Apakah Perbezaan antara A-Level dan International Baccalaurate (IB)?


Pertamanya, jemput ‘Like’ page blog ini di Facebook.

Selamat tahun 2015.

Sila lihat dahulu pertanyaan yang telah diajukan diruangan komen di bawah sebelum mengajukan soalan anda. Terima kasih. ;)

Mulanya, terima kasih kerana melayari laman web ini. Untuk artikel ini saya akan bahagikan kepada 2 bahagian. Pada bahagian pertama saya akan menjelaskan serba sedikit mengenai apa itu ‘A-Level’ dan ‘IB’. Pada bahagian 2 pula, saya akan memberitahu apakah kelebihan dan kekurangan yang terdapat pada kedua-dua program iaitu A-Level dan IB.

BAHAGIAN 1

A. International Baccalaurate (IB)

1.  Apakah itu program IB?

IB ialah singkatan bagi  International  Baccalaureate yang merupakan program pra­-universiti yang mengambil masa selama 4 semester. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web http://www.ibo.org

2.  Apakah badan yang mengandalikan program IB?

Program IB dikendalikan oleh International  Baccalaureate Organisation (IBO) yang merupakan badan bukan kerajaan dan beribu pejabat di  Geneva, Switzerland. Pejabat yang menguruskan semua hal  berkaitan dengan peperiksaan dan kurikulum IB, iaitu IBCA, terletak di Cardiff, United Kingdom.

3.  Adakah penawaran program IB terhad di negara-negara tertentu sahaja?

Tidak. Sehingga 2006, terdapat  1742 IB World Schools yang menawarkan program IB di 122 negara.

4.  Apakah bahasa pengantar yang digunakan dalam program IB?

Tiga bahasa utama yang digunakan ialah Bahasa Inggeris, Perancis dan Sepanyol. 

5.  Apakah institusi yang menwarakan program IB di Malaysia?

Kolej MARA Banting merupakan institusi terulung yang menawarkan program IB di Malaysia untuk pelajar-­pelajar tempatan.  Institusi lain yang juga menawarkan program IB ialah International School of Kuala Lumpur, Mont Kiara International School, International School Penang (Uplands), dan baru­baru ini Sri KDU dan Kolej MARA Seremban.

6.  Apakah kukurikulum IB?

Kurikulum IB boleh dipaparkan melalui bentuk heksagon yang mewakili 6 bidang akademik mengelilingi satu pusat. Pelajar didedahkan kepada 2 tradisi  agung pembelajaran iaitu Sains dan Kemanusiaan. Subjek-subjek berikut ditawarkan di Kolej MARA Banting: 

  1. Kumpulan 1 – ‘Language A’ (bahasa ibunda) termasuk Kajian Sastera Dunia yang terpilihSubjek yang ditawarkan ialah Malay A1. 
  2. Kumpulan 2 – ‘Language B’ (bahasa kedua). Subjek yang ditawarkan ialah English B. 
  3. Kumpulan 3 – Individu dalam Masyarakat. Subjek  yang ditawarkan ialah Business & Management, Economics dan InformationTechnology in a Global  Society (ITGS). 
  4. Kumpulan 4 – Sains Amali. Subjek yang ditawarkan ialah Biologi, Kimia dan Fizik. 
  5. Kumpulan 5 – Matematik. Subjek yang ditawarkan ialah Matematik. 
  6. Kumpulan 6 – Subjek yang ditawarkan ialah subjek-­subjek daripada Kumpulan 3 atau 4. 

Selain daripada subjek­subjek di atas, 3 komponen tambahan yang diwajibkan ialah: 
1.  ‘Extended Essay ‘ daripada satu subjek yang ditawarkan dalam kurikulum IB
2.  ‘Theory of Knowledge’ (ToK)
3.  ‘Creative, Action and Service’ (CAS)

7.  Bagaimanakah kombinasi subjek ditentukan?

Para pelajar yang mengikuti dan memenuhi syarat program IB di Kolej  MARA Banting akan menerima Diploma IB. Setiap pelajar dikehendaki mempelajari 6 subjek: satu subjek  daripada tiap-­tiap kumpulan 1­5 dan subjek keenam dipilih daripada kumpulan 3 atau 4 atau daripada 6 subjek  di  atas,  pelajar mestilah mengambil  3 (tidak  melebihi  4) daripada subjek tersebut pada peringkat ‘higher level’ dan 3 (tidak kurang dari 2) pada peringkat ‘standard level’. Pengambilan subjek-­subjek  ‘higher level’  berhubung rapat dengan bidang pengajian yang bakal diikuti pada peringkat ijazah nanti.

