Selamat datang!

Terima kasih kerana sudi melawat blog ini. Kepada para pengunjung, jika terdapat sebarang kemuskilan atau pertanyaan, anda bolehlah menghubungi saya melalui emel: zmd_94@yahoo.com.my

Segala pertanyaan atau kemuskilan anda akan cuba saya jawab.

Sekali lagi ucapan ribuan terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Setiap kunjungan anda amat bermakna buat saya.😉

Biodata:

1. Nama: Muhammad Zakwan bin Md Daud.

2. Asal: Selangor, Malaysia.

3. Kemahiran: Mereka blog, mengubahsuai gambar, menghasilkan video, membuat aplikasi permainan bagi Counter-Strike 1.6, dan aktif dalam radio amatur.

13 thoughts on “Contact Me

    1. Terima kasih kerana bertanya. Jika anda hendak memulakan penulisan di blog, saya cadangkan anda lawati laman web http://www.blogger.com untuk permulaan. Di situ, anda akan diajarkan beberapa asas untuk memulakan blog. Sekiranya anda masih mempunyai sebarang soalan, silalah bertanya.

    1. Terima kasih kerana bertanya. Jika anda hendak memulakan penulisan di blog, saya cadangkan anda lawati laman web http://www.blogger.com untuk permulaan. Di situ, anda akan diajarkan beberapa asas untuk memulakan blog. Sekiranya anda masih mempunyai sebarang soalan, silalah bertanya.

  1. Assalamualaikum. Wahai sahabat yang ku sayangi, diriku di sini ingin mengemukakan 1 soalan. Adakah hingus itu najis?

    1. Waalaikumussalam. Pada mulanya, terima kasih kerana sudi melawat blog saya ini. Bagi pengetahuan anda, hingus yang keluar daripada badan seseorang tidak dikira sebagai najis berdasarkan pandangan sebahagian ulama. Hal ini demikian kerana hukum asal bagi sesuatu yang keluar dari anak Adam adalah tidak najis melainkan jika terdapat dalil yang menunjukkan sebaliknya berdasarkan hadis Nabi:

      إن المؤمن لا ينجس

      Maksudnya: “Sesungguhnya seseorang mukmin itu tidak najis.” (Hadis riwayat al-Imam al-Bukhari di dalam Sahihnya).

      Adapun seperti air kencing, tahi manusia dan darah yang tumpah, ia adalah najis berdasarkan beberapa dalil yang menunjukkannya. Oleh yang demikian sesuatu yang keluar dari tubuh manusia yang tiada dalil menunjukkan kenajisannya seperti air liur, peluh, tahi mata, hingus, kahak dan seumpamanya adalah dikira tidak najis kerana inilah hukum asalnya. Oleh kerana itu dalam kitab al-Raudh al-Murbi’ dari mazhab Hambali dinyatakan:

      ومني الآدمي طاهر، ورطوبة فرج المرأة كالعرق والمخاط والبلغم -ولو أزرق- وما سال من الفم وقت النوم

      Maksudnya: “Dan air mani manusia adalah suci, demikian juga lembapan faraj wanita, sama juga seperti peluh, hingus dan kahak –sekalipun menjadi biru – dan apa yang mengalir dari mulut (air liur basi) ketika tidur (semuanya adalah tidak najis).”

      Walau bagaimanapun, hingus itu tetap termasuk dalam kategori benda yang kotor. Jadi, sekiranya hingus itu terkena pada pakaian atau tempat lain, sebaik-baiknya hingus itu dibersihkan.

  2. Assalamualaikum.

    Terlebih dahulu saya mengucapkan jutaan terima kasih atas blog yang disediakan yang telah memberikan kemudahan kepada pengguna membuat pertanyaan menyelesaikan kemusykilan yang ada. Semoga mendapat keberkatan Ilahi. Amin.

    Saya ingin bertanya, saya memang meminati jurusan perubatan dan bercita-cita menjadi seorang doktor tetapi saya berasa kurang keyakinan untuk mendapatkan keputusan cemerlang sekiranya saya meneruskan pelajaran dalam program asasi sains atau matrikulasi. Boleh berikan saya cadangan/pandangan apa yang patut saya lakukan setelah saya selesai menduduki SPM tahun ini. Saya tidak mahu membuang masa, jadi jika saya mengikuti MUFY di Sunway, apakah risiko saya melanjutkan pengajian di universiti tempatan serta apakah kelayakan untuk mengikuti jurusan ijazah perubatan universiti tempatan lepasan MUFY?

    Atau saya harus mengikuti program diploma dahulu, kemudian meneruskan program ijazah?

  3. Kandungan blog anda sangat menarik dan berinformasi. Lebih-lebih lagi dengan sifat santun dalam menjawab setiap pertanyaan. Teruskan usaha murni anda dan semoga anda beroleh kejayaan di dalam bidang yang diceburi dan dirahmati Allah.

    Ir. Azizan Razak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s