan. Oleh kerana masalah kewangan saya terpaksa menolak tawaran tersebut. Walau bagaimanapun, pada tahun ini saya telah membuat permohonan UPU yang baru. Soalan saya, adakah permohonan saya masih akan dilayan oleh pihak KPM?

  21. Salam. Saya ingin melanjutkan pengajian ke luar negara untuk ijazah. Borang permohonan universiti tersebut meminta saya untuk mengisi sama ada saya mengambil peperiksaan A-Level atau lain-lain. Adakah saya perlu memilih A-Level ataupun lain-lain kerana saya mengambil STPM. Tuan mengatakan A-Level dan STPM setaraf. Jadi macam mana? Mohon pencerahan.

    1. Setakat maklumat yang saya perolehi, keputusan STPM boleh digunakan untuk menyambung pelajaran ke luar negara. Anda hanya perlu memilih lain-lain. Semoga berjaya.

      Namun, bagi mendapatkan kepastian saya amat menggalakan anda menghubungi pihak universiti tersebut. Harap membantu.

  22. Salam. Saya mahu minta pencerahan daripada saudara mengenai SPM. Saya telah mendapat 4 kepujian sahaja iaitu BM (B+), BI (D), Sejarah (B), MT (B), PM (C+), BIB (D), Kimia (E), Biologi (E) dan Fizik (D). Saya telah melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 dan mendapat CGPA 2.75. Hari itu saya telah cuba memohon untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di UiTM. Namun, pegawai yang mengambil borang rayuan mengatakan bahawa saya tidak layak memohon. Seterusnya, dia mencadangkan saya memohon program pra-diploma kerana saya memperolehi 4 kepujian sahaja dalam SPM. Adakah betul bahawa keputusan saya tersebut menyebabkan saya tidak layak menyambung pelajaran ke peringkat ijazah? Jadi, apa yang patut saya lakukan? Adakah saya perlu bermula semula dari pra-diploma?

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini.πŸ˜‰

  23. Adakah terdapat pelajar yang gagal STPM untuk semua subjek? Jika dia mendapat 4 prinsipal kecuali MUETnya gagal iaitu cuma mendapat tahap 1, adakah akan diiktiraf juga oleh Cambridge?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini.πŸ˜‰

  24. Salam. Saya ialah pelajar lepasan STPM. Pada semester 1, saya memperolehi Pengajiam Am (C+), BM (B+), Sejarah (D+) dan Pengajian Perniagaan (F). Pada semester 2 pula, saya hanya memperolehi Pengajian Am (D), Sejarah (D), BM (B) dan Pengajian Perniagaan (F). Pada semester 3 pula, saya memperolehi Pengajiam Am (C+), Sejarah (C), BM (D+) dan Pengajian Perniagaan (D+). Jadi, adakah saya layak menyambung pelajaran saya ke peringkat ijazah? Saya mohon penjelasan.

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini.πŸ˜‰

  25. Assalamualaikum, saya mahu bertanya. Adakah sekiranya saya memperolehi C- bagi subjek Pengajian Am, saya tidak layak untuk mendapat sijil STPM?

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini.πŸ˜‰

  26. Salam. Saya pelajar lepasan tingkatan 6 2014. Saya ingin bertanya adakah terdapat pelajar STPM lepasan tahun-tahun lalu yang layak melanjutkan pelajaran ke IPTA dengan hanya mendapat gred C- dalam subjek Pengajian Am?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, saya minta maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan anda. Namun, salah satu syarat am permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti bagi lepasan SPM ialah mendapat Gred C (NGMP 2.00) dalam mata pelajaran Pengajian Am.

  27. Assalammualaikum. Saya pelajar lepasan SPM 2014 dan berminat untuk mengambil STPM. Jikalau saya mendapat keputusan yg bagus dlm STPM, adakah saya berpeluang untuk menyambung ijazah ke luar negara? Sekiranya boleh, bagaimana? Adakah melalui biasiswa atau terdapat cara lain?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya tahniah kerana anda mahu melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6. Lepasan STPM memang mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara. Caranya adalah dengan melayari mana-mana universiti yang anda minati, kemudian lihat sama ada universiti tersebut menerima keputusan STPM sebagai syarat kemasukan ke universiti mereka.

  28. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya, sekiranya saya hanya memperolehi 4 kredit dalam SPM (BM, SJ, MT, PI) tetapi cemerlang dalam STPM nanti, adakah saya berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di IPTA? Harap membantu.

  29. Saya pelajar lepasan SPM 2014. Saya berminat untuk mengambil STPM. Namun, ramai yang mengatakan jika permohonan kita ke matrikulasi diterima, kita tidak akan mendapat tawaran untuk mengambil tingkatan 6. Jadi, sekiranya saya menolak program matrikulasi dan mengambil STPM. Adakah saya perlu membuat rayuan?