8.  Apakah perbezaan antara subjek ‘Higher Level dan ‘Standard Level’?

Perbezaan ini dapat dilihat daripada jumlah peruntukan masa. Subjek  ‘higher level’  memerlukan masa perjumpaan atau kuliah minima sebanyak  240 jam manakala ‘standard level’ memerlukan masa perjumpaan minima sebanyak 150 jam sepanjang tempoh 2 tahun.

9.  Mengapakah pelajar perlu mempelajari sastera dunia Malay A1 sedangkan program IB dikendalikan dalam bahasa Inggeris?

Untuk menggalakkan pelajar mendalami  budaya masing­-masing. Pelajar seharusnya berbangga dengan warisan sastera bahasa ibunda dan pada masa yang sama menghormati budaya masyarakat antarabangsa. Pembelajaran Sastera Dunia (‘World  Literature’) dapat memanfaatkan pelajar IB dari  sudut perspektif global. Ia memainkan peranan yang penting dalam memperkenalkan ‘world spirit’ melalui keunikan peluang yang ditawarkan oleh bermacam kaedah apresiasi yang mana budaya mempengaruhi dan membentuk pengalaman hidup manusia sejagat.

10.  Apakah itu  ‘Extended Essay’?

‘Extended Essay’ merupakan komponen dalam kurikulum Program Diploma IB yang mewajibkan pelajar menulis esei sepanjang 4000 patah perkataan berdasarkan topik kajian yang dipilih. Ia bertujuan memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menjalankan penyelidikan terhadap topik yang diminati. Pelajar diperlukan membiasakan diri dengan penyelidikan kendiri dan penulisan akademik yang dipraktikkan di peringkat universiti. IBO mengesyorkan pelajar menumpukan 40 jam untuk penyelidikan dan penulisan esei.

11.  Apakah kepentingan ‘Extended Essay’?

Memandangkan ia adalah komponen wajib, kegagalan menghantar ‘Extended Essay’ bermakna pelajar tidak layak memperolehi diploma. Melalui pengalaman, kami mendapati pihak universiti sentiasa cenderung terhadap penghasilan ‘Extended Essay’ dan bagi sesetengah kes, ini menjadi faktor utama dalam membantu pelajar memperolehi kemasukan ke bidang kursus yang mencabar seperti perubatan. Maklum balas daripada bekas pelajar menunjukkan pengalaman menghasilkan ‘Extended Essay’ semasa mengikuti program IB membantu dalam penghasilan mini­tesis pada peringkat universiti memandangkan mereka telah pun mempunyai asas teras penyelidikan kendiri.

12.  Apakah itu  ‘Theory of Knowledge’ dan bagaimanakah penilaiannya dibuat?

‘Theory of Knowledge’ (ToK) merupakan komponen utama dalam falsafah pendidikan IB dan oleh itu diwajibkan kepada semua pelajar. Penawaran ToK adalah bertujuan untuk merangsang pemikiran kritikal baik di dalam atau di luar bilik kuliah. Kepentingan ‘Theory of Knowledge’ adalah sebagai subjek teras IB yang menghubungkan semua subjek­subjek yang ditawarkan di dalam kurikulum IB. Oleh kerana setiap bidang ilmu mempunyai komposisi dan metodologinya yang tersendiri, melalui subjek ToK ini, pelajar akan dibantu untuk meneliti konsep ilmu dan mengenalpasti nilai­-nilai yang diterapkan dalam subjek yang berbeza.

Penilaian ‘Theory of Knowledge’ adalah seperti berikut: 
1.­ ‘Internal Assessment’ – persembahan oral selama 10 minit 
2.­ ‘External Assessment’– penulisan esei sebanyak 1600 patah perkataan.

