In Shaa Allah atau Insya-Allah?


Tersebar dalam Facebook menyatakan tulisan Insya-Allah ialah salah. Sepatutnya perlu ditulis In shaa Allah. Betulkah perkara ini ?

Jika di Malaysia, kita akan merujuk kepada Dewan Bahasa Pustaka kerana pihak ini yang bertanggungjawab untuk menterjemahkan/ transliterasi Arab-Melayu dan apa sahaja yang berkaitan dengan Bahasa Melayu.

Sila rujuk laman web berikut: 

http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=insya+allah

insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar Edisi Kedua
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Pelajar
insya-Allah jika diizinkan Allah. Kamus Dewan Edisi Empat

Di Malaysia kita sudah sedia maklum,  apabila ditulis Insya Allah ataupun Insha Allah ertinya jika diizinkan Allah. Sepatutnya tiada masalah tentang perkara ini. Walau bagaimanapun, dalam kalimat arab ia akan menjadi satu masalah apabila ditulis: (إنشاء الله) – bermaksud mencipta Allah. Sepatutnya ditulis إن شاءالله – bermaksud -sekiranya dikehendaki Allah. Dalam tulisan rumi, kita tiada masalah yang timbul sebab pakar bahasa Dewan Bahasa Dan Pustaka telah mengesahkan tulisan Insya Allah itu bermakna – Dengan Izin Allah.

3 thoughts on “In Shaa Allah atau Insya-Allah?

  1. Terima kasih untuk penjelasan. Pada mulanya, saya hampir percaya dengan maklumat yang salah tersebut. Memang patutlah, sebelum kita percaya sesuatu perkara, kita mestilah selidik terlebih dahulu.

    1. Sebenarnya, tidak menjadi masalah jika kita hendak menggunakan mana-mana perkataan sama ada “Insyaallah” atau “Insya-Allah”. Walau bagaimanapun, dalam sistem Bahasa Melayu, ejaan “Insya-Allah” ialah yang betul. Kesimpulannya, apa yang penting ialah ejaan “Insya-Allah” yang ditulis dalam bahasa Arab mestilah betul.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s