Apa itu MUET?


Pengumuman:

Sukacita dimaklumkan bahawa Slip Daftar MUET (MUET/D) Sesi Julai 2015 boleh disemak mulai 14 Mei 2015 (Khamis). Untuk semakan melalui portal, sila klik di sini. Untuk semakan melalui Sistem Mesej Singkat (SMS), sila taip MUETINFONo. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888. Calon dikehendaki menyemak maklumat MUET/D bagi memastikan semua maklumat adalah betul. Sekiranya terdapat kesilapan maklumat, sila lengkapkan Borang Pindaan Maklumat Calon dan hantarkan ke MPM dengan kadar segera. Permohonan yang dihantar dua minggu selepas MUET/D dikeluarkan akan dikenakan sebanyak RM25.00. Sila klik di sini untuk mendapatkan borang permohonan.

MUET ialah singkatan bagi Malaysian University English Test (MUET) yang mula diperkenalkan pada tahun 1999 dan peperiksaan ini dikendalikan oleh Malaysian Examinations Council atau Majlis Peperiksaan Malaysia. MUET diperkenalkan untuk mengukur tahap penguasaan bahasa Inggeris pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi dan juga untuk mereka yang bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi . Peperiksaan MUET ini wajib diambil oleh mereka yang ingin melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di institut pengajian tinggi awam (IPTA) tempatan.

Website rasmi MUET: Portal Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM)

MUET ini dijalankan dua kali setahun iaitu pada bulan April/Mei dan Oktober/November.

A. Komponen MUET:

Terdapat empat komponen dalam kertas MUET iaitu:

1. Listening dengan markah penuh 45.

2. Speaking dengan markah penuh 45.

3. Reading dengan markah penuh 120.

4. Writing dengan markah penuh 90.

Markah maksima yang boleh dicapai dalam MUET ialah 300 markah. Jumlah markah yang diperolehi dalam kesemua empat komponen itu akan digredkan kepada enam julat atau Band iaitu Band 1 ialah yang terendah dan Band 6 yang tertinggi.

B. Pemarkahan untuk Semua Band:

Band 6 – Pengguna yang sangat Bagus (Jumlah markah: 260-300) Penguasaan bahasa yang amat bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai :hampir-hampir tiada kesilapan. Pemahaman yang amat bangus tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan amat baik dalam bahasa.

Band 5
 – Pengguna yang Bagus (Jumlah markah: 220-259) Penguasaan yang bagus. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada sedikit kesilapan. Pemahaman yang baik tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan baik dalam bahasa.

Band 4  Pengguna yang Kompeten (Jumlah markah: 180-219) Penguasaan yang memuaskan. Fasih, tepat dalam penggunaan bahasa Inggeris dan menggunakan bahasa yang sesuai tetapi ada beberapa kesilapan. Pemahaman yang memuaskan tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan kompeten dalam bahasa.

Band 3
 – Pengguna yang Sederhana (Jumlah markah: 140-179) Penguasaan yang sederhana. Sederhana dari segi ekspresi, kefasihan dan penggunaan bahasa Inggeris yang sesuai tetapi ada kesilapan yang ketara. Pemahaman yang sederhana tentang bahasa dan konteks. Berfungsi dengan sederhana dalam bahasa.

Band 2 
Pengguna yang terhad (Jumlah markah: 101-139) Penguasaan bahasa yang terhad. Kurang ekspresi, kefasihan dan ketepatan. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang terhad tentang bahasa dan konteks. Keupayaan yang terhad dalam bahasa.

Band 1
 – Pengguna yang amat terhad (Jumlah markah: bawah 100) Penguasaan bahasa yang lemah. Tidak berupaya untuk mengekspresi. Pengunaan bahasa yang tidak tepat yang menyebabkan kerap salahfaham dalam komunikasi. Pemahaman yang sedikit atau lemah tentang bahasa dan konteks. Hampir tidak berfungsi di dalam bahasa Inggeris.

Diharapkan penerangan tentang komponen MUET dan permakahan ini dapat membantu anda memahami apakah aspek-aspek yang akan ditanya dalam peperiksaan MUET. Terdapat sesetengah kursus memerlukan band yang tinggi dan memerlukan persediaan yang rapi.