13.  Apakah yang dimaksudkan dengan aktiviti CAS?

CAS adalah singkatan untuk ‘Creative’, ‘Action’, dan ‘Service’. Aktiviti CAS merangkumi aktiviti yang berorientasikan kreativiti pergerakan fizikal dan khidmat masyarakat.

Aktiviti CAS berfungsi sebagai pelengkap kepada pencapaian akademik pelajar. CAS menyediakan ruang untuk para pelajar belajar melalui pengalaman dan mengembangkan potensi serta kemahiran yang terdapat dalam diri mereka. Melalui penglibatan pelajar di dalam pelbagai aktiviti CAS (dalam kampus, luar kampus dan semasa cuti semester), mereka akan memperolehi faedah­faedah berikut:

  • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
  • Menghormati/menghargai pelbagai nilai dan kepercayaan merentasi kaum, adat, budaya, agama, jantina dan politik. 
  • Kesedaran diri  yang tinggi  terhadap isu-­isu kemanusiaan, alam sekitar dan sebagainya dari perspektif masyarakat setempat, negara dan antarabangsa. 
  • Berkebolehan untuk berinteraksi secara berkesan dan bermakna dengan orang lain. 
  • Kesedaran diri yang tinggi tentang tanggungjawab terhadap masyarakat.
  • Berkebolehan untuk mengimbas kembali dan mempelajari  sesuatu daripada pengalaman yang diperolehi. 
  • Semangat yang tinggi untuk mencuba sesuatu yang baru dengan penuh komited, berinisiatif dan penuh keyakinan. 
  • Berkebolehan untuk  menempuh segala cabaran hidup dan sentiasa bersedia untuk memperbaiki kelemahan diri. 
  • Memperolehi kepakaran atau kebolehan tertentu yang boleh dimanfaatkan untuk membantu orang lain dan kerjaya pada masa hadapan.

14.  Bagaimanakah penggreddan dibuat?

Setiap subjek diberi gred 1 hingga 7:

  • 7 ­ Excellent (Cemerlang)
  • 6 ­ Very Good (Sangat Baik)
  • 5 ­ Good (Baik)
  • 4 ­ Satisfactory (Memuaskan)
  • 3 ­ Mediocre (Sederhana)
  • 2 ­ Poor (Lemah)
  • 1 ­ Very Poor (Gagal)

Jumlah mata maksimum untuk 6 subjek ialah 42.

15.  Berapakah jumlah mata maksima yang boleh diperolehi?

45 (42 mata dari 6 subjek  dan 3 mata matriks dari penilaian ‘Extended Essay’ dan ‘Theory of Knowledge’).

16.  Apakah syarat kemasukan untuk mengikuti program IB?

Pelajar lepasan SPM atau setaraf  dengannya boleh memohon untuk mengikuti program IB sekiranya memperolehi kelayakan yang ditetapkan oleh penaja.

18.  Di negara manakah para pelajar boleh memohon untuk melanjutkan pelajaran mereka?

Pelajar-­pelajar boleh memohon untuk  memasuki institusi  pengajian di negara­negara seperti United Kingdom, Ireland,  Australia, New Zealand dan negara­negara lain yang ditetapkan oleh penaja.

B. A-Level

1. Apakah A-Levels? 

Para siswa akanbelajar selama 2 tahun. Persiapan untuk A-Levels seringkali ditempatkan di sekolah-sekolah khusus. Tahun pertama disebut sebagai “lower sixth” sedangkan tahun kedua disebut “upper sixth”. Siswa akan mengikuti ujian diakhir tahun pertama dan kedua. 

2. Mengapa belajar A-Levels? 

Universiti-universiti di luar negara(terutamanya di barat) dikenal dan diakui sebagai yang terbaik di dunia, dan cara untuk anda diterima di salah satu universiti tersebut adalah dengan ujian A-Levels. 

3. Berapakah bilangan subjek bagi program A-Level?                                                 

Bilangan minimum bagi subjek ialah 3 dan paling banyak ialah 4 subjek. Selain itu, subjek yang ditawarkan di sesebuah kolej adalah berbeza dengan kolej yang lain. Jadi, para pelajar dinasihatkan supaya menyemak subjek-subjek yang ada ditawarkan di kolej yang ingin dimasuki.