    1. Setakat pengetahuan saya, sekiranya anda mendapat tawaran ke matrikulasi, anda masih mempunyai peluang untuk ditawarkan ke tingkatan 6. Boleh terangkan apa yang anda maksudkan dengan membuat rayuan?

  30. Salam. Bolehkah saya membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 sekiranya saya memperolehi gred D bagi subjek bahasa Melayu?

    1. Waalaikumussalam. Maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda. Setakat pembacaan saya, berikut ialah pernyataan rasmi dari Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia:

      “Sijil STPM akan dianugerahkan kepada calon yang mendapat kelulusan sebahagian atau lebih baik dalam sekurang-kurangnya satu mata pelajaran”.

      Sila layari laman berikut:

      http://portal.mpm.edu.my/stpm1

  31. Saya ingin mngambil STPM dalam aliran agama. Bolehkah lepasan STPM menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara seperti negara di timur tengah?

    1. Setakat pengetahuan anda, pelajar lepasan STPM boleh memilih untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah di luar negara. Anda boleh melayari laman rasmi Universiti Antarabangsa al-Madinah sebagai salah satu universiti yang menawarkan peluang tersebut.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Anda boleh memilih mana-mana kursus selagi ia menerima sijil STPM sebagai salah satu syarat permohonan bagi program tersebut.

  32. Saya mahu tahu cara menyambung belajar TESL di luar negara seperti UK selepas STPM? Saya berminat mahu menjadi guru tetapi dengan lulusan TESL luar negara bukan dalam negara? Hal ini adalah kerana saya berasa iri hati apabila tidak terpilih bagi Program Berkembar Bahasa Inggeris IPG-Universiti Luar Negara? Harap dapat bantu saya.

    1. Selepas menamatkan STPM, anda boleh mencari mana-mana universiti luar negara yang menawarkan program TESL dan menerima sijil STPM sebagai syarat kemasukan bagi melanjutkan pelajaran. Seterusnya, selepas menamatkan pengajian di universiti tersebut, anda boleh membuat permohonan untuk menjadi guru sama ada di bawah pihak kerajaan (KPM) atau swasta.

  33. Salam, saya ingin bertanyakan pendapat sahaja. Mungkin anda dapat menambah pemahaman tentang perkara ini iaitu antara mata pelajaran perakaunan dan pengajian perniagaan, program mana satu yang lebih bagus? Seterusnya antara dua program tersebut, ke mana hala tuju kerjayanya? Selepas itu, bagaimana pula dengan peluang untuk menyambung ke peringkat ijazah nanti? Mohon penerangan yang jelas. Terima kasih.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Antara mata pelajaran perakaunan dan pengajian perniagaan, kedua-dua mempunyai kelebihan masing-masing. Sila pilih mana-mana subjek yang anda lebih minati. Seterusnya, bagi mengetahui program-program yang boleh diambil apabila anda mahu melanjutkan pengajian di peringkat ijazah nanti, anda boleh melayari laman web yang berikut:

      https://online.moe.gov.my/upu/emas/index_kod.php

  34. Saya telah memperolehi gred (C) dalam subjek Sejarah, gred (E) dalam subjek Geografi dan (R) bagi subjek Bahasa Malaysia. Pada kali kedua pula, saya telah mendapat (R) bagi subjek Pengajian Am dan Bahasa Melayu. Bagi subjek lukisan pula saya memperolehi gred (E). Jadi, apakah kursus yang layak saya pohon?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya dan minta maaf kerana lambat menjawab persoalan anda. Saya juga minta maaf kerana saya pun tidak pasti mengenai kursus apa yang layak anda pohon. Saya amat galakkan anda menghubungi pihak UPU secara terus bagi mendapatkan jawapan bagi pertanyaan anda. Saya doakan anda agar dipermudah segala urusan.

  35. Assalamualaikum. Saya pelajar STPM 2013/2014 dan baru sahaja megisi UPU pada tahun ini setelah megetahui keputusan pada bulan 4 lalu. Saya telah mendapat PNGK 3.17. Semasa SPM dahulu saya telah gagal dalam subjek Bahasa Inggeris. Adakah ini akan menyukarkan saya ke IPTA? Hal ini adalah kerana saya tidak mendapat pangilan temuduga IPTA 2015 bagi kos bertemuduga. Adakah kegagalan saya tersebut menjadi puncanya? Mohon saranan tuan.

