Senarai Biasisiwa-Biasiswa Pendidikan di Malaysia


Senarai biasisiwa-biasiswa yang dinyatakan adalah tertakluk kepada perubahan semasa.

Artikel ini ditulis pada tahun 2011. Jadi tidak mustahil terdapat penambahan dan juga pengurangan pihak yang memberikan biasiswa.

Bagi pelajar-pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang, sudah pasti anda ada memasang impian untuk melanjutkan pelajaran sama ada di dalam negara atau di luar negara? Walau bagaimanapun pasti ramai yang masih tidak mengetahui mengenai biasiswa-biasiswa yang ditawarkan di negara ini. Jadi, saya berharap aktikel ini dapat memberi panduan untuk anda semua.

 1. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA):

Biasiswa JPA ini boleh dimohon dalam masa 7 hari selepas keputusan SPM diumumkan. Untuk biasiswa  JPA dan MARA, anda hanya boleh memohon salah satu sahaja dalam laman sesawang eSILA. Biasiswa JPA 60% untuk bumiputera dan 40% untuk bukan bumiputera.

 2. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

3. Petronas

4. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM):

Sesiapa yang berminat untuk menjadi pendidik tetapi hendak ke luar negara, bolehlah memohon biasiswa KPM.

5. FELDA:

Biasiswa FELDA terbahagi kepada dua iaitu untuk anak-anak FELDA sahaja dan juga anak-anak selain FELDA. Jadi, sesiapa sahaja bolehlah memohon biasiswa ini.

6. Yayasan TNB

7. Yayasan TM

8. Yayasan Khazanah

9. Yayasan UEM

10. Sime Darby – untuk percubaan SPM sahaja.

11. Bank Negara Malaysia (BNM)

12. Permodalan Nasional Berhad (PNB)

13. Maybank

14. Proton

15. Shell

16. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN):

Pelajar yang akan mendaftar bagi kemasukan ke Institut Pengajian Tinggi boleh mendapatkan borang semasa minggu suai kenaI yang diadakan oleh PTPTN di semua IPTA dan Politeknik dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar IPTA masing-masing. Pelajar juga boleh memohon pinjaman pendidikan PTPTN menerusi Borang OMR yang boleh dibeli di Pejabat PTPTN dengan harga RM5 satu set. Kiriman Wang Pos berserta satu sampul suratberukuran 35 x 25 sm bersetem RM2.00 dan beralamat sendiri kepada:

Ketua Eksekutif,

Perbadanan Tahung Pendidikan Tinggi Nasional,

Lot G2, Wisma Chase Perdana,

Susur Jalan Semantan,

Damansara Heights,

50490 Kuala Lumpur.

17. Biasiswa Ajinomoto 2012:

Ini adalah satu peluang untuk anda melanjutkan pelajaran di University of Tokyo. Ajinomoto menawarkan tajaan Biasiswa Ajinomoto 2012 kepada mereka yang berminat, memenuhi kreteria pemilihan dan berjaya. Maklumat-maklumat terperinci mengenai Biasiswa Ajinomoto 2012 boleh dilayari di www.ajinomoto.com.my

18. Biasiswa Sukan KPTM

19. Lembaga Biasiswa Kedah

20. Yayasan Kelantan Darulnaim

21. Yayasan Selangor

22. Yayasan Perak

23. Yayasan Negeri Sembilan

24. Yayasan Terengganu

25. Yayasan Pahang

26. Yayasan Pelajaran Johor

27. Koperasi Kebangsaan Permodalan Tanah Berhad

28. Yayasan Felcra

29. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan

30. Yayasan Negeri Kedah

31. Yayasan Negeri Melaka

32. Yayasan Negeri Sabah

33. Yayasan Negeri Sarawak

34. Biasiswa Tunku Abdul Rahman

35. Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM )

36. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia

37. Gamuda Berhad

38. Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan

39. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

40. Lembaga Zakat Selangor

41. Bank Rakyat Malaysia Berhad

42. Maxis Scholarship for Excellence:

Boleh layari laman berikut bagi mendapatkan maklumat lanjut iaitu http://www.maxis.com.my/scholarship/

43. Sapura Industrial Berhad

44. Mudajaya Group Berhad

45. The Star Education Fund

46. Titijaya Scholarship Fund

47. The Astro Scholarship Award

Peringatan: Saya nasihatkan agar anda semua sentiasa membaca surat khabar terutamanya Berita Harian dan Utusan Malaysia supaya tidak terlepas iklan-iklan biasiswa kerana kebanyakan iklan tersebut hanya disiarkan di surat khabar ataupun dengan melayari laman web yang berkaitan dengan biasiswa yang ditawarkan.