4. Apakah institusi yang menawarkan program A-Level di Malaysia?                                            

Berikut ialah senarai-senarai institusi yang menawarkan program A-Level di Malaysia:

BAHAGIAN 2

1. Tahap Kesukaran

Sesiapa yang berusaha untuk melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi akan tahu bahawa cabaran pembelajaran yang akan dihadapi akan menjadi lebih sukar daripada pembelajaran di peringkat sekolah menengah. Apabila dibuat perbandingan antara A-Level dengan IB, tahap kesukaran dalam pembelajaran yang akan dihadapi para pelajar adalah lebih sukar bagi mereka yang memilih IB.

Hal ini adalah kerana para pelajar yang memlih IB akan dinilai dalam pelbagai subjek. Program IB direka khusus bagi para pelajar yang bermotivasi tinggi dan mempunyai dorongan untuk berjaya dalam mata pelajaran anda mungkin mendapati subjek tersebut sukar. 

Kursus ini menggabungkan enam mata pelajaran, tiga yang akan diambil di peringkat standard dan tiga di peringkat yang lebih tinggi. Pelajar memilih salah satu dari setiap bidang-bidang berikut:

• Bahasa Asli (biasanya bahasa ibunda anda).
• Bahasa Kedua (ini boleh menjadi bahasa yang anda telah belajar atau yang baru).
• Sains (ini boleh menjadi Biologi, Fizik, Kimia atau sesuatu yang seperti Teknologi Reka Bentuk).
• Matematik dan Sains Komputer.
• Seni (Muzik, Teater,Tarian).
• Individu dan Masyarakat (Sejarah, Psikologi, Geografi).

Selain itu, pelajar yang memilih IB juga perlu melengkapkan kursus dalam teori pengetahuan, mengambil bahagian dalam program khidmat masyarakat dan menulis esei lanjutan sebanyak 4000 patah perkataan.

Bagi program A-Level pula, para pelajarnya akan mengkaji subjek tertentu secara terperinci. Program A-Level juga menawarkan pelbagai jenis subjek untuk dipelajari seperti ‘applied A-levels’ iaitu subjek yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan sosial. 

Dalam program A-Level anda hanya akan mengambil 4/3 subjek sahaja. Jika dibandingkan dengan program IB, para pelajarnya perlu mengambil 6 subjek. 

Akhirnya, para pelajar yang ingin cemerlang dalam program A-Level akan menyasarkan ‘A’ dalam 3 subjek yang mana mungkin tidak memerlukan usaha yang banyak jika dibandingkan dengan pelajar IB yang perlu menyasarkan lebih daripada 40 mata untuk mencapai taraf pelajar cemerlang. Bagi pelajar A-Level yang hanya menyasarkan untuk lulus sahaja, hanya perlu memastikan diri mereka memperolehi ‘C’ dalam 3 subjek yang mana mungkin tidak memerlukan usaha yang banyak jika dibandingkan dengan pelajar IB yang mesti mendapat lebih daripada 24 mata untuk mencapai tahap lulus.

2. Mana Satu Lebih Dipandang Tinggi

Agak sukar untuk mengatakan yang mana satukah program yang lebih dipandang tinggi sama ada program IB atau A-Level. Bagi kalangan pelajar, program A-Level adalah lebih dikenali berbanding program IB. Apabila ditanya kepada pelajar yang mengambil A-Level mengetahui apa itu program IB, kebanyakan mereka akan mengatakan bahawa mereka tidak mengetahui apa-apa mengenai program IB.

Dalam dunia hari ini, program IB telah diiktiraf oleh lebih daripada 100 universiti di luar negara. Jadi, adalah wajar jika saya katakan bahawa adalah lebih baik  sekiranya anda memilih program IB apabila anda ingin melanjutkan pelajaran  ke luar negara kerana peluang anda akan lebih cerah kerana terdapat lebih daripada 100 universiti di luar negara yang mengiktiraf program IB.

Walau bagaimanapun tidak dinafikan memang terdapat beribu-ribu pelajar yang mengambil program A-level mendapat tempat di universiti pada setiap tahun.