    1. Terima kasih kerana bertanya dan maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda. Pada pendapat saya, kegagalan anda dalam Bahasa Inggeris boleh menjadi salah satu punca anda tidak mendapat panggilan temuduga IPTA 2015 bagi kos bertemuduga. Selain itu, mungkin terdapat juga beberapa faktor lain. Faktor lain ialah kos yang anda pilih tersebut mungkin memerlukan anda sekurang-kurangnya lulus dalam subjek Bahasa Inggeris.

    1. Pertamanya, tahniah atas pencalonan anda sebagai MPP. Namun, boleh tahu nama tempat anda sedang melanjutkan pelajaran?

    1. Waalaikumussalam. Berdasarkan syarat-syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA, pelajar lepasas STPM perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK 2.00. Seterusnya, mendapat sekurang-kurangnya gred C (NGMP 2.00) dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am dan mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET.

      Sumber rujukan:

      http://upu.mohe.gov.my/web/

  36. Saya pelajar tingkatan 6. Saya akan menduduki peperiksaan semester 3, 13 hari lagi. Selepas keputusan yang agak teruk pada semester 2, semangat saya terus hilang. Saya tidak tahu apa sebabnya saya tidak boleh mengingati perkara yang saya telah pelajari. Saya rasa tertekan sebab saya tahu bahawa saya tidak akan dapat memperolehi keputusan cemerlang dalam STPM. Macam mana saya mahu mengulang kaji semua mata pelajaran dalam masa 13 hari? Saya runsing.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Seterusnya, maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda. Pada masa jawapan ini diberikan, kemungkinan besar anda sudah pun menduduki peperiksaan STPM. Nasihat saya, sentiasa berdoa kepada Allah agar diberikan kekuatan bagi menghadapi ujian dan cabaran ini. Peperiksaan STPM adalah merupakan salah satu ujian dari pelbagai ujian dalam kehidupan ini yang nanti bakal anda tempuhi. Saya doakan anda berjaya melalui dengan tenang dan tabah.

  37. Saya merupakan pelajar tingkatan 6 (2015). Saya ingin bertanya jika saya lulus dengan baik untuk peperiksaan STPM yang akan datang tetapi saya hanya memperolehi keputusan lulus bagi subjek Matematik dalam peperiksaan SPM, adakah saya layak untuk memohon program ijazah di mana-mana universiti? Mohon penjelasan.

    1. Apabila anda telah mempunyai sijil peperiksaan STPM, maka anda tidak perlu lagi menggunakan keputusan peperiksaan SPM untuk memohon melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah di universiti.

  38. Saya ialah lepasan SPM 2014. Saya mendapat kepujian bagi subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Sains dan Pendidikan Islam. Bagi subjek Matematik ialah lulus atas, manakala subjek Perdagangan dan Sains Sukan saya memperolehi keputusan lulus. Namun, saya mendapat gred G bagi subjek Bahasa Inggeris. Jadi, adakah saya layak menyambung belajar di peringkat STPM bagi sesi 2016?

  39. Salam, saya pelajar lepasan STPM bagi tahun ini. Keputusan keseluruhan saya tidaklah begitu memuaskan iaitu Pengajian Am ialah mendapat gred C (2.1826), Ekonomi D+ (1.4381), P. Perniagaan C-(1.75) dan ICT iaitu C (2.268). Apakah saya patut mengulang kertas bagi mata pelajaran P. Am, Ekonomi, dan ICT untuk sekurang-kurangnya memenuhi kehendak permohonan SPA dan melanjutkan pelajaran ke institusi tempatan. Mohon penjelasan.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apapun, saya nasihatkan anda supaya menghubungi talian rasmi pihak SPA dan UPU terlebih dahulu. Anda nyatakan keputusan penuh STPM anda kepada mereka dan tanya sama ada dengan keputusan yang anda perolehi sekarang membolehkan anda memohon SPA dan melanjutkan pelajaran ke institusi tempatan. Selepas anda mendapat jawapan, baru anda membuat keputusan seterusnya.

  40. Adakah saya akan menerima sijil STPM sekiranya keputusan saya hanya 1.92. Hal ini adalah kerana saya sedang menghadapi masalah tersebut. Bagi pengetahuan saudara, di bawah slip tersebut ada juga menyatakan sekiranya lulus sekurang-kurangnya C+, baru anda layak menerima sijil STPM.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Saya nasihatkan anda bertanya dengan pihak sekolah terlebih dahulu. Sekiranya anda tidak mendapat jawapan yang memuaskan, sila hubungi talian utama pihak Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) iaitu 03-61261600.

  41. Saya ialah lepasan STPM 2015 CGPA 2.17 dengan keputusan penuh PA (C), Sejarah (B), Ekonomi (C-) dan PP (C-). Adakah saya dapat memasuki mana-mana IPTA?

