3 Cara Mudah Mencari Rujukan di Internet


BeDAK (Belajar Dengan Akronim)

Faktor utama mengapa ramai pelajar tidak begitu suka menyiapkan tugasan berbentuk penulisan adalah kerana kesukaran untuk mendapatkan bahan rujukan yang sesuai. Padahal, boleh dikatakan semua maklumat berada di hujung jari kita. Oleh kerana itu, saya ingin berkongsi dengan anda semua mengenai 3 Cara Mudah  Mencari Maklumat di Internet. 

Cara 1: Gunakan Tanda Petik (“ “) Semasa Mencari Maklumat

Ramai pelajar terlupa untuk meletakkan tanda petik setiap kali mencari maklumat secara maya. Penggunaan tanda petik ini sangat penting terutama apabila melibatkan penggunaan perkataan yang berangkai seperti “kemalangan jalan raya”. Tanpa tanda petik, enjin carian akan mencari perkataan kemalangan, jalan dan raya secara berasingan.

Cuba perhatikan perbezaan apabila kita membuat pencarian dengan menggunakan Tanda Petik (“ “) dan tanpa menggunakan Tanda Petik (“ “):

1. Menggunakan Tanda Petik (“ “):

2. Tanpa Menggunakan Tanda Petik (“ “):

Pilihlah maklumat dari laman web yang boleh dipercayai sahaja. Abaikan sumber dan maklumat yang diperolehi dari laman web yang diragui dan blog persendirian yang tidak diketahui kesahihannya.

Cara 2: Menggunakan Google Scholar

Apabila menggunakan Google Scholar, anda akan memperolehi banyak maklumat daripada sumber yang boleh dipercayai seperti tesis, latihan ilmiah, penyelidikan, artikel dari jurnal dan sebagainya. Terdapat banyak artikel, hasil penyelidikan, dan tesis yang diperolehi dengan cara ini boleh anda muat turun dan simpan secara salinan lembut (soft copy).

Caranya: klik pada Google Scholar, kemudian buat carian seperti biasa.

Cara 3: Membaca Buku Secara Online

Anda juga boleh membaca atau memperolehi sumber rujukan daripada buku secara online. Semua maklumat yang diperlukan untuk dicatat pada bahagian rujukan seperti tahun terbit, penerbit, tempat terbit dan sebagainya.

Caranya: klik pada “books” atau “buku” yang ada pada menu google anda sebelum melakukan carian google seperti biasa.

Buku online ini sama seperti buku asal yang berada di pasaran. Bezanya, buku online boleh dibaca secara atas talian melalui capaian internet. Walau bagaimanapun, buku ini tidak boleh disimpan dalam bentuk ‘soft copy’, tetapi anda boleh mendaftar menjadi ahli dengan Google dan simpan dalam fail sendiri untuk dibaca secara online pada hari yang lain.

Bagaimana? Adakah artikel ini membantu anda untuk mendapatkan sumber rujukan apabila ingin menyiapkan tugasan? 

Saya berharap, semua tugasan yang dihantar untuk pemarkahan akan lebih tinggi mutunya apabila menggunakan sumber rujukan yang bermutu.

Silalah menjadi ahli BeDAK untuk mengikuti perkembangan program ini. Sila klik di sini.

2 thoughts on “3 Cara Mudah Mencari Rujukan di Internet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s