C. Persediaan Anda:

Secara amnya persediaan yang boleh anda buat ialah:

1. Mengetahui aspek-aspek yang akan diuji.

2. Permakahan untuk setiap aspek.

3. Bentuk-bentuk soalan tahun-tahun lepas.

4. Persediaan dari segi grammar atau tatabahasa.

5. Persediaan dari segi vocabulary atau kosa kata.

6. Persediaan dari segi perbualan.

D. Soalan Lazim:

Sila layari laman yang berikut:

http://portal.mpm.edu.my/web/guest/muet1

Advertisements

Apa itu Universiti APEX?


APEX ialah singkatan bagi Accelerated Programme For Excellence.
 
 
Penubuhan Universiti APEX (Accelerated Programme For Excellence) telah ditubuhkan selaras dengan hasrat murni Kementerian Pengajian Tinggi  untuk mewujudkan IPT yang setanding dengan universiti terbaik di dunia.  Secara umumnya, universiti terkemuka di dunia terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu Universiti APEX, Universiti Elit dan Universiti Kompetitif.
 
Universiti Apex yang pertama di Malaysia iaitu USM telah menerima pengiktirafan ini pada 27 Ogos 2008 hasil daripada persetujuan sebulat suara Kabinet. Pemilihan USM sebagai Universiti APEX adalah berdasarkan kepada tahap kesediaan USM untuk melalui transformasi dan pencapaian akademik. Antara matlamat penubuhan Universiti APEX adalah untuk menjadi sebuah universiti yang tersohor dan menjadi universiti rujukan kepada universiti lain. Di samping itu, universiti ini bertanggungjawab untuk menghasilkan pelajar yang cemerlang, gemilang dan terbilang serta mampu menghasilkan kajian dalam bidang R&D&C yang berkualiti dan memberi manfaat kepada masyarakat sejagat. Selain daripada itu, universiti ini juga bertanggungjawab untuk menghasilkan penyelidik yang bertaraf Nobel Laureate dan pensyarah bertaraf dunia.
 
Universiti APEX telah diberikan keistimewaan dan pengiktirafan yang tertinggi dari kerajaan dengan diberi autonomi penuh dari segi kewangan, skim perkhidmatan, pengurusan, pengambilan pelajar, perlantikan kakitangan, pensyarah dan kepimpinan tertinggi serta penetapan yuran pengajian. Universiti APEX telah diberi fleksibiliti untuk menyediakan keperluan bagi meletakkannya pada status berkelas dunia dan LPU yang terdiri daripada profesional berkalibel yang mempunyai kuasa tadbir urus yang penuh. LPU ini bertanggungjawab untuk melaksanakan proses pemilihan yang ketat untuk memilih calon terbaik bagi mengisi jawatan Naib Canselor dan barisan pemimpin tertinggi Universiti.
 
Pemilihan pelajar juga akan dibuat berdasarkan kepada merit akademik dan kriteria lain yang dilaksanakan secara holisitik termasuk melalui temu duga. Komposisi pelajarnya juga terdiri daripada masyarakat majmuk di Malaysia dan sekurang-kurangnya 10 peratus pelajar antarabangsa. Bagi menjamin kecemerlangan akademik yang berterusan, pemilihan ahli akademik yang cemerlang dan mempunyai kesarjanaan yang tersohor oleh universiti tersohor dunia seperti Universiti Harvard,  Universiti Oxford dan Universiti Cambridge akan dibuat melalui pemilihan yang ketat dan kompetitif.
 
Di samping itu, prestasi universiti ini juga akan dinilai berdasarkan kepada sasaran KPI yang tinggi dan bertaraf antarabangsa. Sebagai sebuah pusat kecemerlangan, Universiti APEX juga akan dilengkapi dengan segala kemudahan terbaik dan terkini yang mampu menarik tumpuan pelajar pintar dan ahli akademik cemerlang dari pelosok dunia.
 