Program IB menawarkan pengetahuan asas yang lebih luas, bukannya pengetahuan yang mendalam mengenai sesuatu subjek manakala program A-level adalah sebaliknya. 

Bagi mereka yang telah mempunyai laluan kerjaya yang jelas, program A-Level adalah lebih baik kerana program tersebut menawarkan pembelajaran yang mendalam mengenai sesuatu subjek yang berkaitan dengan kerjaya kita. Walau bagaimanapun bagi mereka yang mungkin mahu menjadi apa-apa dari seorang peguam kepada seorang saintis forensik, program IB ialah pilihan yang wajar dipilih.

3. Cara Seseorang Pelajar Dinilai

Penilaian bagi program IB dan A-Level melibatkan peperiksaan dan kerja kursus. Untuk program IB, anda akan diberikan maksimum sebanyak 45 mata (7 mata daripada setiap 6 subjek pilihan dan 3 mata daripada 3 subjek teras).

Bagi memperolehi diploma dalam program IB anda mestilah mendapat sekurang-kurannya 24 mata. Mengikut ‘Universities and Colleges Admissions Service’ (UCAS), 24 mata dalam program IB bersamaan dengan ‘260 UCAS points’ iaitu bersamaan dengan 1B dan 2C dalam program A-Level. Mata yang paling tinggi dalam program IB ialah 45 mata iaitu bersamaan dengan ‘720 UCAS points’ yang bersamaan dengan 6A dalam program A-Level.

Oleh itu, sistem mata yang digunakan dalam program IB membolehkan para pelajar yang terbilang dalam kalangan pelajar yang cemerlang dapat dikenal pasti. 

Akhirnya, dalam program IB para pelajarnya juga dikehendaki menulis esei lanjutan iaitu suatu projek penyelidikan yang dijalankan sendiri oleh pelajar. Dengan esei lanjutan ini, para pelajar akan mendapat pendedahan awal mengenai cara untuk menulis tesis (biasanya ditulis oleh mereka yang ingin mengambil PhD) yang mana merupakan satu kelebihan bagi para pelajar yang mengambil program IB.

Penutup. ;)

Saya akan mengatakan bahawa kedua-dua program IB dan A-level mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing dan terpulang kepada diri anda sendiri untuk menilai semula diri anda dalam memilih program yang mana satukah yang lebih baik. Moga-moga anda dapat membuat pilihan yang tepat.

Sebarang cadangan dan perkongsian amatlah dialu-alukan!

Sekian.

Jemput ‘Like’ page blog ini di Facebook.

64 thoughts on “Apakah Perbezaan antara A-Level dan International Baccalaurate (IB)?

  1. Bilakah saya boleh memohon program A-Level atau IB? Adakah selepas keputusan SPM diumumkan atau tunggu sahaja iklan daripada universiti-universiti tersebut?

    1. Anda bolehlah memohon untuk mengikuti program a-Level atau IB selepas keputusan SPM diumumkan. Sila peka dengan sebarang iklan pengambilan pelajar daripada IPTA atau IPTS yang menawarkan program a-Level atau IB.

    1. Maaf. Subjek yang akan diambil adalah berbeza mengikut program yang diambil. Jadi, diharapkan agar anda dapat melayari laman web IPTA atau IPTS yang menawarkan program IB atau a-Level untuk mengetahui apakah subjek-subjek yang akan diambil. Terima kasih.

  2. Apakah kelayakan bagi kedua-dua program tersebut? Adakah saya perlu mendapat sepenuhnya A dalam SPM?
    Adakah iklan-iklan program tersebut akan disiarkan dalam akhbar?

    1. Bagi melayakkan diri anda memasuki program asasi pintar, anda mestilah sekurang-kurangnya mendapat A dalam subjek berikut:
      1. BM & BI.
      2. Biologi/ Fizik.
      2. Kimia.
      3. Matematik Tambahan.
      4. Matematik.

      Walau bagaimanapun, selepas anda terpilih untuk mengikuti program ini, akan terdapat 3 ujian saringan yang perlu diambil.
      1. UKM2 – Untuk menilai tahap kepintaran.
      2. MEQI – Untuk tujuan profiling.
      3. MUET – Syarat kemasukan ke program prasiswazah.

