Kehidupan di Institut Pendidikan Guru (IPG)


Selamat tahun 2015.

Sebarang pertanyaan, sila ajukan di ruangan komen di bawah. ;)

Apa khabar rakan-rakan? Pada kiriman kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kehidupan sebagai pelajar IPG. Mulanya, apa yang anda semua perlu tahu adalah apabila anda sudah memilih untuk memasuki ke IPG maka bermakna anda sudah mempunyai cita-cita yang tetap iaitu ingin menjadi guru. Bagi pengetahuan anda, hidup sebagai pelajar IPG mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

STRUKTUR KURSUS

Bagi struktur kursus pelajar IPG terbahagi kepada 3:

  • Subjek Teras.
  • Subjek Akademik.
  • Kokurikulum.

1. Subjek Teras:

Terdapat 7 subjek teras yang akan dipelajari semasa Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Keistimewaan subjek teras ialah tiada peperiksaan akan dijalankan bagi ketujuh-tujuh subjek teras tersebut. Keseluruhan markah hanya berdasarkan kepada kerja khusus.

7 subjek teras itu ialah Pendidikan Islam/Pend. Moral (TAR), English Language Proficiency (TBI), Bahasa Melayu Kontekstual (TBM), Kemahiran Generik (Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kemahiran Berfikir, Kemahiran Belajar, dan Kompetensi Kecerdasan Emosi), Pengantar Pendidikan (TAP), Basic Mathematics (TMT), dan Pendidikan Jasmani Asas (TPJ).

2. Subjek Akademik:

Bagi subjek akademik, subjek-subjek yang akan diambil oleh pelajar IPG adalah berbeza mengikut opsyen/kursus yang akan diambil semasa di peringkat ijazah. Secara umumnya para pelajar akan mengambil 6 subjek akademik. Perbezaan yang ketara bagi subjek akademik ialah bagi setiap subjek akademik akan dijalankan peperiksaan. Selain itu, markah keseluruhan juga akan diambil kira daripada kerja khusus yang dilakukan.

3. Kokurikulum:

Bagi saya, salah satu perbezaan yang utama apabila kita bandingkan pelajar IPG dengan pelajar-pelajar di universiti lain ialah para pelajar IPG mempunyai waktu khusus yang diperuntukkan khas untuk aktiviti kokurikulum dan dimasukkan dalam jadual pembelajaran seharian.

Bagi pengetahuan anda, aktiviti kokurikulum yang dijalankan terbahagi kepada 2 iaitu Persatuan dan Permainan.

SUASANA PEMBELAJARAN

1. Ahli kelas:

Secara keseluruhan, ahli bagi setiap kelas adalah lebih kurang seramai 20 orang sahaja.

2. Panggilan:

Untuk pengetahuan anda semua, para pelajar IPG tidak dipanggil dengan gelaran ‘Pelajar’. Sebaliknya, para pelajar IPG dipanggil dengan panggilan ‘Guru’. Manakala para pensyarah yang mengajar di IPG dipanggil ‘Encik’, ‘Puan’, ‘Tuan Haji’, ‘Dr.’, ‘Ustaz’ atau ‘Ustazah’.

3. Kolej Kediaman:

Setiap pelajar IPG akan tinggal di kolej kediaman yang disediakan tertumanya para guru pelatih baharu. Memang tidak dinafikan terdapat juga para pelajar yang tidak tinggal di kolej kediaman terutamanya mereka yang berada di Semester 4 dan ke atas yang mengambil kursus Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan(PISMP). 

Setiap satu bilik akan ditempatkan seramai 2 orang sahaja dan kemungkinan terdapat bilik yang hanya untuk seorang guru pelatih sahaja.

4. Aktiviti Lain:

Seperti di universiti atau pusat pembelajaran yang lain, di IPG juga menyediakan persatuan/ kelab/ permainan untuk membolehkan para pelajar melibatkan diri. Dengan adanya aktiviti berpersatuan menunjukkan bahawa IPG bukan sahaja mementingkan prestasi akademik, bahkan prestasi kokurikulum juga.