      1. Assalamualaikum. Berdoalah pada Yang Maha Esa. Sesulit mana pun masalah kita, insya-Allah niat kita untuk belajar dan mencari ilmu Allah Subhanahu Wa Taala tetap ada. Sentiasa berserah pada-Nya dan jangan putus asa untuk berdoa. Sentiasa perbanyakkan pekerjaan yang sunat dan dekatkan diri dengan-Nya.

  42. Assalamualaikum. Saya lepasan SPM 2015. Saya mahu melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 tetapi saya melebihi 12 point. Saya mendapat 13 point. Saya mendengar bahawa boleh membuat rayuan. Adakah saya boleh melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6? Bagi pengetahuan saudara, subjek Matematik dan bahasa Inggeris saya mendapat D semasa SPM. Adakah diterima oleh mana-mana universiti?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Pertamanya, apa maksud saudari dengan 12 atau 13 point? Seterusnya, keputusan D bagi subjek Matematik dan bahasa Inggeris tidak menjadi penghalang utama untuk anda melanjutkan pelajaran ke universiti.

  43. Saya merupakan lepasan SPM 2016 tetapi gagal dalam subjek Matematik Tambahan. Adakah surat tawaran kemasukan tingkatan 6 akan ditawarkan kepada saya? Atau saya perlu memohon sendiri?

  44. Saya merupakan lepasan SPM 2015 dan memperolehi D dalam subjek BI. Adakah itu penghalang untuk saya masuk ke tingkatan 6 secara automatik? Adakah saya layak melajutkan pelajaran dalam aliran Sains, jika saya mendapat kurang daripada 18 unit seperti Matematik A+ (1 unit), Fizik C (6 unit) dan Kimia D (7 unit)?

      1. Saya suda baca. Namun, saya cuma ingin tahu adakah markah BI saya itu akan menghalang saya untuk layak ke tingkatan 6? Adakah matapelajaran BM dengan kredit dan lulus SPM sahaja yang dilihat untuk layak ke tingkatan 6?

      2. Bagi melayakkan anda melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6, anda perlu mendapat sekurang-kurang kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia. Seterusnya, berdasarkan artikel tersebut anda berpeluang ditawarkan aliran Sains jika jumlah mata unit anda tidak melebihi 18 mata unit.

      3. Bagi aliran Sains, saya mesti mendapat 3 kepujian dan tidak melebihi 18 unit. Saya mendapat gred A dalam Matematik, gred C+ dalam Fizik dan gred D dalam Kimia. Jadi, kiranya saya sudah mendapat 14 unit dalam 3 mata pelajaran. Adakah saya mempunyai jaminan untuk ke aliran Sains?

      4. Sekiranya berdasarkan artikel dari laman rasmi KPM tersebut, anda memang layak ditawarkan ke aliran Sains. Saya doakan anda berjaya.

  45. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya sekiranya saya ingin menjadi guru matematik. Apa subjek tingkatan 6 yang perlu saya ambil? Adakah mesti memasuki aliran Sains? Adakah boleh tukar aliran lain? Mohon penjelasan. Terima kasih.

  46. Salam, saya lepasan STPM 2015. Keputusan saya ialah 2.92 dan MUET band 4. Adakah saya masih mempunyai peluang untuk ditempatkan di universiti dengan pemilihan kos perniagaan dan ekonomi memandangkan saya memang mempunyai asas dalam subjek tersebut? Apakah yang dimaksudkan dengan memilih kos yang kurang popular?

  47. Salam. Saya ingin bertanya sekiranya saya memperolehi gred R bagi sujek Pengajiam Am dan lulus sebahagian yang lain. Adakah saya layak memohon kerja kerajaan yang menggunakan kelayakan STPM?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, ia bergantung kepada syarat minimum yang telah ditetapkan oleh sesebuah agensi kerajaan tersebut.

  48. Salam, saya lepasan SPM 2015. Sekiranya sambung belajar di Tingkatan 6, adakah saya berpeluang melanjutkan pelajaran di IPTA dalam jurusan TESL?

  49. Salam. Berapa keputusan yang patut saya perolehi sekurang-kurangnya, sekiranya saya mahu melanjutkan pelajaran ke UM?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Sebelum itu, boleh tahu nama kursus yang anda ingin ambil di UM nanti?

  50. Adakah pelajar yang mendapat 4 kredit semasa SPM tidak layak untuk menyambung pengajian peringkat ijazah di IPTA? Saya lepasan STPM 2015 dan sekarang sedang menunggu keputusan UPU. Mohon pencerahan.

    1. Apabila merujuk di Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU), anda perlu mendapat sekurang-kurangnya lima (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus Sejarah dalam peperiksaan SPM bagi melayakkan anda melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di universiti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s