      Untuk memohon bagi mengikuti program ini, anda hanya perlu memohon melalui UPU.

  3. Salam. Saya lebih berminat untuk mengambil a-level, adakah semua univeriti di malaysia menawarkan program ini atau sesetengah sahaja ? Permohonan melalui UPU ada menyatakan tentang a-level atau tidak ? Mohon pencerahan. Saya sedikit keliru tentang masalah ini kerana saya berminat untuk menyambung pengajian di luar negara tetapi takut pengetahuan yang kurang tentang ini menyebabkan saya terlepas apa-apa yang penting.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Untuk pengetahuan anda, hanya sesetengah universiti sahaja yang menawarkan program a-level. Saya galakkan anda sentiasa peka dengan sebarang tawaran kemasukan untuk program a-level yang diiklankan di surat khabar, laman web rasmi KPM atau laman web universiti-universiti yang ada menawarkan program ini. Melalui UPU, anda tidak boleh memohon untuk program a-level. Harap membantu.

      1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Setakat pembacaan saya, hanya para pelajar dari luar negara sahaja yang boleh melanjutkan pelajaran ke UUM dengan menggunakan keputusan A-Level. Jadi, saya nasihatkan anda supaya menghubungi pihak UUM secara terus bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan terperinci.

  4. Salam, saya mahu bertanya. Selepas saya mengambil IB, adakah saya boleh menyambung pelajaran di IPTA tertentu di Malaysia? Terima kasih.

    1. Boleh. Hal ini adalah kerana terdapat beberapa universiti yang menerima keputusan IB untuk program pengajian. Sijil a-Level dikira setaraf dengan STPM, STAM dan lain-lain yang merupakan kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA. Keptusan IB membolehkan anda menyabung pelajaran di peringkat ijazah. Namun, seelok-eloknya, rujuk laman web universiti yang mahu dipohon untuk melihat syarat-syarat kelayakan kemasukan sama ada keputusan IB atau tidak.

    1. Maaf atas respons yang lambat. Pelajar yang berjaya menamatkan program A-Level dengan cemerlang tidak semestinya menyambung pelajaran ke United Kingdom sahaja. Anda boleh memilih universiti seperti University of Melbourne in Australia dan National University of Singapore.

  5. Assalamualaikum, maaf jika soalan lebih ini lebih berbntuk peribadi dan bukan teknikal. Daripada apa yang saya fahami berdasarkan perkongsian saudara, IB programme needs student that are endurance and passionate and strong to gain knowledge (so does the A level). So, my question is, adakah program ini lebih sesuai untuk seseorang yang sememangnya well-rounded ataupun seseorang yang baru bermula untuk menjadi well rounded person (dengan azam yg kuat). Pandangan admin sangat dihargai. Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Pada pendapat saya, program IB telah direka khas bagi seorang pelajar yang sememangnya well-rounded. This is because participating in IB demonstrates that you have challenged yourself in a rigorous academic program that combines emphasis on research, analysis, international-mindedness and service.

      Namun, berdasarkan testimoni para pelajar lepasan IB, terdapat juga mereka yang bukan well-rounded person dari mulannya. Hanya selepas mereka mengikuti program IB tersebut, proses pembinaan ke arah menjadi seseorang yang well-rounded berjaya dibentuk dalam diri para pelajar. Jadi, saya tetap juga menggalakkan sesiapa sahaja mengikuti program IB, selagi dia mempunyai azam yang kuat untuk berjaya.

  6. Salam. Saya pelajar lepsan SPM 2013. Saya masih tidak jelas dengan UPU. Saya berhasrat menyambung pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara. Adakah saya perlu mengambil program IB dari MARA atau masuk ke asasi di UPU?

    1. Terima kasih kerana bertanya. Pada pendapat saya, sekiranya anda mahu menyambung pelajaran di luar negara, anda perlu menyambung pelajaran dalam program IB atau a-Level. Program asasi hanya melayakkan anda menyambung pelajaran pada peringkat ijazah di universiti-universiti tempatan sahaja.