KELEBIHAN MEMILIH GURU

1. Elaun:

Antara kelebihan utama apabila anda belajar di IPG ialah anda akan diberikan elaun pada setiap bulan sepanjang kurus PPISMP & PISMP (selama 5 1/2 tahun). Elaun yang diberi adalah mengikut tempat anda belajar.Contohnya apabila anda belajar di IPG Kampus Kota Bharu, anda akan diberikan elaun sebanyak RM430 sebulan(bagi pelajar kursus PPISMP). Bagi para pelajar yang tinggal di IPG yang terletak  di Kuala Lumpur pula, elaun yang diberikan akan lebih tinggi daripada RM 430 sebulan.

Para pelajar yang mengikuti kursus PISMP akan menerima elaun yang lebih tinggi daripada pelajar yang mengikuti kursus PPISMP. Contohnya, pelajar PISMP di IPG Kampus Kota Bharu akan menerima elaun sebanyak RM630 sebulan berbanding RM430 sebulan bagi para pelajar yang mengikuti kursus PPISMP.

Jadi, apabila tamat pengajian para pelajar IPG tidak perlu risau mengenai masalah pinjaman yang perlu dijelaskan. Sebaliknya, hanya perlu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara lain.

2. Sesi Pembelajaran:

Sesi pembelajaran di IPG bermula pada 7.45 pagi sehingga 1.00 petang. Hal ini adalah kerana ingin mendidik para pelajar IPG membiasakan diri dengan waktu pekerjaan sebenar yang akan ditempuhi semasa sudah bergelar guru. Para pelajar tidak dibenarkan keluar daripada kawasan sekolah (di IPG tempat belajar dipanggil ‘Sekolah’) antara waktu 7.45 pagi-1.00 petang.

Walau bagaimanapun, terdapat juga para pelajar yang masih mempunyai sesi pembelajaran sehingga 6.00 petang (kebiasaannya hanya para pelajar yang mengambil kursus PPISMP).

3. Jaminan Pekerjaan:

Antara kelebihan utama apabila anda memilih untuk belajar di IPG ialah anda akan mempunyai jaminan pekerjaan di masa hadapan. Anda tidak perlu risau mengenai masalah pengangguran apabila sudah menamatkan pengajian. Hal ini adalah berbeza dengan graduan daripada universiti lain yang perlu berani untuk menceburi bidang pekerjaan yang berbeza dengan bidang pengajian yang diambil semasa di universiti disebabkan kemungkinan bidang pekerjaan yang sesuai dengan bidang pengajian diambil sudah pun penuh. 

Nota: Apapun, yang penting ialah anda mesti berusaha melakukan yang terbaik bagi memperolehi hasil yang terbaik. Jaminan pekerjaan adalah salah satu isu pada masa kini kerana para lepasan IPG perlu bersaing dengan lepasan kursus perguruan sama ada di IPTA atau IPTS.

4. Peperiksaan MUET:

Bermulanya pada tahun 2012, para pelajar yang belajar di IPG tidak perlu menduduki peperiksaan MUET. Para pelajar hanya perlu menduduki peperiksaan Bahasa Inggeris yang dijalankan di peringkat IPG.

5. Waktu Cuti:

Waktu cuti para pelajar IPG ialah sama dengan waktu cuti para pelajar yang belajar di sekolah menengah/rendah. Hal ini adalah berbeza dengan waktu cuti para pelajar yang belajar di universiti lain. Mereka kebanyakan hanya mempunyai cuti akhir semester atau cuti peristiwa-peristiwa tertentu.

5. Peluang untuk Melanjutkan Pelajaran:

Bagi pengetahuan anda semua, mana-mana guru layak untuk melanjutkn pelajaran di bawah satu program khas seperti Program Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) dan Program Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa (CBTG TB)

Program khas ini membolehkan para guru melanjutkan pelajaran dengan lebih mudah daripada peringkat Ijazah Sarjana Muda sehingga ke peringkat Doktor Falsafah. Sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web berikut ini.
About these ads

95 thoughts on “Kehidupan di Institut Pendidikan Guru (IPG)

  1. Saya lepasan SPM. Saya teringin menjadi guru Biologi. Jadi, macam mana? Hal ini adalah kerana saya mendapati IPG hanya mengeluarkan guru-guru yang akan mengajar sekolah rendah. Saya kurang faham. Mohon penjelasan. :)