Bagi tujuan ini, Universiti APEX perlu mempunyai ciri-ciri berikut: iaitu:
 
1. Pemimpin Terbaik » Cemerlang, berwawasan, bersemangat, dan komited untuk mencapai matlamat kecemerlangan dalam bidang kesarjanaan.
» Pengurus dan pentadbir yang berbakat untuk mengurus sumber manusia serta aset universiti yang lain.
» Komunikator cemerlang yang fasih berbahasa Inggeris, bermoral tinggi, dan berintegriti serta bertindak sebagai peniup semangat.
2. Fakulti Terbaik » Ahli akademik yang berbakat dan tersohor kesarjanaannya dalam pelbagai bidang. Ahli akademik yang terdiri daripada rakyat tempatan dan rakyat luar negara akan mewujudkan suntikan ilmu global yang sihat serta menjadi pengajar yang hebat selain menjadi penyelidik yang cemerlang dalam bidang masing-masing.
» Teknik pengajaran sentiasa berkualiti dan relevan.
» Penyelidikan mereka kreatif dan inovatif yang direka khusus untuk kemajuan penyelidikan serta memperluas ilmu.
3. Pelajar Terbaik » Kecemerlangan akademik yang tinggi secara berterusan dan konsisten sepanjang jangka masa kursus.
» Pencapaian yang baik melalui penilaian kualiti yang ketat.
» Pelajar dalam dan luar negara yang cemerlang.
4. Kemudahan Terbaik » Universiti Apex akan dilengkapi dengan kemudahan terbaik dan terkini untuk meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran serta menggalakkan penyelidikan dan pembangunan.
 
Sehubungan itu,  diharapkan agar USM sebagai Universiti APEX yang pertama di Malaysia mampu melaksanakan hasrat murni ini dengan  menjadi Universiti Bertaraf Dunia dan seterusnya menjadi role model kepada universiti lain dalam usaha untuk memperkasakan pengajian tinggi.

Pinjaman MARA


Bagi pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran, pasti anda sedang berkira-kira tentang institusi dan kos yang perlu ditanggung sepanjang pengajian. Memilih kursus dan institusi pengajian bukanlah semudah yang disangka. Ianya perlu berkaitan dengan minat yang anda ingin ceburi.

Kos pengajian juga memainkan peranan penting bagi menjamin kedudukan kewangan selepas tamat belajar. Pada masa ini, terdapat 2 pemberi pinjaman pelajaran yang sering kita ketahui iaitu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Kebanyakan IPTA menawarkan PTPTN kepada pelajar-pelajar untuk membiayai kos pengajian. MARA pula tidak memberikan kelebihan pinjamannya kepada IPTA. Hanya IPTS dan IPMa sahaja yang dapat menggunakan kelebihan pinjaman dari MARA.

Di sini saya akan senaraikan beberapa kelebihan pinjaman dari MARA, namun begitu kelebihan-kelebihan ini adalah tertakluk kepada pindaan semasa MARA

1. Pinjaman Pendahuluan Pelajaran:

Ramai yang tidak mengetahui hal ini. MARA menyediakan pinjaman pendahuluan bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran sebanyak RM1500 – RM2000 bagi pelajar yang layak. Pinjaman ini tidak tertakluk kepada skim conversion dan perlu dibayar balik selepas tamat pengajian. Rujuk syarat kelayakan.

2. Pinjaman Boleh Ubah (Conversion):

Satu-satunya pinjaman yang boleh diubah menjadi biasiswa. Bagi pelajar yang mendapat CGPA 3.50 ke atas, adalah layak untuk memohon perubahan pembiayaan kepada biasiswa. Ini boleh dilakukan selepas tamat pengajian. Bagi pelajar yang mendapat CGPA 2.00 selepas tamat pengajian, pengurangan jumlah pembayaran yuran boleh dilakukan dengan menghantarkan permohonan kepada MARA. Rujuk Aplikasi Conversion.

3. Skim Pelajar Cemerlang:

Pihak MARA menawarkan skim tajaan bagi pelajar yang mendapat CGPA 3.50 ke atas dan menawarkan tajaan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di dalam mahupun di luar negara. Sila rujuk di sini bagi maklumat lanjut.

4. Kelonggaran Pembayaran Balik:

Pihak MARA memberikan tempoh setahun bagi pembayaran balik pinjaman. Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran, penangguhan pembayaran juga boleh dibuat.

5. Elaun Bulanan:

MARA memberikan elaun sara diri setiap bulan sepanjang pengajian iaitu RM500+ bagi peringkat diploma dan RM700+ bagi ijazah di dalam negara.

Sebarang soalan lazim berkaitan pinjaman MARA, sila klik di sini. 😉