  7. Salam. Jika andainya saya mengikuti program IB di bawah MARA dan mata terkumpul saya tidak melepasi syarat yang diletakkan MARA untuk menyambung pelajaran ke luar negara, adakah saya masih layak untuk memohon menyambung pelajaran di dalam negara menggunakan keputusan IB saya?

    1. Ya, anda masih layak memohon menyambung pelajaran di dalam negara menggunakan keputusan IB anda. Hal ini adalah keputusan IB anda setaraf dengan STPM, STAM dan lain-lain. Namun, anda mestilah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh universiti tersebut.

  8. Assalamualaikum. Sekiranya, kita gagal dalam program IB, apa yang akan jadi? Adakah kita tidak mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara atau macam mana? Hope you will answer my question. Really appreciate.

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bertanya. Sekiranya anda gagal memperolehi keputusan IB yang melayakkan anda melanjutkan pelajaran ke luar negara, anda masih mempunyai peluang yang lain iaitu melanjutkan pelajaran di universiti-universiti tempatan. Hal ini adalah keputusan IB anda setaraf dengan STPM, STAM dan lain-lain. Namun, anda mestilah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh universiti tersebut.

  9. Assalamualaikum. Apa yang membuat IB lebih istimewa berbanding A-Levels atau program lain? Adakah lebih mudah untuk melanjutkan pelajaran ke universiti di luar negara?

      1. Jika dilihat dari segi kurikulum, program IB adalah lebih menyeluruh dan terdapat falsafah yang mahu dicapai. IB mempunyai 6 subjek. 3 daripadanya ialah Higher Level dan 3 yang lain ialah Standard Level. Selain dari itu, subjek nombor 1 yang wajib diambil ialah bahasa ibunda. Falsafahnya adalah supaya pelajar menghargai bahasa asal mereka. Kemudian, setiap satu subjek mempunyai silibus dan tugasan tersendiri yang boleh dikatakan selalu berubah dalam tempoh kurang 5 tahun. Seterusnya, terdapat CAS iaitu seperti kokurikulum dan wajib lulus. Terdapat juga subjek Critical Thinking dan Theory of Knowledge. Pada pendapat saya, program IB ini sesuatu yang sesuai sekiranya pelajar tersebut tidak hanya mahu aktif dalam bidang akademik semata-mata.

  10. Bolehkah lepasan program a-Level melanjutkan pelajaran di dalam malaysia sahaja? Jika boleh, pada peringkat apa dan apakah kursus yang paling sesuai untuk diambil di universiti atau kolej?

    1. Boleh. Hal ini adalah kerana terdapat beberapa universiti yang menerima keputusan a-Level untuk program pengajian. Sijil a-Level dikira setaraf dengan STPM, STAM dan lain-lain yang merupakan kelulusan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat IPTA. Keputusan a-Level membolehkan anda menyabung pelajaran di peringkat ijazah. Namun, seelok-eloknya, rujuk laman web universiti yang mahu dipohon untuk melihat syarat-syarat kelayakan kemasukan sama ada keputusan a-Level atau tidak.

    1. Maaf saya tidak pasti. Walau bagaimanapun, saya nasihatkan anda menghubungi pihak universiti yang menawarkan kursus a-Level bagi mendapatkan kepastian.

  11. Salam. Apabila saya melayari web KPM, saya dapati terdapat perbezaan dalam subjek pelajaran antara kolej matrikulasi dengan kolej matrikulasi teknikal. Apakah yang menyebabkan terdapat perbezaan tersebut? Anak saya telah mendapat 9A dan berminat menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan dan ditawarkan kolej matrikulasi sedangkan matrikulasi teknikal menjurus kepada kejuruteraan. Adakah anak saya masih berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke ijazah kejuruteraan jika meneruskan pengajian di matrikulasi Sains? Adakah jika lulus pengajian matrikulasi Sains dapat membantu hasrat anak saya memohon biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara berbanding lulusan A-Level? Harap dapat menjawap dengan segera dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini.