  2. Saya mahu bertanya, sekiranya saya tidak dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan bahasa Inggeris tetapi hanya biasa sahaja kerana saya tidak begitu mahir dalam bahasa ini, adakah kita masih boleh meneruskan pengajian di IPG dan menjadi guru? Saya mengambil bidang Matematik dan saya sangat menyukai subjek ini. Please reply thank you.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Anda perlu memastikan diri anda memperolehi keputusan sekurang-kurangnya lulus bagi meneruskan pengajian. Sekiranya anda gagal dalam kertas tersebut, anda masih diberikan satu lagi peluang untuk menduduki peperiksaan semula. Bagi mengetahui sistem penggredan IPG, sila layari alamat berikut: http://219.92.7.20/items/umum/makPep.php?c=1

    2. Saya telah memohon melanjutkan pelajaran ke IPG. Syaratnya mestilah sekurang-kurangnya memperolehi 5A dalam mana-mana mata pelajaran. Seterusnya, subjek BM dan Sejarah sekurang-kurangnya perlu mendapat C, manakala subjek BI sekurang-kurangnya lulus.

    3. Anda telah memilih Matematik, jadi keputusan subjek Matematik dan Matematik Tambahan anda mestilah sekurang-kurangnya A-.

  3. Saya mahu minta pendapat. Setiap seseorang itu perlu memilih subjek yang ingin diajar, betul? Boleh saya tahu subjek mana yang kurang saingan dan lebih tinggi peluang untuk berjaya selain dari Pendidikan Khas & Pra-Sekolah? Terima kasih.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maafkan saya kerana lambat menjawab persoalan anda. Sekiranya anda masih memerlukan jawapan bagi persoalan anda, sila balas komen ini. ;)

    1. Bagi makluman anda, sesiapa yang melanjutkan pelajaran di IPG tidak perlu membayar yuran pengajian bagi setiap semester. Semuanya adalah ditanggung.

  4. Adakah IPG hanya menawarkan kerjaya sebagai guru sekolah rendah sahaja? Hal ini adalah kerana saya berminat untuk menjadi guru sekolah menengah.

  5. Adakah saya perlu membeli nombor pin di BSN bagi memohon secara atas talian untuk SPM 2014?

    Macam mana pula yang ingin memohon program penghantaran pelajar cemerlang ke universiti terkemuka luar negara?

      1. Saya merupakan pelajar SPM 2013. Saya pernah memohon IPG pada 2014 dalam subjek Matematik. Namun saya tidak berjaya terpilih untuk ke IPG. Adakah saya perlu memohon lagi pada tahun ini dalam subjek yang sama? Atau mungkin lebih baik saya menukar subjek lain yang lebih mudah untuk diserap masuk. Terima kasih

      2. Nasihat saya ialah pilihlah sesuatu yang anda minati. Hal ini adalah kerana keputusan anda pada hari ini akan menentukan apa yang anda akan jadi pada 5 tahun yang akan datang sekiranya anda terpilih bagi melanjutkan pelajaran di IPG. Sesuatu perkara yang memang minat anda akan menjadikan anda lebih bersemangat dan bermotivasi untuk mendalami segala ilmu berkaitan dengan minat anda itu.

        Apapun, boleh dikongsikan adakah sekarang anda sedang melanjutkan pelajaran di mana-mana institut pengajian?

  6. Saya melanjutkan pelajaran di UiTM puncak alam dalam program Asasi Sains tetapi saya tidak dapat menghabiskan program tersebut atas kegagalan saya pada subjek Biologi semasa peperiksaan akhir semester 1. Jadi, saya meletakkan harapan yang tinggi untuk IPG pada tahun ini. :)

    1. Pertamanya, terima kasih kerana memberikan pandangan. Apabila dilihat kepada pelajar lepasan IPG, kemungkinan kita akan mendapati terdapat mereka yang masih belum menerima sebarang tawaran bekerja. Hal ini mungkin adalah kerana pelbagai faktor. Apapun, apabila melanjutkan pelajaran dalam mana-mana bidang pun, sepatutnya kita mesti melakukan yang terbaik bagi memperoleh keputusan yang memuaskan pada penghujungnya.

  7. Assalamualaikum. Sekarang sudah tahun 2015, apakah subjek yang diberikan keutamaan oleh KPM untuk lepasan SPM 2014? Subjek apakah yang mempunyai kekurangan guru? Pada bilakah subjek Sejarah diperkenalkan di IPG?

