Pinjaman MARA


Bagi pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran, pasti anda sedang berkira-kira tentang institusi dan kos yang perlu ditanggung sepanjang pengajian. Memilih kursus dan institusi pengajian bukanlah semudah yang disangka. Ianya perlu berkaitan dengan minat yang anda ingin ceburi.

Kos pengajian juga memainkan peranan penting bagi menjamin kedudukan kewangan selepas tamat belajar. Pada masa ini, terdapat 2 pemberi pinjaman pelajaran yang sering kita ketahui iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Kebanyakan IPTA menawarkan PTPTN kepada pelajar-pelajar untuk membiayai kos pengajian. MARA pula tidak memberikan kelebihan pinjamannya kepada IPTA. Hanya IPTS dan IPMa sahaja yang dapat menggunakan kelebihan pinjaman dari MARA.

Di sini saya akan senaraikan beberapa kelebihan pinjaman dari MARA, namun begitu kelebihan-kelebihan ini adalah tertakluk kepada pindaan semasa MARA

1. Pinjaman Pendahuluan Pelajaran:

Ramai yang tidak mengetahui hal ini. MARA menyediakan pinjaman pendahuluan bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran sebanyak RM1500 – RM2000 bagi pelajar yang layak. Pinjaman ini tidak tertakluk kepada skim conversion dan perlu dibayar balik selepas tamat pengajian. Rujuk syarat kelayakan.

2. Pinjaman Boleh Ubah (Conversion):

Satu-satunya pinjaman yang boleh diubah menjadi biasiswa. Bagi pelajar yang mendapat CGPA 3.50 ke atas, adalah layak untuk memohon perubahan pembiayaan kepada biasiswa. Ini boleh dilakukan selepas tamat pengajian. Bagi pelajar yang mendapat CGPA 2.00 selepas tamat pengajian, pengurangan jumlah pembayaran yuran boleh dilakukan dengan menghantarkan permohonan kepada MARA. Rujuk Aplikasi Conversion.

3. Skim Pelajar Cemerlang:

Pihak MARA menawarkan skim tajaan bagi pelajar yang mendapat CGPA 3.50 ke atas dan menawarkan tajaan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di dalam mahupun di luar negara. Sila rujuk di sini bagi maklumat lanjut.

4. Kelonggaran Pembayaran Balik:

Pihak MARA memberikan tempoh setahun bagi pembayaran balik pinjaman. Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran, penangguhan pembayaran juga boleh dibuat.

5. Elaun Bulanan:

MARA memberikan elaun sara diri setiap bulan sepanjang pengajian iaitu RM500+ bagi peringkat diploma dan RM700+ bagi ijazah di dalam negara.

Sebarang soalan lazim berkaitan pinjaman MARA, sila klik di sini.😉

19 thoughts on “Pinjaman MARA

  1. Salam. Adakah kita harus bekerja di bawah kerajaan atau MARA, sekiranya belajar menggunakan pinjaman MARA? Sekiranya ya, berapa tahun?

    1. Maaf kerana lambat menjawab pertanyaan anda. Sekiranya anda tidak lagi memerlukan jawapan ini, mudah-mudahan ia bermanfaat kepada orang lain.😉

      Sepanjang pengetahuan saya, saudari boleh bekerja dengan pihak selain MARA.

  2. Saya pelajar lepasan SPM 2014. Saya mahu membuat pinjaman MARA. Masalahnya saya tidak mahu melanjutkan pelajaran ke IPTS atau mana-mana institusi swasta walaupun mendapat tajaan. Saya hanya mahu ke IPTA. Saya mahu bertanya mengenai maklumat tentang pinjaman MARA bagi IPTA seperti wang pendahuluan, potongan pinjaman dan sebagainya. Satu lagi, saya merupakan bekas pelajar MRSM tetapi semasa tingkatan 4 saya telah menyambung persekolahan ke sekolah harian. Jadi, adakah terdapat sebarang keistimewaan?

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apapun, saya minta maaf kerana tidak dapat menjawab pertanyaan anda. Saya nasihatkan anda supaya menghubungi pihak MARA bagi mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan terperinci.

  3. Salam. Berapakah CGPA yang diperlukan oleh pelajar program persedian di IPTS bagi melayakkan mereka membuat permohonan pinjaman MARA?

    1. Maaf saya tidak pasti. Kemungkinan telah terdapat perubahan. Walau bagaimanapun, saya nasihat anda supaya menghubungi pihak MARA sendiri bagi mendapatkan maklumat lanjut.

    1. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Namun, saya minta maaf kerana tidak pasti jumlah sebenar elaun yang diberikan kepada para pelajar yang mengambil program asasi. Saya nasihatkan anda supaya menghubungi pihak MARA bagi mendapatkan maklumat lanjut.

  4. Saya mahu tanya macam mana mahu membuat permohonan pinjaman MARA sekiranya saya sudah mendapat surat tawaran dari IPTS dalam program asasi?

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Aapapun, saya minta maaf kerana saya pun tidak pasti. Saya nasihatkan anda supaya menghubungi pihak MARA secara terus bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertanyaan anda.

  5. Salam. Saya mahu tanya mengenai senarai IPTS yang layak memohon pinjaman MARA ini. Mohon respons. Maaf, saya bingung mencari satu persatu.

    1. Pertamanya, terima kasih kerana bertanya. Namun, saya minta maaf kerana saya pun tidak pasti. Saya nasihatkan agar anda menghubungi terus pihak MARA bagi mendapatkan jawapan yang tepat.

  6. Assalamualaikum, adakah semua IPTS boleh membuat pinjaman dari MARA atau terdapat IPTS tertentu sahaja?

    1. Waalaikumussalam. Pertamanya terima kasih kerana bertanya. Apapun, saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan jawapan yang tepat. Saya nasihatkan anda menghubungi pihak MARA secara terus bagi mendengar respon mereka berkaitan persoalan anda.

  7. Saya pelajar jurusan perniagaan di Poly Tech MARA. Perlukah saya mendapat kredit dalam bahasa Inggeris untuk mendapat tajaan pembelajaran dari MARA?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s