  12. Adakah terdapat perbezaan dari segi silibus pembelajaran di IPTA dengan A-Level? Antara kedua-duanya, mana yang lebih susah?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  13. Bilakah iklan IB disiarkan? Sekiranya saya memohon kolej matrikulasi dan berjaya, adakah terdapat peluang untuk saya mengikuti pengajian IB. Hal ini adalah kerana saya berhasrat melanjutkan pengajian ke UK.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  14. Salam. Saya mahu bertanya. Terdapat mereka yang mengatakan bahawa sesiapa yang tidak berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang A-Level atau IB, boleh sahaja melanjutkan pelajaran ke luar negara dengan menggunakan keputusan peperiksaan ijazah pada tahun pertama. Namun, permohonan perlu dibuat sendiri seperti pelajar yang mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat master di luar negara. Betul atau tidak pernyataan saya tadi? Hal ini adalah kerana terdapat juga mereka yang masih berharap untuk melanjutkan pelajaran di luar negara memandangkan mereka kurang bernasib baik dan tidak dapat mengikuti program A-Level atau IB.

    Adakah terdapat mana universiti di UK yang menyatakan bahawa mereka menerima keputusan peperiksaan ijazah pada tahun pertama sebagai syarat kemasukan ke universiti? Setakat pengetahuan saya, hanya sijil A-Level, IB atau STPM sahaja yang diiktiraf. Apapun, betulkah kita perlu menduduki ujian TOEFL atau IELTS, sekiranya mahu melanjutkan pelajaran ke UK?

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  15. Salam. Saya ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang pergigian. Jadi, saya mahu bertanya. Adakah terdapat mereka yang membuat program A-Level bagi bidang pergigian? Hal ini adalah kerana biasanya saya hanya mendengar mereka yang mahu mengambil bidang pergigian, mereka akan mengambil program IB.

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  16. Assalamualaikum. Kos pengajian bagi A-Level atau IB, mana yang lebih tinggi? Adakah Kolej Yayasan UEM itu menyediakan program A-Level? Adakah tawaran biasiswa disediakan bagi kedua-dua peringkat ini? Mohon pencerahan saudara. Terima kasih.

    1. Walaikumussalam. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

  17. Salam, adakah terdapat pinjaman bagi pelajar-pelajar yang menyambung pelajaran dalam program A-Level? Bilakah permohonan pinjaman tersebut akan dibuka? Adakah selepas keputusan SPM diumumkan atau sebelum itu?

  18. Salam. Saya mahu melanjutkan pelajaran dalam program ini. Jadi adakah permohonan boleh dibuat secara atas talian? Bilakah pelajar lepasan SPM 2O14 boleh membuat permohonan?

  19. Saya ingin bertanya. Adakah terdapat biasiswa yang ditawarkan bagi pelajar IB atau A-Level? Boleh tolong senaraikan penaja tersebut? Seterusnya, apabila tamat pengajian IB atau A-Level dan sekiranya layak untuk melanjutkan pengajian di luar negara, adakah terdapat pihak yang boleh menaja pendidikan di sana? Terima kasih atas info-info dalam laman sesawang ini.

  20. Saya penerima bursary dan bercadang ingin mengambil A-level di Sunway College. Adakah saya perlu fasih berbahasa inggeris untuk mengambil A-level? Saya sudah melayari website kolej tersebut tetapi masih kurang jelas dengan hala tuju selepas saya menghabiskan A-level.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Anda tidak semestinya perlu fasih berbahasa Inggeris untuk mengambil A-Level. Boleh tahu jenis kursus yang anda ingin ambil?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apapun, saya minta maaf kerana saya tidak pasti universiti mana yang terbaik bagi memenuhi keperluan anda. Walau bagaimanapun, anda boleh cuba melihat dua universiti yang berikut iaitu Taylors College atau Sunway university College.

  21. Assalamualaikum. Saya menetap di Saudi dan berhasrat untuk membiarkan anak saya menghabiskan persekolahannya di sekolah antarabangsa sehingga ke peringkat menengah. Namun ramai berpendapat yang anak saya perlu menduduki SPM sekiranya berhasrat melanjutkan pelajaran di IPTA/IPTS sebaik kami pulang ke Malaysia. Mohon pandangan saudara.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apapun saya minta maaf kerana saya pun tidak pasti. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, saya nasihatkan anda menghubungi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia secara terus. Sila layari laman rasmi KPM. :)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s