    1. Waalaikumussalam. Bagi pengetahuan anda, PPISMP merujuk kepada Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Manakala, PISMP pula merujuk kepada Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

    1. Maaf, saya pun tidak pasti. Sila hubungi Unit Pengambilan Pelajar, Sektor Hal Ehwal Pelajar dan Hubungan Luar bagi mendapatkan maklumat lanjut.

      No. Telefon: 03-8312 6720/6758/6731/6733/6769/6723/6760

  8. Saya adalah pelajar program PPISMP ambilan Jun 2011. Namun, oleh kerana masalah kesihatan, saya terpaksa menangguhkan sesi pembelajaran bagi semester yang lepas. Jadi, sekarang saya mahu menyambung semula pengajian. Boleh saudara senaraikan kampus yang mempunyai opsyen PISMP Bimbingan dan Kauseling? Sebagai maklumat tambahan, semasa Jun 2015 ini saya akan berada di semester 4.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Apapun, maaf kerana saya tidak pasti. Nasihat saya adalah agar saudara menghubungi pihak KPM bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

  9. Assalamualaikum. Saya mahu bertanya macam mana, sekiranya mahu menjadi guru di sekolah menengah. Saya ialah lepasan SPM 2014. Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Caranya adalah dengan mengikuti program perguruan peringkat ijazah yang ditawarkan di universiti-universiti yang terpilih.

      1. So, this means that after IPG, we have to find any university that offers that programme? I don’t know how this works. May you explain more about this matter?

      2. First of all, thank for visiting and reading this article. However, I’m not fully understand your question. For you information, after you have finished your studies at IPG, you will have to wait for the job offer from KPM.

      1. Salam. Saya mahu bertanya, sebelum mengikuti program PISMP ini, akan terdapat program UKCG? 23-29 Mac ini adalah merupakan tarikh semakan kelayakan untuk menduduki ujian tersebut. Jadi, macam mana mahu membuat semakan tersebut?

  10. Saya mahu bertanya, adakah IPG boleh memberi peluang kepada calon yang ingin memohon untuk PPC walaupun hanya memiliki keputusan SPM 5A? Saya berminat untuk mengambil subjek bahasa Perancis dan saya telah mempunyai sijil Delf sehingga B1. Namun saya tidak bernasib baik untuk mendapat minima 7A. Adakah permohonan saya akan ditolak terus? Mohon penjelasan,terima kasih.
    :)

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Maaf, saya tidak pasti. Pada pendapat saya, permohonan anda boleh dipertimbangkan walaupun anda memperolehi 5A. Hal ini memandangkan anda telah telah mempunyai sijil Delf sehingga B1. Namun, nasihat saya adalah supaya menghubungi pihak KPM bagi mendapatkan maklumat lanjut.

      1. Salam, terima kasih atas balasan tempoh hari. Saya telah diterima untuk menjalani UKCG pada 30 Mac nanti. Namun, saya ingin tahu adakah IPG menerima permohonan PPC saya ataupun mempertimbangkan pilihan kedua saya iaitu bahsa inggeris? Hal ini adalah kerana jika dilihat semula saya memohon untuk PPC dengan 5A sahaja.

      2. Pertamanya, tahniah kerana anda berjaya bagi tapisan pertama. Apapun, saya minta maaf kerana saya tidak pasti. Jika melihat kepada syarat minimum program tersebut, maka anda perlu memperolehi sekurang-kurang 7A. Nasihat saya adalah supaya menghubungi pihak KPM bagi mendapatkan maklumat lanjut.

    1. Para pelajar lepasan IPG akan mengajar di sekolah rendah. Sekiranya anda mahu mengajar di sekolah menengah, anda boleh mengambil kursus berkaitan perguruan di IPTA/ UA.

  11. Semakan untuk IPG 2015 sudah keluar tetapi saya tidak boleh melayari laman sesawang tersebut. Pada laman rasmi KPM juga tiada pengumuman tentang semakan IPG 2015. Jadi, macam mana? Mohon bantuan.

  12. Assalamualaikum. Berkenaan waktu cuti di IPG, adakah sama dengan waktu cuti pelajar sekolah rendah & menengah seperti yang anda nyatakan di atas? Adakah pelajar IPG turut bercuti apabila tiba cuti Hari Raya?

    Info: Semakan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2015 bermula dari 24 Mac 2015 hingga 30 Mac 2015. Ianya telah ditunda, sepatutnya pada 23 Mac 2015. Terima kasih.

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, terima kasih atas info yang diberikan. Bagi pengetahuan anda, cuti para pelajar di IPG adalah sama seperti cuti persekolahan. Selain itu, para pelajar juga akan bercuti apabila tiba cuti Hari Raya. ;)

  13. Assalamualaikum. Saya ingin bertanya, biasanya kampus untuk kursus Sejarah serta Bimbingan dan Kaunseling di mana?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apapun, saya minta maaf kerana saya pun tidak pasti. Setakat pengetahuan saya, kursus tersebut terdapat di IPG Kampus Kota Bharu. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, saya nasihatkan anda supaya menghubungi pihak KPM. Bagi pengetahuan anda, satu mesyuarat akan diadakan pada setiap tahun bagi menentukan setiap kursus itu akan berada di kampus yang tertentu. Jadi, tempat sesuatu kursus itu boleh berubah-ubah dan tidak tetap.

  14. Terima kasih. Saya sudah membuka laman web IPG utk semak kelayakan UKCG tetapi tiada ruang semakan. Jadi bagaimana? Adakah terdapat waktu tertentu untuk membuat semakan?

  15. Assalamualaikum. Saya telah menyemak status semakan ke UKCG tetapi ia memaparkan nama orang lain. Jadi, macam mana saya mahu tahu bahawa saya berjaya atau sebaliknya?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apapun, saya tidak pasti mengenai masalah anda. Sekiranya anda sudah log masuk ke akaun anda bagi membuat semakan, maka sepatutnya nama yang dipaparkan ialah nama anda. Sekiranya terdapat sebarang masalah, saya nasihatkan anda supaya menghubungi pihak KPM dengan segera.

  16. Assalamualaikum. Saya telah menyemak status semakan panggilan UKCG saya tetapi saya tidak terpilih, sedangkan saya mendapat keputusan SPM 7A. Rakan saya yang hanya mendapat keputusan SPM 5A pula telah terpilih untuk menduduki UKCG dan kami memohon di IPG yang sama. Adakah pihak KPM telah membuat kesilapan? Atau adakah terdapat masalah tentang maklumat saya?

  17. Assalammualaikum. Pertamanya, terima kasih kerana berkongsi maklumat mengenai IPG ini. :) Seterusnya saya ingin bertanya, sekiranya saya tidak mendapat keputusan yang bagus sewaktu belajar di IPG ini, adakah saya akan dibuang keluar? Terima kasih. :)

    1. Waalaikumussalam. Bagi pengetahuan anda, adalah sangat jarang berlaku kes para pelajar IPG dibuang keluar kerana gagal dalam peperiksaan. Hal ini adalah kerana sistem peperiksaan di IPG adalah berlainan dengan universiti. Pada setiap semester akan terdapat subjek yang mempunyai peperiksaan dan juga subjek yang tiada peperiksaan. Seterusnya terdapat juga tugasan projek yang perlu diselesaikan kerana markahnya akan mempengaruhi keputusan peperiksaan.

  18. Assalmualaikum. Saya akan menghadiri UKCG pada 31 Mac ini. Adakah soalan yang akan diberikan hanya insak sahaja? Apakah yang dimaksudkan dengan M-Test?

    1. Pertamanya, tahniah kerana anda berjaya melepasi tapisan pertamanya. Setakat pengetahuan saya, semasa UCKG akan terdapat 3 sesi sahaja:

      1. Sesi ujian bertulis.
      2. Sesi ujian kecergasan.
      3. Sesi ujian amali iaitu hanya bagi calon-calon yang memohon Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab.

      Boleh dikongsikan anda akan menjalani UKCG di mana dan apakah jenis subjek yang dipohon? Apapun, saya doakan anda berjaya.

  19. Assalamualaikum. Terima kasih atas info yang berguna ini. Saya telah ditawarkan ke UKCG pada 6 April ini. Apakah persediaan yang perlu saya lakukan untuk menghadapi UKCG dan ujian fizikal nanti?

    1. Waalaikumussalam. Terima kasih. Silalah berkongsi artikel ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Pertamanya, tahniah kerana anda berjaya melepasi tapisan pertama. Saya nasihat anda agar menjadi seorang guru yang bukan hanya sekadar pandai mengajar bahkan juga dapat menjadi contoh tingkah-laku yang terpuji bagi para pelajar. Silalah tidur awal agar anda lebih bertenaga semasa UKCG. Jangan terlalu risau memikirkan apa yang bakal anda hadapi. Saya doakan anda berjaya.

  20. Salam. Saya akan menjalani UKCG pada 30 Mac ini di ILP Kota bharu. Adakah saudara akan terlibat sebagai urusetia pada hari tersebut? Maaf bertanya.

    1. Terima kasih atas info. Apapun, setakat ini saya memang tidak terlibat secara langsung dengan UKCG pada hari tersebut.

  21. Assalamualaikum. Saya akan menduduki temu duga pada 30/3 ini. Saya memilih bidang Reka Bentuk dan Teknologi. Adakah saya hanya perlu menduduki ujian bertulis dan ujian kecergasan fizikal?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya, tahniah kerana anda berjaya melepasi tapisan pertama. Bagi pengetahuan anda, hanya mereka yang ditawarkan subjek Pendidikan Jasmani, Pendidikan Muzik, Pendidikan Islam dan Bahasa Arab akan menjalani ujian amali semasa sesi UKCG. Selain daripada subjek yang dinyatakan tadi akan menduduki 2 jenis ujian sahaja iaitu ujian bertulis dan ujian kecergasan fizikal.

  22. Assalamualaikum. Sekiranya saya memasuki IPG, kemudian saya mendapat tawaran daripada universiti, adakah saya boleh keluar dari IPG untuk memasuki universiti tersebut?

    1. Waalaikumussalam. Kemungkinan anda masih boleh keluar dari IPG selagi anda tidak menandatangani perjanjian dengan pihak KPM.

  23. Adakah benar calon UKCG lelaki diutamakan atas faktor kekurangan guru lelaki dan bolehkah saudara berkongsi tips untuk melepasi ujian kecergasan fizikal pada UKCG? Terima kasih. 😄

    1. Maaf, maklumat bahawa calon UKCG lelaki lebih diutamakan atas faktor kekurangan guru lelaki adalah tidak tepat. Semua orang perlu bersaing secara sihat. Apapun, tahniah kerana anda berjaya melepasi tapisan pertama. Saya nasihatkan supaya anda bersarapan terlebih dahulu dan tidur awal sebelum hari UKCG.

  24. sekiranya saya lulus UKCG,adakah saya perlu mengambil ujian lisan pula atau apa-apa ujian lagi?mohon penjelasan.terima kasih.

  25. Assalamualaikum. Saya terpilih untuk ujian 31 Mac ini, jadi saya ingin bertanya apakah bentuk soalan bertulis dan adakah soalan dia akan ditanya tentang isu-isu semasa?

    1. Waalaikumussalam. Soalan bertulis semasa UKCG hanya akan bertanya berkaitan personaliti sahaja. Soalannya lebih kurang 135 soalan dan perlu dijawab dalam masa 45 minit. Walaupun namanya bertulis tetapi sebenarnya soalan tersebut berbentuk objektif yang mempunyai 2 pilihan jawapan sahaja bagi setiap soalan.

  26. Salam, boleh terangkan tentang subjek Reka Bentuk dan Teknologi? Alhamdullilah, saya UKCG pada 6/4/2015. Terima kasih.

    1. Pertamanya tahniah kerana berjaya melepasi tapisan pertama. Bermula pada tahun 2014, tiga subjek baru untuk murid tahun 4 telah diperkenalkan:

      1. Subjek Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).
      2. Subjek Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).
      3. Subjek Sejarah.

      Ketiga-tiga subjek ini akan diperkenalkan di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) sesuai dengan hasrat KSSR untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.

      Bagi pengetahuan anda, subjek Reka Bentuk dan Teknologi telah menggantikan subjek Kemahiran Hidup bagi tahun 4 di sekolah rendah. Terdapat 5 topik dalam subjek RBT tahun 4:

      1. Organisasi dan Keselamatan Bengkel.
      2. Asas Teknologi.
      3. Reka Bentuk.
      4. Penghasilan Projek.
      5. Sains Rumah Tangga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s